Sunday, 3 February 2013

Menatap wajah mereka adalah nikmat!

Sheikh Muhammad bin Abdullah Alaydrus (berjubah putih)
Sheikh bersama translator

Tiba di Masjid Sultan dalam keadaan hujan. Disambut oleh seorang wanita yang membawa payung.
“Nak pergi ke Maggie workshop ke?”

Tak.
Saya nak pergi bacaan kitab oleh habib.

Haa. Maggie Workshop dekat situ *sambil menunjukkan auditorium yang bersebalahan dengan tandas perempuan*

Saya yang masih blur memegang lengannya sambil mengatakan,
Nie yang habib baca kitab ke?

Aah.
Sambil memayungkan saya terus ke audi tersebut.

Paisey jap.

Rupanya, Maggie Workshop itu adalah bacaan kitab oleh Habib Muhammad Alayadrus. Dinamakan Maggie sebab Maggie merupakan makanan segera yang boleh disiap dalam 2 minut ^^ Maka insha allah hari tersebut (Ahad semalam) kita akan memperolehi nasihat-nasihat serta panduan-panduan ‘segera’ dari Habib hafizahullahu.

*******************

Perkongsian kitab Ayyuhal Walad (Wahai Anak) bermula dari jam 11.30 pagi hingga zohor. Kitab ringkas itu merupakan satu tazkirah penting yang wajib diketahui oleh setiap tholibul ilm termasuk diri ini. Sebenarnya ia merupakan pengalaman pertama saya bertalaqqi kutaib (buku kecil) ini kerana sebelum ini tidak berpeluang untuk berbuat demikian.

Maka saya akan catatkan sedikit perkongsian yang diberikan oleh Sheikh semalam supaya sama-sama dapat memperolehi manfaat darinya. 

 #Nasihat (1) : Bersedia untuk menerima nasihat dari orang lain.

Setiap nasihat baik yang diberikan kita perlu menerimanya dan bersyukur atas nasihat tersebut. Dan sebaik-baik nasihat adalah nasihat dari Rasulullah iaitu;

Perlu menyibukkan diri kita dengan perkara-perkara manfaat yang mendekatkan diri kita dengan Allah ta’ala. Umat Muhammad berbeza dengan umat lain daripada segi umur. Kami umat Muhammad mempunyai tempoh umur yang amat singkat.

Lebih kurang dalam 60-70 tahun sahaja.

Nabi Nuh yang hidup selama 1200 tahun, apabila ditanya mengenai tempoh kehidupannya, beliau mengatakan, umpama masuk dari pintu sebuah bangunan dan kemudiannya keluar darinya.

Masya Allah. 
1200 tahun seperti masuk dan keluar pintu.

Kalau 60-70 tahun, agaknya tak sempat nak pusingkan tombol pintu pun! ^^

Bagaimana untuk memperolehi keberkatan umur? Sheikh mengatakan adalah dengan menyusun jadual waktu kita – apa yang dilakukan pada hari ini, esok, untuk minggu hadapan, untuk tempoh sebulan dan seterusnya.

*Bagaimana kita menyusun waktu kita? Adakah sibuk dengan perkara manfaat? Atau dipenuhi dengan lagha sahaja? Allahumma baarik lana fii awqatina!

Maka sentiasa bersedialah, atau sentiasa menyiapkan diri untuk menerima sebanyak nasihat yang mungkin! =) 

 #Nasihat (2) : Tentukan hadaf (tujuan)

Setiap manusia mempunya hadaf berbeza.

Manusia yang hidup tanpa hadaf tidak ada nilainya.

Hadaf mereka yang al-sadiq membawa manfaat di duna dan akhirat. Hadaf utama kita berdasarkan firman Allah, Tidaklah aku menciptakan jinn dan manusia kecuali untuk beribadat.

Itu hadaf umum.

Terdapat juga hadaf yang spesifik iaitu:

1.      Mencapai keredhaan Allah taala
2.      Dapat bersama dengan Rasulullah

#Nasihat (3) : Bermujahadah untuk tasfiah al-qulub (bersihkan hati)
 
*Sedikit flashback : Blog saya dinamakan sofwatul-qalb pun atas dasar ini. Supaya kami amnya, dan saya khususnya dapat memanfaatkan sebarang perkongsian supaya ia menjadi wasilah untuk pembersihan hati, insha allah.

Dalam diri kita ada dua komponen : jasad + ruh

Ruh yang mengerakkan tubuh badan kita. Kita perlu menjadikan ruh lebih kuat dari jasad kerana ruh yang berat dan tubuh yang ringan akan memudahkan urusan kita untuk taat kepada perintah Allah.

Untuk mendapatkan ruh yang berat, boleh dicapai dengan : solat –zikir – membaca Quran – menghadiri majlis ilmu. Kita perlu mengambil berat tentang ruh kita melebihi jasad kita.

Pada sesi soal-jawab terdapat persoalan ; Boleh ke saya qadha’ solat saya bila saya pulang dari sekolah nanti sebab tiada masa untuk solat ketika itu?

Sheikh menjawab, cuba awak gabungkan sarapan pagi, makanan tengahari dan makan malam awak pada satu waktu serentak. Tentu perut/jasad awak akan berasa lemah dan lapar kerana tidak diberi makan pada waktunya. Begitu juga dengan roh kita. Perlu disuap dengan makanan rohani supaya ia tidak ‘lapar’ dan tersiksa.

#Nasihat (4) : Mendirikan solat malam

Sungguh orang yang dalam kecintaan pasti suka untuk berjumpa dengan siapa yang dicintai! Maka siapa yang mencintai Allah, temuilah cinta Allah di waktu malam sebelum fajr.

Mempunyai banyak faedah terhadap hati dan badan terutama sekali dengan tangisan di sujud yang terakhir. Tangisan itu yang akan melegakan segala kemusykilan, kerungsingan dan kesedihan kita. Ia juga bukti lemahnya manusia ini dan perlunya kebergantungan kita kepada Allah secara sepenuhnya.

Dan solat qiyamullail juga dapat meningkatkan martabat keimanan seseorang kepada ihsan!  

Allah.
Allah.

********************

Sheikh berpesan untuk memperbanyakkan bacaan doa ini:

 اللهم  اجعلنا هادين مهتدين غير ضالين ولا مضلين  

 Maksudnya: Ya Allah jadikan lah kami (antara mereka) yang memberi petunjuk dan yang diberi petunjuk, bukan yang sesat dan yang menyesatkan.

[untuk shakl/baris : Allahummaj'alna haadiina muhtadiina ghaira dhoollina wa la mudhillin]

Ya Allah.
Sungguh melihat wajah mereka merupakan satu nikmat!
Sebagaimana Kau himpunkan kami di dunia bersama mereka, himpunkan kami juga di Jannah bersama mereka dengan Nabi Muhammad sollahu alaihi wa salam.
Allahumma amin.

[Perkongsian di Masjid Sultan 3 Februari 2013] 

#Mohon maaf kerana kandungan agak tidak teratur jika dibandingkan dengan kandungan sebenar kutaib ayyuhal walad. Penyampaian Sheikh semalam juga tidak dimuatkan sepenuhnya di blog kerana keterbatasan ruang dan masa. Namun begitu, masih mengharap agar sedikit manfaat dapat diambil darinya insha allah :)

No comments:

Post a Comment