Saturday 30 November 2013

Monolog 1 Disember

Hari ini hari Ahad.
Tarikh Masihi menandakan 1 Disember 2013.
Tarikh Hijri menandakan 27 Muharram 1435.

Sudah lama tidak menulis artikel dalam bahasa Melayu. Rasa kekok. Namun begitu, saya perlu memaksa diri untuk tetap menulis kerana hati saya kata, perlu. Minda saya juga menyokong. Saya juga yakin, kawan-kawan di sana tersenyum lebar sambil mengangguk-angguk.

Monolog 1 Disember.

Satu perbezaan yang saya dapati ketika saya sedang menuntut di Malaysia dan sedang bekerja (sambilan) di Singapura. Perbezaaan yang ketara adalah dari sudut mengambil gambar. Sikap rajin dan semangat mengambil gambar ketika di Malaysia adalah pencetus kepada artikel-artikel yang ditulis sebelum ini. Saya mendapat idea dan inspirasi untuk menulis, bersandarkan kepada gambar tersebut. Jikalau di sini, apabila saya melihat ‘Photos’ di telefon bimbit, saya hanya perasan ada gambar-gambar lama atau gambar-gambar yang dihantar melalui Whatsapp. Mana gambar yang saya petik sendiri?

Beberapa kesimpulan telah dibuat. Antaranya, saya terlalu ‘sibuk’ untuk bergambar. Apabila saya mempunyai masa lapang seperti sedang menunggu bus atau MRT, saya tidak akan melihat pada persekitaran saya. Saya akan sibuk ber-FB dan ber-internet. #badhabit

Antaranya juga, saya melihat persekitaran saya adalah suasana yang sudah ‘biasa’. Setiap hari saya akan melalui kawasan tersebut. Hati kecil saya mengomel, “ Takpe. Bila-bila masa sahaja boleh ambil gambar,”. Akhirnya, gambar tidak dipetik hingga ke hari ini.

Saya bukan lah pakar gambar. Saya tidak memiliki kamera DSLR (dan sejenis dengannya) yang canggih. Saya hanya menggunakan telefon bimbit sahaja. Itu pun handphone biasa sahaja. Tetapi bukan itu pengukurnya. Pengukurnya adalah sama ada mahu memetik gambar atau tidak. Kamera yang gah tiada manfaatnya sekiranya pemilik kamera ‘segan’ atau ‘malu’ untuk mengambil gambar (bukan bergambar).

Memetik kata-kata seorang pakar fotografi, Mustafa Davis :
 
 


Aiseyman. Dah macam kelas fotografi pula.

Apa pun, bergambar masih boleh dijadikan sebagai satu bentuk ibadah. Niatkan dalam diri supaya gambar tersebut dapat dimanfaatkan; sama ada untuk diri sendiri atau untuk orang lain. Ramai yang melihat gambar-gambar professional terutama sekali gambar haiwan atau pemandangan, dan merasa takjub dengan keagungan penciptanya. Subhanallah.
 
Semoga apa jua gerak-geri atau perbuatan yang dilakukan, tujuannya adalah untuk mendapat keredhaan-Nya. Amin.
 
Ini hanya monolog seorang saya.

No comments:

Post a Comment