Dah tua pun kena exercise tau! ^^ |
Baru hendak mulakan senaman. Disapa mesra oleh chinese aunty
wearing pink specs. Saya menyahut sapaan tersebut. Saya tanya dah berapa
pusingan buat.
5 pusingan dah. Aunty sangat mesra. Rancak menceritakan rutin hidupnya, walaupun tanpa diminta.
Lepas bersenam, aunty ada mengajar kelas piano pula. Petang pula ada kelas chikong.
Chinese aunty itu
menceritakan bahawa dia bersenam empat kali seminggu. Atau kadang-kala tiga
kali seminggu. Dia mengatakan bahawa bersenam merupakan satu kemestian. Nak
atau tidak, kita mesti juga bersenam. Lebih-lebih lagi umurnya yang semakin hari semakin meningkat.
Menurutnya, bersenam itu dapat membantu memanjangkan nyawa kita.
Kalau kita bersenam sejam, maknanya hidup kita akan dipanjangkan sejam lagi (Kebenaran fakta ini masih diragui. Ke betul?)
Saya hanya menggangguk. Mengiyakan kata-kata aunty.
Aunty kemudian
menceritakan tentang emaknya. Emaknya sudah berumur 80+ tetapi masih aktif
bergiat. Emaknya akan bersenam setiap pagi dengan berjalan sekitar tempat
kediamannya setiap pagi. Selepas itu, emaknya akan menyibukkan dirinya dengan
menjahit, menulis, memasak, ber-piano
(wow! Nenek canggih betul) dan baru-baru ini emaknya sedang belajar melukis!
Dan untuk mengerakkan mindanya pula, nenek tersebut akan bermain puzzle
games.
Ini seorang nenek tau.
Nenek yang dah berumur 80+.
Bayangkan.
Chinese Aunty juga mengatakan
bahawa dia-nya grandmother dan great great grandmother meninggal
dalam lingkungan umur 80+ dan ketika mereka mencecah umur tersebut, minda
mereka dah agak nyanyok – tidak dapat berfikir dengan baik.
Berlainan dengan emaknya. Emaknya masih dapat ingat tarikh lahir
kebanyakkan cucunya yang seramai 30 orang. Hebatkan nenek nie! 30 cucu. Ramai.
Mungkin cara lifestyle yang banyak membantu emaknya daripada
terkena penyakit senile (nyanyuk). Penyakit senile ini timbul
apabila seorang yang sudah lanjut usianya tidak aktif atau tidak banyak
berkomunikasi. Maka otak dan badan menjadi jumud (tidak bergerak) dan
orang yang terkena penyakit ini biasanya tidak dapat menguruskan dirinya dan
terpaksa bergantung kepada orang lain.
Sehinggakan salah seorang anak saudaranya bertanya kepadanya, why grandma never die? She's old already. Hehe. Aunty itu dah tergelak dah mendengar soalan tersebut.
Selesai sudah senaman warm-up saya. Aunty pun nampak
gaya macam tidak mahu berhenti.
Maka saya terpaksa mengakhiri perbualan
tersebut.
Okie Aunty, I need to start exercising ^_^
Dia menganggukkan kepalanya dan berkata, nice talking to you.
:)
*********************
Kalau itu Chinese aunty with her mom dapat menjalani satu
kehidupan yang bermanfaat, penuh dengan aktiviti yang membina minda dan
sentiasa berusaha untuk menuju ke arah kehidupan yang sihat, kita bagaimana?
Kita yang Muslim.
Yang mempunyai panduan Quran dan al-Sunnah.
Tentu lebih baik.
Tentu akan lebih produktif.
Kerana kita hidup bukan setakat di dunia.
Tetapi juga untuk akhirat.
#Senaman saya pagi itu amat bermakna. Memahami senaman mempunyai
kebaikan kepada tubuh badan dan juga minda. Insha allah.
No comments:
Post a Comment