*hafal-ing* |
Aku yakin ramai yang tidak sabar menanti
peperiksaan berakhir.
Ramai yang jealous giler bila
melihat teman-teman yang lain sudah mula mengemas bagasi-bagasi mereka.
Argh seronoknya! Dapat balik kampong jumpa
mak ayah! Dapat makan makanan emak hari-hari! Dapat bermain dengan anak saudara....seronok
seronok!
Termasuk lah aku ini.
*************
Ada apa dengan peperiksaan?
Pasti ramai yang merungut setiap kali
fatrah peperiksaan tiba. Malah ada yang tidak sabar untuk graduate kerana
tidak mahu menduduki untuk peperiksaan lagi. Katanya, stress! Ada pula
merasakan peperiksaan itu satu bebanan – perlu baca, baca,baca dan baca. Hish! Beban!
Ada pula yang merasakan peperiksaan itu setakat peperiksaan sahaja. Habis exam, habislah. Tak ada benda lagi lepas exam kecuali menunggu keputusan. Jadi tak kisah sangat lah kalau bertungkus-lumus untuk satu atau dua minggu untuk exam. Lepas tu boleh hooray-hooray dah.
Dan tidak kurang juga yang mengatakan, kalau tidak memberi perhatian semasa kuliah pun takpe.
Sebab mampu untuk belajar sendiri. Yang penting, exam. Kalau kita
belajar sungguh-sungguh masa study week untuk exam dan Ada pula yang merasakan peperiksaan itu setakat peperiksaan sahaja. Habis exam, habislah. Tak ada benda lagi lepas exam kecuali menunggu keputusan. Jadi tak kisah sangat lah kalau bertungkus-lumus untuk satu atau dua minggu untuk exam. Lepas tu boleh hooray-hooray dah.
Pergh. Hebat.
Sebenarnya ada apa dengan peperiksaan?
Kenapa kita perlu bersungguh-sungguh belajar untuuk exam? Kenapa kita perlu
bersengkang-mata menjadi panda bear untuk peperiksaan? Kenapa kita perlu
korbankan masa senang kita untuk revise subjek peperiksaan kita?
Kenapa?
Tujuannya hanya satu. Sebagai satu bentuk wasilah (perantaraan) untuk kita manusia mencapai 'keajaiban' dan 'luar biasa' di dunia ini. Sebagaimana mukjizat para rasul terdahulu menjadikan satu elemen 'keajaiban' untuk menarik orang ke Islam.
Nabi Musa dianugerahkan dengan mukjizat untuk
membelahkan laut dengan tongkat saktinya. Nabi Musa juga telah mencampakkan tongkat sakti beliau lalu bertukar ia menjadi ular yang besar. Begitu juga dengan Nabi Ibrahim yang terselamat daripada kezaliman kaumnya yang telah mencampakkan baginda ke dalam bara
api yang membahang, dengan izin Allah taala. Antara mukjizat Rasulullah juga adalah mengeluarkan air daripada celah-celah
jarinya dan mukjizat terbesar baginda adalah al-Quran.
Subhanallah.
Mukjizat
yang Allah telah anugerahkan kepada mereka.
Mukjizat itu
diguna sebagai perantaraan untuk ‘memujuk’ dan meyakinkan manusia bahawa
mukjizat itu benar-benar datang dari Allah taala. Bahkan mukjizat itu tidak
dapat ditandingi oleh mana-mana kekuatan mahupun kehebatan apa sekalipun!
Mukjizat itu memang selari dengan maknanya iaitu untuk melemahkan
(hujjah-hujjah) pihak lawannya.
Jadi? Apa
kaitannya dengan peperiksaan?
Peperiksaan
kita seperti mukjizat tersebut. Bahkan lebih hebat sekiranya kita
melakukannya atas tujuan lillahi ta’ala.
Itulah mukjizat
kita di dunia ini.
Mukjizat peperiksaan.
Mukjizat untuk membuktikan bahawa kita boleh belajar bersungguh-sungguh untuk
mendapatkan keputusan cemerlang. Kita pandai mengurus masa dan jadual
harian kita; mana masa untuk studi, mana masa untuk bermain dan mana
masa untuk berehat/beribadah.
Saya tahu exam bukan segala-segalanya. Namun buat masa ini (pada zaman ini dan pada kebanyakkan realiti hari ini), keputusan peperiksaan adalah wasilah untuk kita mendapat pekerjaan yang baik, memperolehi gaji yang tinggi atau mendapat 'tempat' di kedudukan ramai. Kita tak akan boleh menafikan realiti itu walaupun pada hakikatnya peperiksaan bukan segala-segalanya. Jauh sekali sebab utama untuk mendapat rezeki.
Bukan.
Peperiksaan juga sebenarnya menunjukkan kebolehan kita untuk mengawal tahap stress kita. Adakah kita
terlalu terikut-ikut dengan stress yang ‘dibuat-dibuat’? Atau minda kita
terlalu ter-ikat dengan frasa exam=stress? Maka
tidak hairanlah kalau ada timbul istilah ini, stress yang dibuat-buat! Sehingga membutakan
mata sendiri untuk melihat elemen positive dalam peperiksaan?
Ada positive
dalam exam ke? *garu kepala yang tidak gatal*
Positif dalam ber-periksa
Aku sedang
dalam fatrah peperiksaan. Ada lagi 4 paper (allahumma yasir lana jami’an). Dan
aku sedang bertarung dengan diri sendiri untuk mem-positive kan diri
yang sedang low motivation. Bukan sebab beraat exam, tetapi sebab sedang
berlawan dengan mood tahun tiga. Mood tak sabar nak graduate. Graduate
huh.
Ditambah
lagi dengan keputusan mid-semester yang agak hmmm, tidak soo mem-berangsangkan.
Memang
malas!
Serious! Tetapi aku gagahkan diri juga. Gagahkan diri untuk mem-positivekan diri.
Antara cara
untuk mem-positifkan diri:
#1 : Membayangkan
wajah ceria mak ayah apabila memberitahu tentang kecemerlangan keputusan
peperiksaan nanti. Tentu mereka berbangga dengan kejayaan kami.
Sekurang-kurangnya ini yang dapat kami ‘sumbangkan’ untuk emak ayah selagi kami
masih bersekolah. Insha allah amin.
#2 :
Mendidik diri untuk belajar ‘susah-susah dahulu senang-senang kemudian’. Biar
kita susah bertungkus-lumus dengan exam, kelak masa hadapan insha allah
dipermudahkan. Dan biarlah kita bersusah-susah dahulu di dunia, insha allah di
akhirat kelak akan dipermudahkan.
Teringat
sabda Rasulullah, ‘Barangsiapa yang menuntut ilmu di jalan Allah, maka Allah
akan permudahkan jalannya ke syurga nanti,’.
Kita mahu
menjadi orang itu. Lagipun masuk syurga perlukan sweat. Its not easy.
#3 : Ini lah
masanya untuk menunjukkan kebolehan kita untuk menghafal, memahami,
dan kemudiannya mempraktikkannya dalam kehidupan. Termasuk juga belajar
untuk menyusun jadual waktu belajar, mencari teman-teman ‘sekaki’
belajar, belajar untuk menolak pelawaan-pelawaan ‘manis’ ketika musim
exam kerana ada prioriti yang lebih utama seperti lepak bersama, tengok
video dan lain lagi. Ini semua perlukan kepada skills and the practise
starts now :)
#4 : Masa
ini kita boleh menimba sebaaaaanyak ilmu yang mungkin! Ilmu itu bukan dari satu
bidang sahaja bahkan dari pelbagai bidang. Bagi kami pelajar universiti, kami
perlu ambil subjek luar bidang kami seperti subjek pengurusan sumber manusia (Human
Resource), subjek isu-isu ekonomi (Economy Issues), Workplace, Academic
Communication, Isu-isu Keluarga, atau penulisan dan juga subjek-subjek lain.
#5 : Sifat
tidak mahu kalah dengan kawan-kawan seperjuangan. Mereka sedang study
sungguh-sungguh dan aku main-main dalam bilik...? *geleng kepala* tak boleh tak
boleh! Mesti bangkit!
#6: Setiap
orang mempunyai perjuangannya tersendiri. Peperiksaan adalah medan perjuangan
aku. Takya lah nk mempertahankan sana sini, konon untuk ‘memperjuangkan’ hak
masing-masing tetapi peperiksaan depan mata diabaikan sehingga dapat pointer
rendah.
Bagi yang pandai mengimbangi antara kedua-duanya, no hal lah.
Peperiksaan
adalah perjuangan aku. Dan aku mahu ‘mati syahid’ dalam perjuangan tersebut.
Walaupun nampak
seperti positif yang bersifat ‘keduniaan’ semata, tetapi percayalah, ia
merupakan pendorong yang dapat menyentap jiwa. Pendorong yang get me moving.
Wahai diri,
yakinlah apa yang kamu usahakan, itulah yang akan kamu perolehi untuk hasilnya.
To get an A, we need to be an A student. So are we?
Exam? Bila mahu habis nie?
18 Jan 2012 insha allah. Paper terakhir.
Sekali lagi, mohon doa dari semua yang membacanya :)
No comments:
Post a Comment