Monday, 10 December 2012

Ustaz Mesir kami

Tidak saya sangka semester lima ini akan berakhir tidak lama lagi. Kurang dari 2 minggu. Ini juga bererti saya mempunyai satu lagi semester untuk menamatkan tempoh pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Perasaan?
Pastinya gembira :)

Sedih sudah semestinya.

Untuk semester ini, saya mempunyai seorang pensyarah yang berketurunan Mesir. Berbicara tamam dalam bahasa Arab ketika kuliah dan tutorial. Boleh bebual bahasa Melayu sikit-sikit sahaja. Pensyarah saya adalah Ustaz Abdul Wadud.

Kenapa ‘dia’ yang terpilih?

Hanya satu sebab sahaja.
Kerana dia berbicara dalam bahasa Arab fushah dan tamam.
Saya suka dengar dia berbicara.
Saya merasakan seolah-olah saya berada di negeri Arab.
Terutama Mesir.
Lahjah Mesir nya tetap ada.

Zaujah menjadi zaughah.
Jami’ menjadi ghami’.
Semua perkataan Arab yang mempunyai huruf jim akan bertukar bunyiannya menjadi ghe (macam sebutan geli- gemuk - gemilang).

Selain itu adalah KESUNGGUHANNYA untuk mengajar berulang kali.

Mungkin salah satu kelemahan pelajar-pelajar UKM adalah dari sudut bahasa Arab. Bukan tidak faham, tetapi kurang terdedah kepada kekerapan penggunaan bahasa Arab sehingga susah untuk memahaminya dengan baik. Atau mungkin ada yang kurang berminat.

Dan Ustaz Wadud faham akan masalah itu.
#Seorang pensyarah yang baik dapat mengenal kelemahan sasaran dan cuba untuk mengiktiraf kelemahan tersebut dalam sesi pengajarannya.

Antara langkah yang diambil adalah dengan mengulangnya.
 
Seringkali dia berkata, a’ud? (saya ulang?)
Sa’aud marratan thaniah. Aw marratan thalitha aw rabi’ah  hatta tafham (Saya akan ulang untuk kali kedua. Atau kali ketiga, atau kali keempat sehingga awak semua faham).

 Dan Ustaz juga mengerti bila pelajar-pelajarnya sedang dalam aura ke-blur-an.
Al-ainu la takzib. La ba’s. Marratan thaniah (Mata tidak pernah menipu. Tidak mengapa. Saya akan mengulangi buat kali kedua).

Begitu lah seterusnya.

Kesungguhannya untuk mengulang berkali-kali sehingga kami faham.

Dan pada akhir kelas, dia akan bertanya fahimtum aw la (faham ke tidak?). Kami semua dengan beriya-iya menjawab, na’am insha allah. Kemudian Ustaz bertanya lagi – nak dapatkan kepastian penuh : insha allah ta’liqan aw tahqiqan? (insha allah yang setakat nak mengelakkan diri atau insha allah yang benar-benar pasti?).

:)

Itulah Ustaz kami – Ustaz Abdul Wadud al-Misriyy.

Dan pada akhir setiap kelas, sama ada kuliah atau tutorial, Ustaz tidak pernah lupa untuk berdoa. Berdoa untuk kesejahteraan anak-anak murid dan ummah sekalian.

Tutorial terakhir

10 Disember 2012.
Semalam adalah kelas tutorial siasah terakhir kami (sesi Isnin 9-10 pagi).
Dan Ustaz mengambil kesempatan untuk memberi kami ‘wasiat’ yang lebih berharga dari harta sebenar. Insha allah kami akan pegang wasiat itu dengan erat dan mengamalkannya dalam kehidupan kami.

#Semalam ada post dekat FB (Nurhida Yusoff) yang bertulis :
 

Saya amat terkesan dengan nasihatnya yang terakhir itu – apabila kita memudahkan urusan orang, pasti Allah akan memudahkan urusan kita.

Kalau boleh kita hendak menggembirakan hati orang lain kerana apabila orang gembira, kita pasti turut gembira. Itu yang dipesan oleh Ustaz. Cuba untuk idkhal al-surur ‘ala qalbi imri’in muslimin (memasukkan rasa kebahagiaan dalam hati orang Muslim) dan cuba untuk yakunu sababan fii is’aadi al-akhariin (menjadi penyebab untuk kebahagiaan orang lain).

Sempat Ustaz menceritakan kami sebuah kisah mengenai seorang sahabat iaitu Abdullah Ibn Abbas. Beliau sedang beriktikaf di masjid (dan salah satu syarat untuk ‘selesaikan iktikaf bagi yang bernazar’ adalah tidak memutuskan pahala iktikaf dengan keluar dari masjid. Kalau keluar dari masjid, maka terbatal-lah iktikaf tersebut).

Lalu datang seorang pemuda kepadanya dan mengatakan bahawa terdapat seseorang yang perlukan bantuan daripadanya. Lantas Abdullah bergegas keluar dari masjid dan menunaikan hajat seseorang tersebut. Apabila pulang ke masjid, beliau ditanya oleh sahabatnya mengapa beliau membatalkan iktikafnya.

Maka Abdullah berkata, menunaikan hajat seseorang itu lebih baik dari 10 tahun beribadat dan berpuasa di siang hari.

Masya Allah.

Dan benar sekali sabda Rasulullah,

والله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه

 Maksudnya, Allah akan sentiasa dalam pertolongan hambanya selagi mana hamba tersebut sentiasa dalam pertolongan saudaranya

 ***********

Semoga Allah berkati Ustaz al-Wadud kami.
Semoga Allah memelihara putera-puteranya dan keluarganya.
Jazakumullahu khairal jaza.

Sahl insha allah?
Sahl jiddan jiddan insha allah :)

Ahmarul Faatih
11 Disember 2012

#Menulis entri ini, terbayang wajah mak dan ayah yang sedang bercuti di Mesir :D Ya Allah, peliharalah mereka dalam kesejahteraan dan kasih sayangmu.

1 comment:

  1. sahl insyaAllah....
    semoga Allah memberkati ust...
    sgt bersyukur dpt lect mcm ni...rasa sronok blajar walupun ust mngajar dlm b.arab...
    org yg biasa, tp punya hati luar biasa...Ust Wadud kami~~ :D

    ReplyDelete