Akhawat yang beridentitikan muslimah :) |
“...boleh tahu dari cara pemakaian yang awak bukan orang sini...”
“...itu lah dia budak Singapore yang pakai tudung belit...”
“...tudung macam gini memang budak Singapore selalu pakai...”
Kerapkali saya mendengar ucapan-ucapan begini.
Pelajar Singapura ada identiti sendiri.
Sehinggakan
pernah sekali ada rombongan pelajar Al-Zuhri (pelajar Singapura yang menuntut
di sekolah part-time di Singapura) datang mengunjungi UKM, dan saya
mendapat panggilan dari seorang tenaga pengajar menanyakan,
“...geng-geng
enti datang ke?”
^^
******************
Setiap orang pasti mempunyai identiti
sendiri dalam berpakaian. Terutama sekali sekiranya ia melibatkan budaya
sesuatu kaum.
Melayu dengan berbaju kurung.
India dengan berpakaian sari.Manakala yang Chinese pula dengan cheongsam-nya.
Itu semua
tidak menjadi satu isu dalam agama. Apa yang utama adalah pakaian tersebut yang
dikenakan oleh umat Islam seharusnya menepati batasan-batasan yang telah
ditetapkan oleh Islam.
Identiti
berpakaian saya.
Identiti
berpakaian kamu.Identiti berpakaian kami.
Hanya satu :
Identiti Islam.
Berpakaian seperti raja
Mungkin isu
berpakaian tetapi bertelanjang sudah banyak kali disentuh atau dibahaskan. Bagi
saya, isu berpakaian seperti anak raja juga dilihat sebagai satu isu yang agak penting.
Kenapa seperti
raja?
Sebab dia
bukan raja sebenar.
Hanya raja
yang menumpang glamour bapanya.
Berpakaian
mewah dan mahal.
Baju blink
blink sebab banyak sangat manik.Bergaya sakan.
Tetapi lupa.
Lupa bahawa pakaian itu merupakan satu ujian dari Allah. Pakaian juga merupakan
satu pinjaman dari Allah. Ia berkait rapat dengan keimanan kita.
Nabi Adam
dan isterinya dihalang memakan buah larangan di syurga. Namun atas pujukan
syaitan, isterinya tergoda lalu mengajak Adam untuk makan bersama. Akhirnya,
kedua-dua mereka telah ditanggalkan pakaian mereka dan terlihat aurat
mereka (yang sebelum ini telah tertutup kerana berpakaian).
Lihat.
Pakaian mereka telah dilucutkan atas balasan dosa-dosa mereka. Pakaian dan dosa.
Bayangkan
jika manusia hari ini ditimpa dengan balasan sedemikian atas dosa-dosa kita
yang bertimbun? Melanggar perintah Allah dan ditimpakan balasan seperti Nabi
Adam dan isterinya. Dilucutkan pakaian. Malu?
Sudah tentu. Malu sebab dilucutkan pakaian. Malu sebab tersingkap dosa-dosa dan kesalahan yang dilakukan.
Amat malu
kalau kita hanya fokus kepada penampilan luaran dan abaikan penampilan dalaman
:( Kerana pada hari kiamat nanti, kita tidak dilucutkan pakaian atas dosa-dosa
kita. Bahkan kita sudah berada dalam keadaan bertelanjang – tiada seutus benang
pun atas tubuh. Apa yang utama ketika itu, hanyalah amalan kita. Baik atau
buruk.
Ya Allah,
sebagaimana kau cantikkan penampilan kami, percantikkan lah juga akhlak kami.
Kita bukan
raja pada berpakaian.
Bukan juga
anak raja.
Kita ini
hanyalah seorang hamba.
Hamba kepada
raja seluruh alam.
Maka
berpakaianlah seadanya.
Berpakaianlah
berpada-pada.
Identiti
Pakaian
melambangkan identiti diri kita. Siapa kita kadang-kadang ditentukan oleh cara
penampilan kita, cara kita membawa diri, cara kita memilih pakaian yang sesuai
dan cara kita menggayakannya.
Sebab itu
penting untuk kita menampilkan diri kita dengan bentuk identiti yang Islamik.
Pakaian yang
sopan.
Menutup
aurat. Tidak menarik perhatian.
Namun
begitu, jangan pula mempunyai tanggapan salah.
Tanggapan
salah mengenai pakaian Islam : Hitam? Tudung labuh? Berjubah? Tidak boleh
ber-shawl? Tidak boleh mengenakan pakaian trend terkini? Pakaian mahal tak
boleh?
Salah.
Islam itu
mudah. Jikalau ia menetapi syariat, ahlan wa sahlan. Jangan terlalu mengikatkan
diri kepada budaya. Yang bertudung labuh, lagi sempurna imannya. Wanita yang
tidak berseluar, lagi lengkap imannya. Wanita yang berniqab atau berpurdah,
lebih terjaga imannya.
Ini
merupakan tanggapan yang salah.
Allah melihat kepada tahap ketaqwaan dalam diri kita. Jangan jadikan pakaian sebagai ukur tara kepada tahap keimanan dan ketaqwaan kita.
Dan
sesungguhnya Allah itu cantik dan suka kepada kecantikan. Tambahan lagi, wanita
adalah bidadari-bidadari yang dikurniakan dengan fitrah suka kepada perhiasan
dan kecantikan. Selagi mana niat disandarkan kepada Allah, pahala menanti insha
allah.
******************
[Monolog
diri sendiri] :
“Kenapa
pakai tudung belit-belit?”
Senyum.
Ada makna.
Ketika aku
menuntut di Syria dahulu, terdapat seorang Anisa’ (pengajar) yang dikenali
sebagai Anisa’ Nada :) Lembut dan tenang wajahnya. Mengajar kami subjek Tafsir
al-Ahkam. Barakallahu feeha.
Antara
isi-isi pengajiannya mengenai aurat wanita adalah aurat wajah wanita termasuk
sekali dagunya. Sebab itu apabila wanita solat, maka telekungnya akan menutupi
daerah dagunya sekali.
Maka untuk
menyahut seruan tersebut, aku membelit tudung dengan tujuan tersebut – menutup
dagu. Ia juga memudahkan aku untuk mendirikan solat dimana sahaja tanpa perlu
bergantung kepada telekung.
Ia bukan
setakat satu identiti.
Bukan juga
setakat ‘dilihat’ sebagai fesyen.Hanya aku yang sedang menyahut sahutan seorang Anisa :)
hehe..sape la pensyarah yg tel tu..
ReplyDelete