Penulis bersama dengan teman-teman di Ipoh Perak. Rumah seorang teman Wan Nur Baini. |
Baru
sahaja pulang dari percutian ke Perak selama 2 hari satu malam.
Percutian
yang amat seronok alhamdulillah.
Dapat menyaksikan akad nikah seorang teman.
Dapat
memetik buah dari pokok! (saya kan orang Bandar ^^ )Dapat menyaksikan akad nikah seorang teman.
Dapat mandi air sungai! – Ulu Chepur Perak
Setiap langkah yang diambil, setiap pemandangan yang ditatapi, setiap tingkahlaku yang diambil; banyak mengajar kita sekiranya ia disandarkan kepada Allah.
Kerana hidupku dan matiku adalah kerana Allah swt taala.
***************
Fanzuru
fil ardhi
Nabi-nabi
terdahulu banyak mengembara.
Bahkan
setiap Nabi itu pernah bermusafir. Nabi Musa bermusafir bersama dengan Nabi Khidir. Di dalam perjalanan itu, tersingkap ‘kekurangan’ diri Nabi Musa yang sering bertanya kepada Nabi Khidir sebab di sebalik sesuatu peristiwa, sedangkan Nabi Khidir telah menegahnya untuk bertanya hingga tiba pada masanya. Melalui perjalanan baginda dengan Nabi Khidir juga mengajarnya erti sebenar kesabaran.
[Quran, al-Kahfi] : 67. Dia
menjawab, “sesungguhnya engkau tidak akan sanggup bersabar denganku. 68. Dan
bagaimana engkau dapat bersabar dengan aku sedangkan engkau belum mempunyai
pengetahuan yang cukup tentang hal itu,”. 69. Dia (Musa) berkata, “Insha allah
engkau akan dapati aku orang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam
urusan apa pun,”.
Begitu juga dengan Nabi Muhammad
sollahu alaihi wasalam. Pengembaraan beliau adalah satu pengembaraan yang suci –
untuk menyampaikan dakwah. Beliau telah bermusafir ke Madinah, Thaif untuk
sebarkan agama Islam. Dan ia adalah satu perjalanan yang penuh dengan
liku-liku. Sebelum baginda menjadi Nabi lagi, baginda sudah bermusafir ke Sham
untuk berniaga.
Begitu juga kisah-kisah yang tertulis
di dalam al-Quran.
Banyak mengisahkan tentang
pengembaraan.
Disebut dalam surah al-Taubah
9:42, “..jikalau perjalanan itu dekat dan pendek, pasti kami akan mengikut kamu
tetapi ia adalah (perjalanan) yang jauh dan penuh dengan kesusahan...”.
Perjalanan dari suatu tempat ke
suatu tempat merupakan satu shuqqah(kesusahan). Dan di sebalik kesusahan
itu sebenarnya yang banyak mengajar kita.
Ketika dalam keadaan ketidak-tentuan, kita akan merujuk kepada orang sekeliling kita.
Dalam keadaan kesusahan, kita akan mengenal siapa kawan dan siapa lawan.
Dalam situasi yang genting, kita akan mendapati kelemahan diri sendiri – mengamuk tidak tentu pasal. Bingit atas perkara kecil. Terguris hati atas kata-kata gurauan kasar yang dilemparkan secara tidak sengaja.
Lagi banyak berjalan, lagi luas
pemandangan.
Lagi banyak orang yang kita
kenal.Lagi matang pemikiran kita.
Kita bukan setakat hidup dalam dunia kita sendiri.
Tetapi kita hidup dalam dunia yang penuh dengan KEPELBAGAIAN.
Maka berjalan dan perhatikanlah.
Supaya kita dapat menjadi manusia yang lebih berguna kepada ummah.
Pengajaran
Satu pengajaran penting apabila
kita bermusafir adalah mengenai KEINDAHAN ALAM ini. Apabila kita bermusafir,
kita akan perhatikan suasana di sekeliling kita. Kamera tidak akan putus-putus
memetik gambar.
Awan yang berarak.
Pokok yang hijau.Langit yang biru.
Gunung yang tersergam indah.
Bismillah masya allah.
Ini semua ciptaan yang maha Esa.Begitu juga dengan manusia. Mereka juga merupakan salah satu dari keindahan alam ini. Manusia yang kadang-kala begitu cantik rupanya, tetapi sayang mulutnya asyik mencarut sahaja. Ada juga manusia yang tidak lekang dengan senyuman. Ada juga muka yang garang, susah hendak melihatnya senyum. Dan tentunya yang paling seronok adalah kanak-kanak! J Mereka bebas untuk berlari, ketawa riang dan juga menangis.
Jadinya apa?
Itulah pengajaran yang boleh ‘dilihat’
oleh golongan yang mencelikkan hati-hati mereka. Manusia itu merupakan khalifah Allah. Mana mungkin mereka ditugaskan untuk melaksanakan satu amanah tetapi mereka mengkhianatinya. Mana mungkin! Hati ini pasti bergerutu melihat gelagat manusia yang lupa bahawa dunia itu jambatannya akhirat. Satu pengamatan yang boleh dijadikan sebagai satu pengajaran.
Kanak-kanak riang dan bebas.
Indahnya mereka. Suci tiada dosa. Dahulu, kita adalah seperti itu. Bersih
seperti kain putih. Namun dosa-dosa yang setiap hari kita lakukan mencalit kain
putih itu. Hitam akhirnya kain itu. Mana mungkin kita berjumpa dengan Allah,
dalam berpakaian kita yang ‘kotor’ dan berdosa? Tidak malukah kita? Itu juga
merupakan satu pengajaran bagi mereka yang mengambil iktibar darinya.
Awan, pokok dan gunung. Semuanya
bertasbih kepada Allah. Pernahkah kita terfikir kenapa jiwa kita merasa tenang
ketika dikelilingi oleh alam semula jadi? Kenapa orang yang sedang stress akan
pergi ke laut untuk menjerit sekuat hati? Kenapa orang suka berkelah di tepi
pantai? Hal ini adalah kerana, jiwa kita sememangnya tenang bila mendengar
tasbih daripada alam semulajadi itu. Walaupun tasbih itu tidak dapat didengari
secara zahir. Namun ia tetap memberi kesan kepada hati kita.
Kembalilah kepada fitrah.
Dan berjalanlah di atas muka
bumi ini, dan renungkanlah.Sesungguhnya beruntung bagi mereka yang melihat dunia,
bukan sekadar dengan mata zahir, tetapi juga dengan mata hati.
Ahmarul Faatih
3 December 2012
No comments:
Post a Comment