Baru-baru
ini kami telah menjalankan sebuah kajian ringkas terhadap wakaf mart yang
terletak di Masjid Karian Panchor Jaya, Seremban. Berbekalkan kegigihan dan
tawakkal penuh kepada Allah (esok harinya kena hantar tugasan), kami bergerak
menuju ke sana dengan kereta sewa.
Kami memang pergi secara mendadak.
Tidak menghubungi mana-mana pihak pun.Memang orang kata, terjah habisnya!
Alhamdulillah. Segala urusan dipermudahkan oleh Allah walaupun ada
siiikiit cabaran dan rintangannya.
*****************************
Masjid Kariah Panchor Jaya yang terletak di Seremban telah membuka
sebuah kedai koperasi yang diberi nama Wakaf Mart. Wakaf mart ini
mempunyai keunikan dan kelebihannya yang tersendiri. Bahkan ia merupakan
satu-satunya kedai koperasi di Seremban yang dibina atas konsep wakaf.
Uniknya wakaf mart ini adalah ia dibina atas tanah wakaf. Tanah
wakaf tersebut berada di bawah milik MAINS (Majlis Agama Islam Negeri
Selangor). Maka duit sewaan yang dikenakan atas kedai koperasi ini adalah amat
murah berbanding dengan sewaan kedai-kedai koperasi yang lain. Barangan yang
dijual juga amat berpatutan harganya. Lokasi wakaf mart yang terletak
berhampiran dengan jalan raya merupakan lokasi strategik yang dapat menarik
perhatian orang ramai.
Temuduga (yang tidak dirancang ini) diadakan bersama dengan nazir
masjid iaitu Ustaz Haji Wan Abdullah. Banyak pengalaman dan maklumat telah
dikongsi bersama-sama.
Antara yang menarik mengenai wakaf mart tersebut berbanding dengan
koperasi yang lain adalah dari sudut mereka cuba untuk mengekalkan unsur-unsur
syariah dalam pengurusan mereka. Kesemua barangan borongan mereka adalah
100% halal (insha allah) dan mereka memastikan halalnya produk mereka adalah
dengan hanya memilih pemborong yang islamik. Selain itu, mereka juga menjaga waktu operasi kedai
tersebut. Pada waktu solat magrib dan isya’, mereka akan menutupnya untuk
memberi laluan kepada para jemaah. Begitu juga pada waktu solat Jumaat.
Dari sudut pemakaian, mereka akan memastikan bahawa pekerja
mereka (khususnya wanita) menutup aurat bertepatan dengan panduan syariat
Islam. Yang penting, ia mencerminkan sebuah kedai yang terletak di kawasan
masjid.
Ustaz Wan Abdullah ada juga menyebut mengenai sejarah penubuhan
wakaf mart tersebut. Antara faktor utamanya adalah untuk menggembeleng kuasa
membeli di kalangan umat Islam. Projek kecil ini mempunyai satu impak yang
besar, bukan sahaja terhadap ekonomi umat Islam tetapi juga ekonomi negara.
Pada awal penubuhan wakaf mart tersebut, sambutan dari masyarakat
amat kurang. Namun begitu, pada hari ini (selepas dua tahun) wakaf mart
menyaksikan satu peningkatan yang positif. Pekerja tersebut mengatakan bahawa
kedai koperasi itu menerima sekurang-kurangnya 100 pelanggan setiap hari.
Antara cita-cita ahli jawatankuasa masjid tersebut adalah untuk
menjadikan masjid sebagai pusat model
umat Islam. Masjid itu bukan setakat sebagai tempat beribadah tetapi ia
sepatutnya merupakan pusat berkumpulnya umat Islam untuk pelbagai kegiatan dan
urusan, selagi mana ia bertepatan dengan syariat Islam.
Betul apa yang telah dikatakan.
Takkan nak tunggu hari raya aidilfitri dan solat jumaat sahaja
untuk lihat ‘kemeriahan’ Islam di masjid.
***********************
Seronokkan!
Saya sebenarnya dalam diam (heeee….) bercita-cita juga mahu membuka
wakaf mart di Singapura. Mahu menghidupkan budaya wakaf di kalangan masyarakat. Atau sekurang-kurangnya, dapat meningkatkan kesedaran dan kepekaan masyarakat Islam mengenai institusi wakaf.
Tetapi….
Prosesnya amaaaaat rumit. Mentelah lagi, sekarang ini segala
pengurusan wakaf hanya diuruskan oleh satu sahaja badan utama Islam di Singapura.
Niat baik tetap dapat pahala kan…? J
Insha allah.
Apa pun, saya sememangnya menyokong penuh segala bentuk aktiviti
yang berniat untuk memajukan ekonomi Islam. Tidak kira sama ada projek secara
kecil-kecilan mahupun projek yang besar. Semoga Islam terus maju! Dan semoga
Islam dapat diaplikasikan di setiap ruang kehidupan kita.
Sebelum itu, ucapan terima kasih yang sangat sangat untuk teman
saya, Nuriffah Atikah Bte Zainal yang telah bertungkus-lumus dalam membantu
kami untuk menyiapkan video tersebut. Awak memang the best *thumbs up*
Jazakillahi khairal jaza <3
No comments:
Post a Comment