Sunday, 3 March 2013

Big Bad Wolf


Akhirnya saya berpeluang untuk menjejakkan kaki saya ke pameran buku-buku Inggeris di MIECC, Serdang. Ini kali pertama saya. Teruja sekejap.

Big Bad Wolf.  
Kehadirannya dinanti.
Pemergiannya tidak begitu ditangisi.
 
Saya pergi dengan teman-teman se-kolej. Kami bergerak sepatutnya pada pukul 8 pagi seawal 9.30 pagi dan hanya tiba di sana pada jam lebih kurang 11 pagi (genjutan KTM). Setibanya di sana, kami disambut dengan buku-buku! Banyaak!

Pening seketika.

Berjaya menenangkan diri dan mengingatkan nafsu agak tidak berbelanja lebih dari keperluan. Memandangkan saya datang ke Big Bad Wolf  tanpa ada sebarang senarai buku, maka saya perlu lebih berhati-hati ^^ Kalau kemaruk buku saya datang, tiada siapa yang dapat menghalang -.-!

Maka berpusing-pusing lah kami di kawasan pameran buku tersebut. Kami berpecah. Mata saya mula meliar mencari spot buku yang menarik. Saya nampak papan tanda romance,fiction, photography, sports, cookbook, children section dan banyak lagi.

Hmm.
Tiada yang benar-benar menarik perhatian saya.

Saya sebenarnya mencari buku-buku yang berkaitan dengan motivasi diri, atau buku-buku non-fiction tetapi kebanyakkannya adalah dalam bentuk novel. Majalah juga agak mengecewakan kerana tiada majalah yang sesuai untuk dibeli. Majalah ntah apa-apa sahaja.

Saya pun mula mencari random books. Agak lama juga saya mencari buku yang menarik minat saya. Terdetik dalam hati, “ Saya mesti juga pulang dengan satu buku. Sekurang-kurangnya ada juga zikrayat mengenai Big Bad Wolf,".  

Akhirnya saya jumpa juga dengan 3 buah buku. Buku tersebut saya pilih lebih untuk mendapatkan idea-idea baru yang segar dan inovatif. Dan juga untuk mempelajari cara penulisan buku tersebut. Bukan kepada isinya sangat.

Setiap buku harganya hanya RM8.
Murah.

Bila saya membuat bayaran di kaunter, rupanya ada diskaun lagi. Harga asal adalah RM 24 tetapi dikurangkan lagi hingga RM 15 ^^  Alhamdulillah.

Saya melihat pameran sedemikian amat sihat dan perlu diadakan selalu. Ia menghidupkan budaya sihat membaca. Ditambah lagi dengan harganya yang murah, tiada alasan untuk tidak MEMBACA. Cuma disyorkan agar memilih buku-buku yang sesuai dan yang tidak berlanggar dengan syara’.

Saya tidak sabar menanti pameran buku International di PWTC bulan empat nanti! ^_^ Saya perlu berjimat-cermat untuk mengumpul duit supaya dapat berbelanja sakan nanti :D

#Lepas pameran buku Big Bad Wolf, saya cadangkan pameran buku Red Riding Hood pula. Mungkin kali ini, boleh dipelbagaikan lagi buku-buku yang berbentuk non-fiction termasuk buku-buku yang dikarang oleh penulis-penulis Inggeris yang hebat. Saya nantikan….^^  
 
 Bangunan yang diadakan pameran buku Big Bad Wolf


Tiga buah buku yang bernilai RM 15 ^^  
 
Membaca adalah budaya sihat :)

1 comment:

  1. did you buy any books for me? :( my fren 'Aisyah bought so many books. you owe me books! and not forgetting, reclaim yr heart and hilal asyraf's books. thanks kak! you are the best free bookstore ever... hehehehe

    ReplyDelete