Wednesday 11 December 2013

Kisah saya dan teksi





Saya bukan kaki teksi. Jarang sekali menaiki teksi kecuali keadaan darurat. Dan biasanya, keadaan darurat di-ishtiharkan apabila saya lambat untuk ke destinasi (T.T). Lambaaaaaat.

Sejak-sejak ini, darurat agak ‘kerap’ datang. Mungkin kelalaian dan kelemahan dari sikap saya. Namun begitu, dalam keterpaksaan untuk menaiki teksi, saya dapat meraih manfaat dari temu-ramah bersama pemandu teksi.
Salah seorang pemandu tersebut merupakan pemandu melayu beragama Islam. Saya menggelarkannya pakcik. Biasanya, saya yang sering memulakan perbualan – nak memecahkan keheningan dalam teksi. Di samping itu, mengorek rahsia-rahsia dan tips-tips yang boleh dikongsi bersama sepanjang perkhidmatan mereka sebagai seorang pemandu teksi (hehe). #janganikut

Antara perbualan menarik antara saya dan pakcik teksi ini adalah mengenai kepakaran masing-masing. Dia menceritakan bagaimana dia pernah mempelajari bahasa Arab untuk beberapa tahun dan menghadapi kesukaran yang amat sangat untuk memahaminya. Pecahan pada bahasa Arab terlalu banyak. Ditambah lagi dengan keadaannya yang jarang membaca buku berbahasa Arab dan peluang untuk berbual bahasa Arab sukar dijumpai. Ini semua membuatkan dia ‘putus asa’ dengan bahasa Arab.

Kelemahan pakcik adalah kekuatan saya.
Namun begitu, kekuatan pakcik tersebut adalah kelemahan (yang sangat sangat) buat saya.
 
Iaitu memandu di Singapura tanpa sesat. Saya boleh memandu tetapi directions di Singapura, saya memang gagal. Saya mabuk dengan PIE, TPE, KPE, SLE, BKE, AYE dan banyak lagi. Mabuuuk. Peniiing. Memang wanita can’t read maps.
 
Pemandu tersebut menetap di Jurong dan hebatnya dia, subhanallah, boleh mengecam jalan sehingga di Sengkang (destinasi saya). Bahkan bila ditanya, dia tahu kebanyakan jalan-jalan di Singapura dengan sangat baik.

Sempat dia memberi tips kepada saya :
#1 Rancang perjalanan dahulu sebelum ke destinasi. Jalan di Singapura tidak susah. Mudah sahaja sebab ada papan tanda yang jelas. Dalam hati, saya #iyeke? ^^
#2 Bila memandu, biasakan diri untuk lihat di sekeliling. Jangan hanya fokus kepada jalan raya sahaja. Perhatikan papan tanda dan biasakan diri untuk mengecam landmark.

Pakcik sempat mengomel, orang sekarang ‘lokek’ untuk membayar kelas tusyen agama/Quran. Mereka sanggup membayar mahal untuk kelas akademik seperti Mathematics, English, Science dan lain lagi tetapi keberatan untuk berbelanja bagi kebahagiaan akhirat mereka. Saya juga akur tentang masalah ini. Bayaran ‘ikhlas’ sering sahaja dikaitkan dengan pengajian Islam. Keikhlasan seseorang itu tentunya tidak diukur dengan wang yang diterima. Lagi sedikit yang diterima, lagi ikhlaslah dia. Tidak sama sekali.

Mesej yang ingin disampaikan adalah setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing. Allah ciptakan kami berbeza dan perbezaan tersebut memang disengajakan. Kekuatan seseorang akan melengkapi kelemahan yang lain. Kita tidak boleh memandang rendah pada seseorang, hanya kerana jawatan atau pendidikannya adalah lebih rendah dari kita. Hal ini adalah kerana ia bukan ukur taranya. Ukur tara di mata Allah taala adalah ketaqwaan.
Saya dengan bidang saya. Kamu dengan bidang kamu. Kita saling melengkapi kelemahan dan kekurangan yang ada untuk membentuk dunia yang lebih majmuk, insha allah.
Tiada manusia yang hebat dan sempurna. Hanya pencipta manusia sempurna – tiada sedikit pun cacat celanya.
 
#ambilibrahdimanasahaja

*******************

Naik teksi memang seronok.
Naik sekali macam nak naik lagi. Dan lagi. Hehe.
Tapi duit ‘melayang’ pun cepat! ^^

 

2 comments:

  1. nevermind, u veh rich one! ;p hehehe waiting for ur arrival!!! inshaAllah :)

    ReplyDelete
  2. whats that?
    I've never heard of it before.

    yeah. insha allah.
    =D

    Doas please.

    ReplyDelete