Sempat bergambar sebelum ke sekolah! ^^ |
Semoga menjadi khalifah Allah yang suka membaca! ^_^ |
Si kecil. Si besar.
Kebiasaannya si kecil mempelajari dari si besar.Jarang sekali mendengar yang si besar belajar dari si kecil.
Tetapi,
Kami tentu bukan orang biasa-biasa kan.Kami mahu menjadi yang luar biasa.
Kami percaya si besar boleh belajar dari si kecil.
Bahkan lebih dari itu.
Kami mengenal nilai-nilai Islam melalui si kecil.
******************
Bergelar seorang makcik kepada dua anak saudara; seorang perempuan
bernama Raihana dan seorang lelaki bernama Raiz, merupakan satu pengalaman.
Pengalaman yang cukup bermakna sehinggakan membuatkan saya sering berfikir,
adakah ini cabaran menjadi seorang ibu? Adakah ini yang perlu dilalui oleh
seorang insan mulia itu?
Phew.
Memang cabaran.
Saya yang hanya berpangkat sebagai makcik sahaja, kadangkala pun give-up
lah.
Itulah perlunya sokongan dari seorang zauj yang soleh – yang
memahami dan dapat membantu sama dalam pendidikan dan pembangunan anak-anak.
3 perkara yang saya belajar dari si kecil:
1. Belajar untuk mujuk-rayu yang benar-benar boleh ‘mencairkan’
Untuk memujuk si kecil perlukan kemahiran yang tidak berbelah-bagi.
Kalau kemahiran memujuk tidak berjaya maka misi anda dianggap gagal ^^ Dan
biasanya pujuk-memujuk ini memakan banyak masa kerana ia melibatkan physchology.
Kalau pandai bebual, insha allah berjaya.
Kadangkala melibatkan ugutan seperti, ‘kalau tak nak tulis, nanti
tak boleh main playground’ atau ‘nak kena rotan eh’. Biasanya ugutan
akan menyebabkan si kecil melakukan sesuatu perkara dengan tidak
bersungguh-sungguh.
“…kalau nak pi library mesti ngaji dulu. Mesti write dulu…”.
Kadangkala menggunakan teknik memujuk dengan ice-lolly, ice-cream,
keropok tetapi tidak boleh diamalkan selalu.
Tips : Boleh libatkan sekali perkara yang disukai. Contohnya,
Barbie atau princess. Belikan notebook princess dan kemudiannya
mengajak si kecil menulis di dalam buku tulis tersebut. Dia akan menjadi lebih
semangat dan bersungguh-sungguh.
#Sungguh kata-kata yang liin(lembut) dan berhikmah dapat mencairkan hati yang keras. Berusahalah.
2.
Mengajak dengan cara melakukannya
Walk the talk.
Mudah.
Cara untuk mengajar anak solat adalah dengan solat bersamanya atau
solat ketika si kecil ‘melihat’. Mahu si kecil mengaji maka kita perlu mengaji
ketika dia ‘mendengar’.
Itu yang saya lakukan.
Si kecil (Raihana) pulang dari sekolah jam 2. Saya biasanya akan
solat Zohor ketika waktu itu supaya bila dia pulang, dia dapat ‘melihat’ saya
sedang bersolat. Biasanya, dia akan bergegas mengambil wudhu’ untuk solat
bersebalahan dengan saya.
Cuma solatnya mengikut mazhab dia ^^
Begitu juga ngaji. Apabila si kecil melihat saya ngaji, dia akan
mengambil Quran-nya dan mengaji bersebelahan dengan saya. Itu ngaji yang tidak formal.
Yang formal, perlu ber-talaqqi dengan tok gurunya iaitu emak
saya ^^ . Biasanya tidak susah untuk dia mengaji dengan sukarela kerana
semangatnya timbul apabila melihat saya mengaji.
Walhamdulillah.
#Untuk menarik hati orang, kita yang perlu melakukannya terlebih dahulu. Untuk menarik mad'u, kita yang perlu mulakan.
3.
Hati
yang ikhlas dapat menyentuh si kecil, dan mereka ‘merasainya’.
Ayah saya seorang yang amat penyabar. Sangat. Dan kami anak-anaknya
menjadi saksi atas kesabaran ayah yang tinggi. Terima kasih ayah.
Kesabaran itu juga dirasai oleh cucu-cucunya.
Kalau mereka terjatuh, atau dimarahi, mereka akan pergi ke datuk.
Kalau mahukan apa-apa juga, pergi ke datuk.
Ketika kami di shopping mall, saya yang sedang menolak stroller
si kecil terpaksa mengalah apabila dia mengatakan, ‘nak atuk yang tolak’. Dan
dia yang kepenatan, akhirnya tertidur dalam stroller yang ditolak oleh
datuknya.
Bukan sekali.
Tetapi sudah berkali-kali.
Kalau naik kereta, kedua-duanya akan berebut untuk duduk bersama
dengan datuk mereka di hadapan. Sehingga kadang-kadang terpaksa menarik salah
seorang untuk duduk di belakang. Dan pasti berlaku tangisan yang membingitkan
dari belakang!
#Benarlah apa yang disampaikan dari hati akan sampai ke hati hatta hati si kecil!
***********************
Apa juga yang mereka lakukan, ia merupakan fitrah kanak-kanak. Fitrah
mereka suci bersih. Umpama kain putih yang perlu dilakarkan.
Dan sekaligus ia mendidik kami.
Erti kesabaran.
Sungguh kami diuji dengan mereka.
Dan mereka juga diuji dengan kami – cuma mereka belum mengerti.
Semoga kalian menjadi anak soleh dan solehah!
Menjadi qurratu-ain untuk ibu dan ayah.
No comments:
Post a Comment