Di makam Anwar Saddad |
Makam Imam Shafii rahimahullah ta'ala |
Ayah and penjaga Masjid Al-Azhar. Barakallahu feeh! |
****************
“Mak dengan ayah nak pergi Mesir minggu depan,”.
Haaaa.Walaupun dalam nada kurang percaya, tetapi hati saya melonjak kegembiraan.
Melihat ayah dan emak dapat melancong.
Berehat dan menenangkan minda.
Setelah sekian lama bertungkus-lumus bekerja membesarkan anak-anak.
Keputusan untuk bermusafir ke Mesir agak mendadak. Mereka membeli
tiket penerbangan hanya beberapa minggu sebelum berangkat. Harga tiket dibeli
selepas promosi S$800 ‘terlepas’. Maka mereka terpaksa membayar sedikit mahal
dari harga promosi. Rupa-rupanya, keputusan ke Mesir hanya diambil kerana
menunggu berita adik saya untuk mendapat kad pelajarnya di Universiti Al-Azhar.
Alhamdulillah dah dapat.
#Adik saya pelajar tahun satu Universiti Al-Azhar. Baru tiba pada
bulan 7 tahun ini. Untunglah baru tahun satu dah dapat visit dari mak
dan ayah.
Sebagai
anak, saya amat gembira melihat mereka akhirnya dapat melancong. Setelah sekian
lama terpendam rasa untuk ber-holiday, akhirnya diberi peluang untuk
menjejaki bumi kinanah – bumi yang penuh dengan sejarah terutama sekali kisah
Nabi Musa dan Fir’aun. Ditambah lagi dengan penat lelah selama ini menjaga dua
cucu, akhirnya dapat juga mereka berdua berehat. Berehat dengan melancong.
Siiruu fill ‘ardhi fanzuru kaifa kana ‘akibatul mukazzibin.
Sahutan untuk berjalan di muka bumi disambut.
Mengikut sunnah para anbiya dahulu; berjalan dan melihat dunia.
Supaya dengan melihat dunia, bertambahnya iman dan taqwa.
Tempat-tempat
menarik
Antara
tempat-tempat yang memesonakan mereka adalah kawasan Dumyat. Kawasan Dumyat
merupakan kawasan pertembungan dua air laut ; air masin dan air tawar.
Keadaan ini disebut dalam al-Quran,
مرج
البحرين يلتقيان* بينهما برزخ لا يبغيان
Sempat saya bertanya dengan ayah,
boleh nampak tak pertembungan air masin dengan air tawar? Sempat pegang tak air masin dan air tawar dan
merasainya? ^^
Tak.Sebab mereka berada dalam bot dan tidak dapat nak pegang air tersebut.
Emak pula, takut seasick memang duduk diam-diam sahaja dalam bot.
Tidak bergerak pun. Hehe.
Mereka sempat menziarahi makam Imam Shafii rahimahullah. Masya
Allah. Mak kata, ramai sangat orang ida dekat sana. Imam kami. Mazhab kami.
Sungguh pahala untuk beliau tidak pernah putus kerana ilmu yang disampaikan
oleh beliau sehingga hari ini digunakan dan dirujuk oleh seluruh umat Islam di
merata dunia. Sungguh besar jasa beliau kepada Islam!
Aku? :(
Jabal Muqqottam. Mereka melawat Jabal Muqottam. Mak kata tempat itu sungguh mengasyikkan. Mereka dapat melihat Cairo keseluruhannya dari atas. Mereka tiba pada waktu sebelum Subuh. Ditambah lagi dengan sayupan azan dari setiap penjuru. Wow~ U can just imagine that.
Something just cannot be express by words, but looking at her
expression I know she was deeply impressed by the feel. Subhanallah.
They visit Qal’ah Salahuddin Al-Ayubi too. Mak commented, (tis
is quite funny ^^), mak tengok qal’ah itu sama macam dekat buku-buku
sejarah dan cerita-cerita yang mak baca. Sama.
Kadang-kadang apa yang kita baca tidak sama dengan apa yang
dilihat. Tetapi kalau apa yang kita baca atau yang kita dengar sama dengan apa
yang dilihat, subhanallah.
Sempat mereka menziarahi maqam Anwar Saddad presiden Mesir yang
ketiga. Apa pun kisah mengenai Saddad, dia pun sudah meninggal. Semoga kita
yang masih hidup ini mengambil pelajaran dari kisah hidupnya, dan mana yang
buruk itu kita tinggalkan. Biar yang menjadi saksi sekarang adalah antara dia dan
Allah taala.
Tiba-tiba teringat kekecohan kami di Whatsapp ketika adik
menceritakan bahawa mereka berada di makam Anwar Saddad. Dalam kemerepekan kami
itu, terkeluar nama Anwar Ibrahim. Adik yang terpinga-pinga bertanya, ‘haa?
Siapa Anwar Ibrahim?’
Mereka juga melawat tempat yang semestinya dilawati. Masjid
Al-Azhar. Masjid Al-Azhar dan Universiti Al-Azhar adalah dua tempat yang
berbeza. Mereka sempat bergambar dengan penjaga masjid tersebut. Penjaga yang
baik hati membawa mereka pusing-pusing sekitar Masjid tersebut hingga ke
tingkat teratas.
Emak sempat mengomel, “Orang Arab ini sayang lah. Tempat banyak-banyak gitu mereka biarkan kosong sahaja. Sampai berdebu! Kan bagus kalau mereka bersihkan tempat tersebut dan jadikan tempat hostel untuk pelajar-pelajar.”
Benar juga ngomelan emak.
Ayah juga berkata begitu, “Mesir ini banyak tempat bersejarah.
Ramai pelancong datang. Tetapi kerajaan pun nampak tidak membuat apa-apa untuk preserve
kan tempat-tempat bersejarah ini. Sayang!”
Walaupun percutian mereka hanya 3 minggu sahaja, namun diisi sepenuhnya
dengan aktiviti dan jalan-jalan. Nampak mak dan ayah berpuas hati sangat
dengan holiday mereka ini. Alhamdulillah. Apa yang penting, mereka
gembira dan dapat manfaat daripadanya.
Terima Kasih kepada kawan-kawan adik yang turut serta membawa
mereka bersiar-siar. Habis penuh bakul dengan pujian dari mak dan ayah.
Pandai betul diorang bebual bahasa Arab.
Bagus budak-budak ini. Peramah.
Pandai bawa mak dengan ayah jalan-jalan.
Semoga anak-anak Singapura di Mesir khususnya mendapat perlindungan dan rahmat Allah. Semoga Allah berkati setiap langkah-langkah mereka.
******************
Kenangan mereka di Mesir aku coretkan dalam sebuah artikel.
Satu hari nanti, pasti aku ke sana.Insha allah.
Bila tanya Raihana (anak saudara saya yang berumur 3 tahun) , ‘raihana nak pi Mesir tak?’. Mesir itu sudah acapkali disebut kerana keberadaan adik saya di sana, dan bila nenek dan datuknya ke sana, bertambah lagi Mesir itu disebut-sebut.
Nak.
Nak hold hand with mummy nisa.
Pure innocence.
J
Ahmarul Faatih
28 Disember 2012. #Sebenarnya, nak post banyaaak gambar mereka di Mesir, tetapi memandangkan blogspot amat menguji kesabaran saya, saya tangguhkan niat mulia saya k. Insha allah lain kali.
No comments:
Post a Comment