Sahabat yang baik adalah yang sentiasa mengingatkan kamu kepada kebaikan. |
Pemandangan di Tasik Kejut. Subhanallah. |
Petang yang tidak dirancang. Saya dan dua lagi teman be-rehlah di Tasik Kejut. Sambil berjalan kaki ke sana, kami berborak-borak.
Tiba-tiba
perbualan kami tertumpu kepada tajuk Baitul Muslim. Cik N (salah seorang
teman) yang baru sahaja menghadiri seminar tersebut di bawah anjuran One
Heart Creative Solution ghairah berkongsi bersama kami pengisian-pengisian
sepanjang seminar tersebut.
Maka dialah naqibah kami pada petang tersebut :)Alhamdulillah.
Antara pengisian-pengisian yang dikongsi bersama dengan Cik N :
#1 : Sebelum berkahwin, kewangan hendaklah mantap. Secara
realitinya, kita perlukan wang untuk hidup. Jangan fikir soal kahwin jikalau
kita tiada simpanan. Hatta seorang wanita pun! Walaupun nafkah kita ditanggung
oleh suami, tetapi jikalau satu hari suami kita meninggalkan kita (samaada mati
atau cerai), kita perlu wang untuk menyara hidup kita. Oleh itu, fulus penting!
p/s: Boleh start belajar untuk menabung dari sekarang! ^^
#2 : Rasulullah merupakan uswatun hasanah dalam
berumah-tangga. Dari sekecil-kecil perkara sehingga besarnya, boleh dirujuk
kepada beliau. Bagaimana baginda sollahu ‘alaihi wa salam bergaul dengan
isterinya, bermuamalah dengan menantunya, menyelesaikan ‘pertelingkahan’ antara
baginda dan isteri-isterinya, adilnya baginda, lembutnya baginda terhadap kaum
wanita, amat memahami fitrah dan naluri seorang Hawa….
p/s: Perlu baca banyak kitab mengenai rumah-tangga baginda sollahu
alaihi wa salam sebelum kahwin!
# 3 : Suami dan isteri perlu kufu’. Kufu’ itu apa dhobit-nya? Penceramah
mengatakan, dhobitnya adalah pada iman dan ilmu.
Tidak pada harta. Terdapat persoalan dari seorang peserta lelaki yang
menyatakan kerisauannya mengenai bakal isterinya. Dia mengatakan bahawa bakal
isterinya seorang yang alim dan tinggi ilmunya. Jikalau dibandingkan
dengannya, dia merasakan dia tidak layak!
Maka penceramah menjawab, bukankah kita selalu berdoa untuk
mendapat pasangan yang soleh dan beriman. Jadi bila dah dapat, bersyukurlah!
Kalau rasa diri ‘kurang’ maka boleh terus pertingkatkan diri lagi untuk
sama-sama menjadi baik :)
#4: Perkahwinan bukan matlamat utama. Matlamat utama kita adalah
mendapat keredhaan Allah. Makanya, perkahwinan itu hanya wasilah kepada
matlamat utama kita. Yang penting sekarang, persiapkan diri dengan sebanyak
ilmu yang mungkin! Mulakan dengan diri kita dulu! Siapa pun bakal suami kita,
kita sudah bersedia untuk menerimanya kerana tujuan kita bukan setakat cinta,
tetapi adalah untuk Islam.
# 5 : Waktu berkahwin adalah lebih panjang dari waktu kita single.
Kita mungkin single 25 tahun sahaja, tetapi kita bakal berpasangan
selama lebih 40 tahun (kalau panjang umur). Maka apakah persiapan kita untuk
mengharungi kehidupan yang lebih lama ini?
p/s: Kehidupan akhirat khairun wa abqa. Cukup ke amalan
kita?
*********************
Jazakillahi khaira Cik N =)
Semoga Allah berkati dan terima usrah yang tidak dirancang itu!
Saya teringat pesanan Ustazah Halimah al-aydrus dan juga Sheikh
Abdullah al-Aydrus. Mereka berpesan bagi siapa yang ingin berkahwin, amalkan
membaca doa ini kathiir marraat :
رب إني لما
أنزلت إلي من خير فقير
(surah al-Qasas ayat 24)
Jom baca..?^^
Ahmarul Faatih
19.2.13
sekadar pandangan..byk perbalahan rumah tangga sehingga membawa kpd perceraian ialah sbb harta..ana takde statistik tp mungkin enti leh cari sendiri kot..dlm mazhab syafie ada satu pandangan yg mengatakan kaya@miskin sebhgn dpd kufu' :)
ReplyDeleteMungkin benar yg salah satu faktor kufu adalah pada kekayaan/kemiskinan seseorang. Cuma mungkin ia bukan faktor yg utama kepada kufu'nya pasangn tersebut.
DeleteSebab itu juga,salah satu persediaan sebelum berkahwin adalah dr segi kestabilan kewangan dan juga kebijaksanaan dalam menguruskannya.Dpt mengelakkan perceraian dr berlaku, lebih-lebih lagi di kalangan pasangan muda.
Heee...wallahu a'lam. Ana pun berkongsi setakat mana yg ana tau je ustaz.
Syukran ustaz atas perkongsian baru ini =)
betul..memang ada kesah zaman rasulullah..penceraian kerana tidak sekufu' pada harta.. tidak di nafikan harta adalah punca penceraian yg ketara khususnya di malaysia.. pemilik entry ini mungkin ingin menyatakan.. sekalipun harta di lihat penting dalam memilih pasangan..tetapi agama(ilmu dan iman) perlu diberi penekanan..kerana insyallah dengan Kefahaman agama yang jelas,penceraian akibat daripada perbezaan keturunan(harta) serba sedikit dapat di elakkan.. Waallaualam..
ReplyDeleteyupz :)
DeleteSyukran sizana!