Sunday, 10 February 2013

Gong Xi Fa Cai!

Diambil dari google.
Gong Xi Fa Cai! =)

Hari ini adalah hari perayaan untuk kaum Cina.
Ia adalah sambutan tahun baru mereka dan tahun 2013 merupakan tahun ular. Kaum Cina percaya bahawa ular putih membawa tuah atau nasib yang baik kepada mereka dan Singapura mengharapkan supaya tahun ini lebih banyak bayi yang dapat dilahirkan.
 
Hari perayaan adalah hari ziarah-menziarahi. Mengeratkan silaturrahim dan mengenalkan anak-anak dan cucu-cicit kepada nenek moyang serta kerabat mereka. Angpao akan dihulurkan kepada si kecil manakala yang dewasa pula akan bertukar-tukaran buah oren.
Warna merah pula adalah lambang perayaan mereka.
Saya yang sejak berkecimpung dalam dunia penulisan, tiba-tiba menjadi seorang yang extra observant dengan suasana sekeliling. Saya perhatikan mereka – kaum cina – dan bagaimana sambutan perayaan mereka. Adakah sama seperti perayaan kita? Atau adakah hanya setakat sebuah perayaan?
Namun begitu pemerhatian saya mungkin benar. Mungkin juga salah. Atau mungkin benar pada pandangan saya, namun salah pada mereka. Atau mungkin salah diterjemahkan…atau….
Jom kita tengok!

#Observasi (1) : Baju tradisional
Kebanyakkan kaum cina tidak berpakaian tradisional. Boleh dikatakan 95% yang saya nampak tidak berpakaian tradisional. Mereka hanya mengenakan pakaian baru, cantik dan sedikit berlainan dari pakaian harian mereka.

Saya nampak 2 budak kecil berpakaian cheongsam yang jenis one-piece; maksudnya baju mereka hingga ke lutut. Comel. Sehingga kawan saya mengatakan, macam hello kitty :)  
 
Saya nampak juga satu keluarga cina – ibu dan anaknya berpakaian cheongsam tapi jenis two-suit. Maksudnya, hanya baju sahaja cheongsam. Manakala seluar pula hanya seluar hitam biasa.

Selain itu, saya juga nampak sekumpulan wanita yang mengenakan red dress. Haa! Merah! Baru terasa Chinese New Year kan! ^^
#Observasi (2) : Makan

Ini penting.
Sebab apa?
Perayaan dan makan amat sinonim.

Bagai aur dengan tebing.

Namun mungkin segelintir, atau sebahagian kaum Cina tidak begitu.

Saya perhatikan bahawa terdapat keluarga Cina yang makan di hawker centre dan di restaurant bersama dengan keluarga mereka. Malah saya terlihat ada seorang wanita Cina sempat makan pau sambil menunggu traffic light.

Saya terfikir, lapar sangat ke dia nie?

Emak saya sempat mengomen, ‘Kalau orang Melayu, makanan yang di masak boleh simpan lagi sampai seminggu. Sehinggakan kalau kita tidak makan di rumah orang, tuan rumah boleh kecil hati!’.

Betul juga kan.

Sampai boncet perut kalau kita pergi berjalan-raya.
Sakan sangat makan.

Mungkin…mungkin lah…
Mereka tidak suka masak lauk-pauk.
Satu, rumah akan selerak. Dua, penat. Tiga, lebih selesa makan luar.

Entah lah kan.

#Observasi (3): Orang tua

Oh.

Yang nie agak sedih sikit.

Kami (saya, emak dan ayah) bersarapan di salah satu kedai makan. Tiba di sana, saya lihat beberapa orang tua yang berbangsa Cina sedang menjamu selera juga.

Namun, mereka seolah-olah tidak beraya.
Mereka hanya mengenakan pakaian harian mereka.
Mereka bersarapan makanan melayu (memandangkan hanya gerai melayu yang buka).

Saya fikir, mana ahli keluarga mereka? Mereka tidak beraya sekali ke dengan anak-anak/ cucu-cicit mereka? Kaum kerabat mana?

Takkan lah biarkan orang tua makan di hawker centre sedangkan mereka berpakaian cantik dan menjamu juadah yang enak-enak?

Sebak seketika di pagi Chinese New Year (macam paham kan…)

 #Observasi (4) : Semangat bekerja

Ada juga kaum cina yang bekerja pada hari perayaan mereka!

Mungkin ada yang tidak dapat dielakkan seperti pekerja public transportation atau hospital staffs dan lain lagi.

Namun kalau kerja sendiri?
Takkan nak kerja juga?

Pelik pelik.
Tapi itulah realiti.

Ayah kata, ‘mereka pun tak nak cuti lama-lama. Mereka takut bisnis mereka akan terjejas kalau lama sangat tutup kedai’.

*********************

Wallahu a’lam.

Sekali lagi, ini hanya dari pemerhatian saya untuk hari ini 10 Februari 2013 di Singapura. Mungkin benar. Mungkin salah. Dan mungkin juga pemerhatian saya hanya berlaku pada segelintir sahaja kaum cina. Tidak semua seperti yang saya nyatakan.

Kalau nak tambah, atau nak betulkan, silakan J

*fireworks*

No comments:

Post a Comment