Baru-baru ini, saya telah menziarahi rumah seorang kawan. Rumahnya terletak berdekatan dengan kawasan perbukitan Cameron Highland. Tinggi dan agak sejuk. Lokasi memang dipilih sebegitu rupa kerana Puan J tidak begitu ‘tahan’ dengan cuaca panas Malaysia ^^
Puan J bukan orang Malaysia tetapi dia berkahwin dengan orang
Malaysia. Keluarga Puan J sudah menetap di negeri Arab untuk tempoh yang lama
tetapi terpaksa duduk sementara di Malaysia kerana zuruf yang tidak
mengizinkan di sana.
Pepatah mengatakan, lagi banyak mengembara lagi luas pandangan kita. Semakin ramai manusia yang kita temui/gauli, semakin kembang cara pemikiran kita.
Benar.
Manusia ini dilahirkan dengan pelbagai ragam. Pelbagai watak. Juga kepelbagaian pada cara pemikiran. Apabila kita bijak bergaul dengan mereka, memgambil hikmah dari kata-kata serta perwatakan mereka, mengambil iktibar dari pergaulan dan sikap mereka, pasti kita akan beruntung. Lebih-lebih lagi jika teman itu bukan dari orang kebiasaan (mungkin lain bangsa, lain agama, dan etc).
Semasa saya menziarahi teman saya (sebenarnya
ia merupakan kali pertama saya. Hehe. Kawan saya yang mengajak saya), banyak persoalan yang mengetuk minda saya.
Terutama sekali mengenai institusi pembentukan keluarga.
Bilangan anak
Terdapat sebuah hadith yang bermaksud, pada hari akhirat nanti aku
akan berbangga dengan besarnya bilangan umat Nabi Muhammad. Persoalannya timbul
apabila ada yang mempertikaikan, mana yang lebih utama?
Bilangan anak
yang ramai tetapi sukar untuk dikawal? Atau,
Bilangan anak
yang sedikit tetapi berkualiti!
Apabila diberi
persoalan yang melibatkan pilihan, ia payah. Susah untuk membuat
jawapan! Jawapannya sama ada yang pertama atau yang kedua.
Tetapi boleh
sahaja kita datangkan jawapan kreatif yang ketiga : Anak ramai dan berkualiti
^^ Amacam? *ketawa* Saya amat kagum
dengan ibu-ibu yang mempunyai ramai anak dan pada masa yang sama, amat gumbira
dan seronok dengan kehadiran mereka. Amat kagum. Bahkan bagi mereka, their
children are everything and they really show that to them.
Saya nak jadi
seperti mereka.
Sejujurnya,saya
suka pada kanak-kanak. Suka melihat telatah mereka. Senyuman mereka. Tawa
mereka. Sucinya mereka dari dosa. Riang ria. Fitrah dan naluri mereka amat
bersih. *tiba-tiba rindu pada dua anak saudara saya*
Tetapi ada
masanya, terlepas juga patience dari saya.
Biasalah.
Manusia.Lemah.
Mendidik anak
“Bapa dia
garang sangat..”
“Kalau tak
garang, anak-anak dia nanti semakin nakal!”“Nakal anak-anak diorang bukan nakal macam anak-anak Asian. Ini kes nakal yang berani!Sebab itu perlu garang”.
Terfikir
sejenak.
Apakah metod
yang terbaik dalam mendidik anak-anak?
Adakah bersifat
lembut perlu dengan anak-anak walaupun tahap kenakalan anak-anak adalah pada
tahap yang tertinggi? Atau kita perlu memarahi anak-anak supaya nakal mereka
tidak semakin menjadi-jadi?
Saya tidak
menafikan perlunya kepada sifat ketegasan. Yang saya musykil-kan, memarahi
anak-anak.
Masalah pada
saya, saya terlalu berhati lembut ^^
Sangat
kesiankan orang.Sering sahaja simpati secara berlebih-lebihan.
Itu lah saya.
Adakah itu satu kekurangan, atau satu kelebihan…?
Satu lagi, saya
memang not in favour family yang bersifat autocratic. Bapa adalah
raja. Segala perintahnya perlu dituruti. Nada suaranya tegas dan sentiasa berbentuk
arahan.
Saya teringat
Rasulullah.
Baginda
sentiasa membantu isteri-isterinya di dapur. Berlemah-lembut dengan mereka.
Meringankan bebanan mereka. Sentiasa
tersenyum. Cuba untuk bersama dengan mereka walaupun baginda sibuk dengan
urusan dakwah. Subhanallah. Jikalau muamalah baginda begitu lembut dengan isteri-isteri baginda, saya yakin muamalah baginda dengan anak-anaknya juga begitu.
Dan saya fikir,
mungkin….salah satu faktor kenakalan anak adalah apabila mereka kurang mendapat
perhatian. Bapa yang lepas tangan dari mendidik anak-anak, apabila anak membuat
kesalahan tiba-tiba sahaja melenting. Menuduh. Bapa yang tidak pernah memahami
dan mendalami perasaan anak-anak, tiba-tiba bila anak tidak lulus peperiksaan
akan menuduh anak malas belajar.
Hati mana yang
tidak memberontak.
Hati mana yang
tidak mengamuk!
************************
Ya rab. Semoga kami dikurniakan anak-anak yang soleh.
Sebagai qurratu ain untuk kami.
Juga penyelamat kami di akhirat kelak.
Pst! Sebelum
dikurniakan anak, mesti mencari bapa kepada anak tu dulu!
Doakan k J
#Artikel ditulis atas pandangan saya sendiri yang belum berkahwin dan tiada pengalaman dalam mendidik anak. Mungkin idea saya ada yang benar ada yang salah. Mungkin ada yang bersetuju dan ada yang tidak. Boleh kongsi pengalaman anda kalau mahu.
Idea tercetus apabila saya pulang dari menziarahi keluarga Puan J. Namun begitu, isi kandungan adalah dari saya sendiri dan tiada kaitan dengan mana-mana keluarga ataupun individu.
Wah! Ramainya kanak-kanak ^_^
No comments:
Post a Comment