Tarikh penghantaran thesis hampir tamat.
Detik graduasi juga hampir dekat.Gelaran graduasi juga bakal dipegang (insha allah).
Jadi apakah langkah seterusnya?
Ke mana hala tuju sebenar?
************************************
Majlis diskusi anjuran Mursyid yang diadakan di UIA, Gombak sabtu lepas telah
membincangkan serba-sedikit mengenai hala tuju seterusnya bagi graduasi atau
bakal graduasi. Penceramah undangan terdiri dari 3 tokoh Islam yang terkenal
hebatnya – Ustaz Zahazan, Ustaz Zaharuddin dan Ustaz Ramadhan Fitri. Semoga
Allah berkati usaha dan kegigihan mereka!
Antara pengisian-pengisian yang disentuh selama lebih kurang sehari
itu adalah berkenaan dengan (1) persiapan. Persiapan itu adalah satu
senjata penting untuk memastikan diri kita berada dalam keadaan ‘tahu’. Tanpa
persiapan yang rapi dan kukuh, kita akan mudah gelabah dan tidak tentu arah.
Contohnya, dalam dewan ini berapa ramaikah yang sebenarnya telah google mengenai
laterbelakang penceramah (asal usulnya, pendidikannya, pencapaiannya dan lain
lagi).
Tidak ada seorang pun.
Ini menunjukkan kita masih berada di tahap yang belum ‘berjaya’
lagi. Hadith Rasulullah yang menyebut, ilmu itu adalah agama maka lihat lah
dari siapa kamu mengambil agama kamu.
Menyelidik dan membuat persiapan adalah sunnah nabawiyyah J Begitu juga dalam kerjaya. Kita perlu selidik dan tahu mengenai
latarbelakang syarikat tersebut, bagaimana operasinya dan lain lagi. Ini
penting supaya kita mendapat gambaran kasar mengenai sesebuah syarikat itu.
Selain itu, adalah penting bagi individu itu untuk (2) mengetahui
kelemahan dan kekuatan diri sendiri. Hal ini boleh dikenalpasti dengan
melakukan analisis SWOT (strength-weakness-opportunity-threat). Kelemahan
yang dikenalpasti (takkan syiok sendiri tak ada kelemahan kan…heee) MESTI
diperbaiki dan jangan dianggap ia sebagai satu halangan. Cari kelemahan yang
menghalang diri kita untuk memiliki add-value jika dibandingkan dengan
orang lain. Dengan mengatasi kelemahan diri, kita boleh menjadi lebih baik dari
sebelumnya.
Beralih kepada kekuatan pula, apabila ia dapat dikenalpasti, cuba
cari tokoh atau orang yang paling pakar dalam kekuatan kita. Bandingkan diri
kita dengan tokoh tersebut dan letak benchmark supaya kita tahu sejauh
mana kehebatan kita tersebut. Contohnya adalah kita adalah pendebat terbaik
dalam universiti kita. Namun begitu, ia bukan jaminan yang kita adalah yang
terbaik di seluruh dunia. Sebab itu perlu kepada perbandingan kepada
pendebat-pendebat antarabangsa yang lain.
Antara poin
penting juga adalah mengenai (3) masa. Sebenarnya masa kita panjaaaang (ism
tafdhil) dan banyak perkara manfaat yang boleh diisi. Cuma masalahnya
adalah pada time-management dan attitude. Ustaz ada menyebut
mengenai pengalaman bekerja. Sebaik-baiknya, kita berusaha bekerja untuk tempoh
3 tahun (yang berkat) tetapi mempunyai pengalaman 10 tahun.
Wow gitu kan! ^^
Tetapi ia bukan satu perkara yang mustahil. Hidup ini terlalu
pendek. Selagi mana kita boleh memaksimumkan masa kita, itu lah yang
sebaik-baiknya. Kita mahu berubah menjadi lebih baik dalam masa yang berkat
(sedikit tetapi dirasakan banyak).
#Life is too short to be an ordinary person. Be an extraordinary
person in the eye of Allah taala. Don’t take the same route as ordinary people.
Can we…? J
(4) Mengembara
juga penting untuk menambahkan pengalaman dan sekaligus membuka minda kita.
Jangan asyik terperuk dalam ‘dunia’ sendiri. Sekali-sekala perlu untuk ‘keluar’
dan melihat reality sebenar kehidupan itu. Dalam dunia bekerja, apabila diberi
peluang untuk membentangkan kertas kerja/proposal kepada majikan-majikan lain
dari luar negara, ini lah peluangnya. Go for it!
Diskusi juga
menyentuh soal (5) interview. Ramai pelajar yang memperolehi pointer yang
tinggi (3.8,3.9….) dalam peperiksaan tetapi apabila disuruh bentang atau
bebual, memang fail! (saya sebenarnya terasa di sini. Heeee....) Manakala pelajar yang biasa-biasa sahaja, apabila disuruh bebual
mereka akan melakukannya dengan yakin walaupun kadang-kadang konfiden salah.
Tak mengapa. Yang penting bual. Yang penting, otak bergerak.
Dalam interview,
apabila ditanya soalan dan kita tidak tahu jawapannya, tolong pura-pura tahu!
Dan sila bersikap konfiden! (heee…penceramah cakap gini). Jawapan sama ada
betul atau salah boleh tolak ke tepi. Yang penting, pihak penduga mahu lihat
sejauh mana kecekapan kita untuk menjawab walau belit macam mana pun jawapan
kita.
Satu lagi perkara
adalah berkenaan dengan (6) penulisan. Ok. Yang ini bagi yang berminat
untuk menjadi penulis (macam saya…heeee insha allah). Apabila kita menulis
artikel dan kita mahu melihat sejauhmana kematangan kita dalam mengulas
sesebuah isu, kita perlu ada perbandingan. Contohnya mengenai isu kalimah
Allah. Sebelum menulis artikel, kita perlu membuat kajian (sangat penting!).
Apabila kita selesai menulis artikel tersebut, kita bandingkan isi artikel kita
dengan penulis-penulis yang lebih pakar dalam isu tersebut. Contohnya, Ustaz
Zahazan, Ustaz Zaharuddin dan lain lagi. Jikalau 50% dari penulisan kita hampir
sama dengan isi kandungan pakar-pakar tersebut, maka ia sudah dianggap matang.
Lebih tinggi persamaan pada peratusan, lebih tinggi tahap kematangan penulisan kita.
Timbul juga persoalan seperti (7) mahu sambung MA à PHD atau mulakan kerjaya dahulu.
Ustaz Zaharuddin berpesan, sebaik-baiknya kita matangkan diri kita terlebih
dahulu dengan dunia kerjaya. Bekerja juga dianggap sebagai proses belajar juga
cuma mungkin dalam bentuk tidak formal. Setelah bekerja, kita akan mendapati
pemikiran yang lebih matang dan ini semestinya akan menghasilkan hasil thesis
MA/PHD yang lebih kritis dan lebih menyumbang manfaatnya kepada masyarakat.
Begitu juga
persoalan mengenai (8) minat. Kadangkala kita tidak mahu mencebur dalam
bidang yang tidak kita minat walaupun contohnya, bidang itu kekurangan
orang-orang yang pakar. Maka bolehkah minat itu dipupuk?
Ustaz Zaharudin
mengatakan bahawa minat itu boleh ditanam dan dipupuk. Pada peringkat awal,
mungkin istilah ikhlas belum wujud lagi. Namun ia boleh di-mujahadah-kan
dengan masa. Dia memberi contoh bagaimana satu ketika dahulu, dia tidak
berminat dalam bidang muamalat & kewangan Islam. Namun sangat
sedikit pakar dalam bidang tersebut dan ustaz mahu menyalurkan manfaat kepada
bidang yang masih tidak ramai pakar dalamnya. Maka dia mulakan dengan menulis
artikel mengenai muamalat Islam. Artikel yang ditulisnya mendapat sambutan yang
baik daripada pembaca.
Minat mula timbul
sedikit apabila dirasakan bahawa dirinya dihargai. Dia mula mengkaji dengan
lebih mendalam untuk menghasilkan artikel yang lebih baik. Begitulah
demikiannya. Walaupun niat asalnya adalah untuk mendapat kepuasan dari orang
ramai, namun begitu niat itu boleh sentiasa diperbaharui.
****************************
Masya allah.
Subhanallah.Banyak sangat pengisiannya.
Persepsi saya berubah selepas mendengar diskusi hala tuju ini.
Lebih berani dan lebih bersedia untuk melangkah ke dunia baru. Insha allah
semoga dipermudahkan semua urusan dan semoga Allah membimbing kita untuk masa
hadapan yang lebih cemerlang, insha allah!
Terkial-kial juga mencari bangunan engin (short for engineering) .
(Kalau ukm, bangunan kejut = kejuruteraan)
Teman-teman seperjuangan yang bakal graduate
bersama insha allah :)
Kami dalam perjalanan pulang. Tetap bersemangat
walaupun sudah penat sehari ^_^
mohonshare..tq
ReplyDelete