Wednesday, 16 January 2013

Tidak pernah dibuat sebelum ini

Antara tempat strategik kami untuk melepak di perpustakaan
Saya masih di dalam mood examination. Jadi tidak hairanlah kalau artikel kali ini juga berkenaan dengan peperiksaan.
“Kau dah habis study untuk exam esok?”
Soalan ini biasa didengar.
Dan mungkin, kita juga pernah mengajukannya kepada teman kita.

Persoalannya,
Boleh ke kita ‘menghabiskan’ study untuk subjek peperiksaan?
Boleh ke kita ‘dah habis belajar lah’ untuk exam esok.

Itu hanya ilusi. Hakikatnya kita tidak akan pernah menghabiskan subjek exam kita itu. Ilmu Allah itu terlalu luas. Terlalu banyak.

Setakat slides yang beberapa keping itu kalau menjadi ukur tara untuk kita dah habis study, maka lingkuplah keimanan kita.

****************

Tajuk artikel kali ini timbul ketika mana saya sedang menduduki peperiksaan Undang-undang Pentadbiran Pusaka, Wasiat dan Wakaf. Hebat tak aku ini? Tengah exam pun boleh fikirkan tajuk blog. Itu menunjukkan betapa sayangnya aku terhadap blog ini *gelak*.

Ke kes fikiran melayang sebab tak boleh nak jawab soalan peperiksaan? *gulp*

Apa pun hal ini, inilah dia idea-idea yang timbul ketika aku sedang berjuang dengan mata pena.

#Menjelang peperiksaan : Tidak pernah dibuat sebelum menjejak ke UKM

Habit baru (1) : Mengulang-kaji dengan suara yang lantang kuat.

Sebelum ini, aku biasanya mengulangkaji secara sirr sahaja. Ingat solat je ke yang ada sirr dengan jahr. Exam pun ada. Sistemnya adalah menghafal dengan hati. Hafal hafal hafal kemudiannya ulang secara dalam hati sahaja. Dekat mana-mana boleh mengulangnya termasuk dalam bas, atau mungkin dalam toilet..? -.-!

Dahulu, seorang teman aku pernah menyampaikan ucapan atas aungerah pelajar terbaik semasa aku di peringkat menengah. Antara kata-katanya yang aku ingat hingga ke hari ini adalah, “...if there’s no one to listen to my revision, then I will just talk to the chairs, tables, walls, my bear....”. Ketika itu kata-kata itu setakat angin lalu sahaja. Tetapi bila aku di sini, aku mula mempraktikkannya tanpa aku sedari sebenarnya.

Ia amat membantu kerana apabila kita mengulang dengan suara kuat, minda kita akan disokong dengan suara tersebut.

Cubalah. Amat berkesan.
Cuma perlu sediakan air kosong di sebelah.

Habit baru (2) : Berjaga hingga lewat malam

Waktu sekolah dahulu, paling lambat aku pernah berjaga adalah sehingga 11 malam. Itu pun dah dikira agak lambat! Salah satu faktornya adalah mungkin kerana ayah dan emak jenis yang tidur awal, makanya rumah akan menjadi amat sunyi sepi sekali menyebabkan aku terlalu takut terpaksa tidur awal mengikut rentak family.

Sekarang?

Pergh. Hingga lewat 2 pagi. Mungkin ada yang ler? Baru 2 pagi? Aku pernah tak tidur langsung satu malam tu. Tahniah kalau anda pernah lakukannya dan anda mungkin sama species dengan burung hantu dan kelawar.

Saya tidak pernah percaya dengan budaya tidur terlalu lambat, atau tidak tidur langsung untuk menyelesaikan tugasan atau untuk belajar peperiksaan. Saya yakin yang berbuat demikian adalah mereka yang akan menarik selimutnya juga untuk tidur hingga matahari menegak! Sedangkan waktu pagi itu adalah waktu untuk manusia berusaha/bekerja dan waktu malam adalah waktu untuk berehat.

Tabiat suka tidur lewat semakin menjadi sehingga di rumah pun saya terbiasa untuk tidur lewat. Tetapi saya ‘menghukum’ diri supaya menyibukkan diri saya selepas subuh supaya tidak terbiasa pula dengan budaya tidur lepas subuh.

Habit baru (3) : Berbincang dengan kawan-kawan

Cara pembelajaran manusia memang berbeza.  Saya jenis yang cenderung kepada visual, dan kurang cenderung kepada bentuk pembelajaran audio. Lebih kepada melihat nota, buku, slides presentation dan tidak boleh hanya bergantung kepada penerangan dari guru atau pensyarah. Saya perlu lihat ^^

Selain dari pembelajaran secara visual, saya juga jenis yang suka belajar secara sendiri. Tidak suka belajar beramai-ramai sama ada secara hakiki atau tidak (duduk bersama-sama tetapi belajar lain-lain).

Tetapi kini, saya suka untuk berbincang, bertukar-tukar pendapat atau mendengar penerangan daripada teman-teman yang lain.Saya rasa itu lebih mencerahkan minda dan mematangkan pemikiran supaya belajar untuk menerima pandangan orang lain, dan sekaligus mengerakkan otak. Sejak-sejak ini juga saya sering sahaja belajar di perpustakaan secara tidak hakiki bersama dengan kawan-kawan. Semangat untuk belajar itu lain apabila dibandingkan dengan belajar sendiri. Rasa semangat tu lebih up sikit ^^

****************

Alhamdulillah Allah beri aku peluang untuk merasai perubahan-perubahan positif ini. Mungkin ini salah satu hikmah mengapa aku berada di sini J

Apa pun, saya masih mengharapkan doa dari teman-teman sekalian.
Exam saya masih berbaki dua : Esok dan Jumaat.

Mohon di-titipkan doa agar dipermudahkan untuk menjawab dengan tepat.
Muwaffaqah insha allah!

#Aku tidak akan kalah walaupun kebanyakkannya telah mengangkat bendera kemerdekaan. Thabbit qulubuna 'ala deenik!
 

No comments:

Post a Comment