Macam main kejar-kejar!
Ulama menuju ke hulur, kami lari ke hulur.
Ulama pergi ke hilir, kami turut ke hilir.
Yang penting, mana sahaja ulamak pergi, kami ingin turut sekali.
Untuk berdamping dengan mereka.
Mereka umpama mutiara.
Sinaran mereka turut kami rasai.
Ketenangan raut wajah mereka memberi seribu kedamaian.
Allah….
*************
Sempat saya bermain kejar-kejar dengan ulama baru-baru ini :)
Ulama tersohor Syria.Al-Allamah al-Fadhil Sheikh Muhammad ‘Ali al-Sobuni.
Hafizahullahu wa ra’aahu.
Kedatangan Sheikh ke bumi Bandar Baru Bangi merupakan satu rahmat
kepada penduduknya.
Termasuk lah saya ini yang ketika ini sedang menuntut di UKM Bandar
Baru Bangi. Alhamdulillah.
Sheikh dijemput untuk memberi sedikit penerangan mengenai keadaan
di Syria. Sheikh bersama seorang anak muridnya, Sheikh Samir Saqqa telah
berpusing di sekitar Malaysia untuk
menyampaikan dakwah Islam serta memberi info-info terkini mengenai
Syria.
Antara semangat tinggi dan kesungguhannya yang jitu adalah Sheikh
sudah 35 tahun tidak pulang ke negeri asalnya (Syria) walaupun dia warganegara
Syria. Sekarang ini, beliau menetap di Makkah al-Mukarramah. Sudah 35 tahun
beliau tidak pulang ke Syria hanya kerana mempertahankan kalimah la ila ha
illallahu. Beliau dituduh sebagai seorang irhaab (terrorist) lantas
tidak dibenarkan masuk ke Syria kerana khuatir akan ‘keselamatan’ bumi Syria.
Ishhh haza?!
Namun begitu, ia tidak pernah melunturkan semangat beliau untuk
berdakwah. Sehinggakan Sheikh Samir mengatakan, dalam ekspedisi dakwah kali ini
Sheikh begitu semangat dan tidak penat untuk memberi dakwah. Dari pagi hingga
ke malam, beliau dijemput untuk memberikan tazkirah di sekitar Malaysia.
Namun begitu, Sheikh tidak pernah mengeluh penat sedangkan Sheikh Samir sendiri
yang masih dalam umur muda sudah merasa penat dan lelah.
Umur Sheikh ketika ini sudah mencecah 83 tahun.
Sheikh berumur 83 tahun tidak penat dalam berdakwah!Kita yang masih ‘muda’ sudah acapkali menyebut perkataan penat?
Allahu akbar!
Perjuangan Sheikh mengingatkan kami tentang seorang sahabat, Abu
Ayyub al-Ansari. Abu Ayyub ketika itu sudah amat tua (dalam lingkungan umur
Sheikh). Namun apabila terdapat perintah untuk berjihad, diperintahkan
anak-anaknya untuk menyediakannya peralatan perang. Walaupun dihalang untuk
berjihad atas keuzurannya, Abu Ayuub tetap bertegas dan berkata hayya ‘alal
jihad.
Semangat jitu itu.
Subhanallah.Sungguh umur itu bukan satu halangan!
Sheikh juga ada menyebut mengenai pengorbana sahabat ketika itu.
Mereka berhijrah dari Makkah al-Mukarramah ke pelbagai pelusuk negeri untuk
menyebarkan dakwah Islam. Sedangkan kalau dilihat, fadhilat solat di Masjidil
Haram menyamai 100 ribu kali pahala berbanding solat di tempat biasa. Namun
begitu, sahabat meninggalkan ‘keselesaan fadhilat’ tersebut demi menyebarkan
dakwah Islam. Atas usaha dan kesungguhan sahabat, dapat kami di Malaysia,
Indonesia, Singapura, Brunei merasai nikmatnya Islam dan Iman.
Alhamdulillah.
Bagaimana pula dengan kita?
Adakah kita selesa dengan katil, selimut dan bantal kita?
Adakah kita selesa dengan comfort zone yang kita bina sendiri?
Adakah kita terlalu ‘segan’ untuk menegur roommate yang tidak bangun subuh?
Sheikh juga berpesan kepada kita, dalam kita berilmu perlu
digandingkan sekali dengan taqwa dan amal. Tiada guna jikalau
tinggi ilmu, tetapi kecil pemikiran. Jikalau hanya bergantung kepada ‘keilmuan’
sahaja, maka percayalah bahawa syaitan itu merupakan ‘ulamak’ yang paling
besar.
Sungguh syaitan itu amat berilmu.
Amat bijak.
Sehingga mampu untuk menipu Adam dan menyebabkan beliau dikeluarkan ke muka bumi.
Licik sungguh syaitan!
Satu lagi Sheikh mengatakan bahawa tiada kelebihan Palestine ke
atas Syria, mahupun Syria ke atas Palestine. Ini adalah kerana Palestine, Syria
dan Jordan pada asalnya adalah sebuah negeri iaitu negeri Sham.
Keadaan di Syria pada hari ini begitu mendesak. Amat memerlukan
pertolongan umat. Sehinggakan sebuah mu’tamar di Palestine, membincangkan
bagaimana Syria lebih memerlukan pertolongan maaliah(kewangan) dari Palestine.
Mereka malu untuk menerima pertolongan tersebut sedangkan Syria lebih dalam
keadaan terdesak.
Palestine tidak akan bebas selagi mana Syria ditawan! Kemenangan Palestine terletak pada kemenangan Syra! Sebagaimana Masjidil Aqsa satu ketika dahulu dibebaskan oleh
Salahuddin al-Ayubi; seorang Syria, maka mereka juga mahu hari ini
pejuang-pejuang Syria membebaskan mereka!
Ayuh umat kita bangkit!
Bangkit menuju kemenangan Islam.
Biar kita berjuang sekarang di dunia.
Kerana sekurang-kurang kita sudah ada jawapan.
Apabila ditanya Allah,
Apa yang kamu buat ketika saudara-mara kamu di Syria dan di Gaza
ditindas?Apa yang kamu lakukan untuk mereka?
Sekurang-kurangnya kita ada jawapan….
Kita harap semoga dalam hati kita, Ada jawapan tersebut.
Ahmarul Faatih
18.12.12
# Expedisi mengejar ulama bermula dari jam 2.30 petang di FPI. Sempat saya hadir untuk bidayah wa nihayah jalsah sahaja. Kemudian mengejar lagi Sheikh di Surau al-Nur Bangi. Semoga yang 'membawa' kami ke sana perolehi ganjaran dan pahala! Sungguh best kejar-mengejar ini! ^_^
No comments:
Post a Comment