Setahun berlalu sudah.
Cepat sungguh masa berlari. Tidak pernah sesaat pun ia menunggu kami.
Benarlah firman Allah : Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam
kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan melakukan amal kebajikan dan sentiasa
mengingatkan dengan kebenaran dan mengingatkan tentang kesabaran.
****************
Tak tak.
Saya tidak mahu menulis tentang azam 2013 saya.Cukuplah dengan azam ma’al hijrah 1434H.
Saya ingin mengimbau kembali beberapa kenangan sepanjang 2012.
Apa yang boleh diperbaiki dan dipelajari.Mungkin ketika berhadapan dengan peristiwa tersebut, otak dan minda dalam off-muhasabah mode.
Jadi kali ini, biar saya on-kannya supaya dapat mengambil iktibar dan pengajaran darinya.
Tiba-tiba blur macam mana nak track semula
peristiwa-peristiwa sepanjang 2012 -.-!
#Pengajaran (1) : Majlis ilmu
Saya paling suka saat ini! Indaah~ Rasa iman high ketika
menghadiri majlis ilmu. Alhamdulillah ‘ala ni’mat. Sepanjang saya duduk di UKM,
saya dapat berjumpa dengan pelbagai tokoh-tokoh hebat Malaysia (mesti orang Malaysia bangga sakaan kan…heh). Antaranya Hilal Ashraf, Ustaz Pahroul Juoi, Ustaz Zaharuddin ( nie dah beberapa kali tapi tengok dari jauh je lah), Ustaz Zahiruddin Zabidi, (penulis
juga walaupun saya belum berkesempatan
untuk membaca karangan beliau), Ustaz Zahazan dan banyak lagi.
Manakala tokoh hebat Islam yang hadir ‘mewangikan’ Bandar Baru
Bangi Msia, antaranya Sheikh Ali Al-Sobuni. Saya sungguh tidak sangka dapat
bertemu dengan beliau hafizahullahu wa ra’ahu wa atollahu umuurahu fi sihhat
wal afiah. Ketika saya menuntut di Syria dahulu, terdapat subjek tafsir
al-Ahkam yang perlu ditelaah. Kami menggunakan kitab tafsir al-Ahkam yang
ditulis oleh Sheikh Muhammad ‘Adnan Darwish. Masih ingat lagi saya anisa
kesayangan saya; Anisa Nada :) yang mengajar kami subjek ini.
Penulisan buku Sheikh Adnan tidak dinafikan kehebatannya tetapi
terdapat sebuah kitab lain yang lebih jelas teratur penyusunannya sehingga
pelajar yang dhoif macam saya ini mudah untuk menghafal point-point
penting. Kitab itu adalah kitab tafsir ayat al-Ahkam juga tetapi dikarang
Sheikh Ali al-Sobuni. Sebab tu excited semacam dapat menatap wajah beliau!
Begitu juga dengan tasmi’ kitab al-Nasai oleh Sheikh ‘Awwad di
Masjid KUIS. Agak sedih dapat hadir hanya sehari sahaja tetapi ( talaqqi kitab
al-nasai’i seminggu) semoga sekali itu lah
akan menjadi semangat dan pendorong untuk berkali-kali akan
datang ^_^ insha allah.
Termasuk juga talk The Heroes di UIA. Mantop! Ada lagi ke saya tertinggal?
#Pengajaran (2) : Photoshop & Cyberlink
Alhamdulillah. Akhirnya saya berjaya ‘menakluki’ ilmu photoshop walaupun sebenarnya tidak lah mahir mana pun. Dah lama sangat nak belajar photoshop dan akhirnya diberi kesempatan. Boleh baca lebih lanjut dalam artikel saya Crazy over Photoshop.
#Pengajaran (3) : Penubuhan
blog
Langkah ini diambil sejurus sahaja saya menghadiri Bengkel Dakwah Penulisan
di bawah anjuran Perkim UKM. Saya sebenarnya sudah mempunyai blog sendiri sejak
2007 lagi. Blog itu kebanyakkannya ditulis dalam bahasa Inggeris. Ia merupakan
penulisan santai yang lebih menceritakan tentang kehidupan diri saya dan saya
boleh kategorikan ia sebagai agak personal.
Tapi kalau dah namanya blog, personal mende -.-!
Saya sayang blog itu.
Cuma saya ingin pendekatan yang berbeza apabila saya menulis di
blog sofwatul-qalb ini. Saya mahu penulisan saya lebih berbentuk ilmiah
dan boleh dimanfaatkan ramai. Cuma saya tidak ada kekuatan untuk
mempromosikan blog terkini saya kerana penyakit inferiority complex. Hehe.
Walaupun Hilal Ashraf mengatakan, “ dalam berdakwah perlu ada promosi juga.” .
Sungguh.
Kekuatan itu tiada.
Rasa kerdil jika dibandingkan dengan teman-teman lain yang lebih senior
dalam bidang penulisan. Mutu bahasa melayu mereka, idea-idea mereka, gaya
penulisan mereka, perkataan bahasa yang tinggi….
Sungguh saya kalah.
Dan satu lagi, saya khuatir saya tiada kekuatan bila pulang ke
Singapura nanti. Saya mahu blog ini seboleh-bolehnya dikekalkan dalam Bahasa
Melayu. Saya khuatir saya tiada dorongan untuk menulis dalam bahasa Melayu baku
apabila pulang ke Singapura for good.
Toin toin -.-!
Cuma saya harap, usaha saya sedikit ini (buat masa ini insha allah) dapat menjadi saham saya di akhirat kelak.
*******************
Cukuplah 3 pengajaran. Sunnah Nabi 3 kan…? ^^
Semoga ketiga-tiga #pengajaran tersebut tidak berhenti setakat di
situ.Bahkan terus berkembang dan berkembang hingga manfaatnya dapat dirasai oleh saya sendiri khususnya, dan orang sekelilingnya amnya.
2013.
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.
Ahmarul Faatih
1 Januari 2013.
#She's all set for school ^_^ Lets hope no tears on the 1st day of school.
All the best lil monster!
All the best lil monster!
No comments:
Post a Comment