Akhirnya
saya berkesempatan untuk menghadiri kuliah yang diadakan pada setiap Ahad pagi
di Masjid En-Naem. Seringkali ayah menghantar video kuliah yang telah
di-recordkan melalui whatsapp kerana saya tidak berkesempatan untuk
menghadirinya.
Ini kali pertama.Dan mungkin kali terakhir (sebab dah nak balik UKM).
Tajuk yang dibincangkan pada pagi tersebut mengenai mencontohi
akhlak Rasulullah sollahu alaihi wa salam.
******************
Sebelum memulakan tazkirah, penceramah menyebut bahawa dalam diri
Rasulullah terdapat BANYAK contoh yang
boleh diikuti. Manakan tidak, beliau merupakan uswatun hasanah untuk
umat Islam amnya. Namun begitu, dalam kita mencontohi baginda perlu ada
keteraturannya.
Perlu jelas mana contoh yang benar-benar mahu diikuti.
Kalau tidak ditentukan, kita akan menjadi lost.Mahu ikut contoh A, tetapi lupa contoh B dan sebagainya.
Maka penceramah mengatakan, terdapat satu contoh yang merupakan
KUNCI kepada sifat Rasulullah secara keseluruhannya. Jikalau kita berpegang
kepadanya, maka kita akan selamat.
Itulah dia sifat RAHMAT baginda sollahu alaihi wa sallam.
ارسلناك الا
رحمة للعالمين وما
1)
Terdapat
huruf penafian (wa ma) dan huruf pengecualian (illa). Jikalau dibuang dua huruf
tersebut, ayat tersebut tetap sempurna:
ارسلناك رحمة
للعالمين
Iaitu, kami mengutuskannya kepada kamu sebagai satu rahmat untuk
sekelian alam. Sempurna bukan?
Tetapi dengan meletakkan dua huruf iaitu huruf penafian dan
pengecualian adalah sebagai satu pengukuhan bahawasanya Nabi Muhammad
benar-benar diutuskan sebagai satu rahmat untuk sekelian alam.
Tidaklah kami utuskan
kamu (wahai Rasulullah) kecuali sebagai rahmat kepada sekelian alam.
Ia merupakan satu الحصر (confinement) bahawa sifat utama Nabi Muhammad adalah untuk bersifat rahmat
terhadap sekelian alam.
Subhanallah.
#Kerahmatan Nabi Muhammad itu sungguh tiada tandingannya. Kita
dapat menyelusurinya di dalam sejarah Baginda bagaimana beliau bersifat rahmat
hatta kepada mereka yang berlaku zalim terhadapnya!
2)
Yang
kedua adalah perkataan رحمة
*p/s: Kalau
yang selalu baca al-Quran, bila baca ayat ini sahaja rasa macam tak kene gitu
kan!
Kenapa?
Hal ini adalah
kerana perkataan dalam bentuk kata kerja tertakluk kepada MASA – masa lepas,
masa sekarang dan masa hadapan. Jikalau
diletakkan perkataan rahmat itu dalam bentuk kata kerja, maka rahmat Nabi
Muhammad hanya sesuai digunakan pada zaman baginda sahaja.
Tetapi dalam
hal ini tidak. Ia digunakan dalam bentuk kata nama supaya sifat rahmat itu
boleh digunakan, malah sepatutnya digunakan pada setiap masa! Tanpa mempunyai
sebarang keterbatasan pada waktu.
Masya Allah.
3)
Perkataan
للعالمين
Terdapat beberapa perkataan yang tidak boleh di-jamakkan (non-plural
words) seperti fish (tiada perkataan plural fishes). Dan perkataan
alam (العالم) juga tidak boleh dijamak-kan. Tetapi dalam
ayat ini ia dijamakkan menjadi للعالمين.
Sekali lagi, kenapa?
Ini menunjukkan rahmat Nabi Muhammad bukan setakat di alam dunia
ini malah ia begitu luas sehingga merangkumi SELURUH alam yang diciptakan Allah
termasuk bumi yang tidak didiami oleh manusia.
Subhanallah.
Begitu luas rahmat Nabi Muhammad sollahu alaihi wa salam.
******************
Subhanallah.
Indah sungguh bahasa al-Quran.
Banyak ‘rahsia-rahsia’ yang tidak diketahui.
Semoga kita semua berusaha sungguh-sungguh untuk sentiasa mendalami
al-Quran supaya dapat men-thabatkan lagi keimanan kita kepada Allah ta’ala,
dan juga kepada Rasulullah sollahu alaihi wa salam.
No comments:
Post a Comment