Tidak sempurna rasanya Iman,
Sekiranya hari berlalu begitu sahaja,
Tanpa aku ‘menyumbangkan’ apa-apa kepada mereka,
Selain dari doa, doa dan doa.
Semoga
artikel ini sedikit sebanyak membuatkan aku dapat menyelami keperitan dan
kesusahan mereka. Walaupun pada hakikatnya, tidak ada nilai yang dapat
dibandingkan dengan perjuangan hakiki mereka.
***************
Bayangkan
jika abang, ayah, adik lelaki, pakcik, suami, atau orang yang kita sayang
terpaksa berjihad dalam peperangan. Pastinya kita resah. Risau. Hati menjadi
tidak tenteram. Asyik fikir akan keselamatan mereka di sana. Selamatkah mereka?
Adakah mereka masih hidup? Atau telah ditembak mati oleh musuh? Atau adakah
mereka sekarang dalam tahanan?
Pelbagai
fikiran muncul.
Berkecamuk.Doa akan mengiringi mereka sepanjang masa.
Bahkan di setiap percakapan.
Doa.
Doa.dan Doa.
Namun,
bila ia sampai kepada saudara-saudara se-Islam di Gaza.,
Adakah
kerisauan itu sama seperti kerisauan kita terhadap orang-orang yang kita
sayang? Adakah kita duduk termenung sepanjang hari?
Risau memikirkan keselamatan mereka?
Hati tidak tenang?
Resah?
Muhasabahlah
diri wahai hati!
# “Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya apa yang
dicintai untuk dirinya sendiri,” (Hadith)
Manusia
Sejak
meletusnya serangan terhadap Gaza, ramai umat Islam bangkit. Bangkit
mempertahankan keadilan. Bangkit membangunkan keadilan. Bangkit untuk
menegakkan sebuah kemanusiaan.
Ada yang menekankan mengenai definisi jihad.
Ada yang mengajak untuk menyelami perasaan rakyat Gaza.
Tidak lupa juga yang memohon sumbangan supaya dapat disalurkan ke pihak Palestine.
Mengajak untuk sentiasa mendoakan mereka dan ia termasuk mengamalkan doa qunut Nazilah ( amalkan ya! ).
Profile
picture Fb juga pelbagai.
Semuanya
melambangkan semangat. Gambar adik kecil mengibarkan bendera Palestine.
Doa anak Palestine yang sedang kesedihan.
Semangat semuanya!
Alhamdulillah.
Sekurang-kurangnya
ada kesedaran.Manusia tidak memekakkan telinga dan membutakan pandangan.
Mereka cakna dengan suasana.
Mereka bangkit bersama.
Namun
begitu, adakah mencukupi setakat itu sahaja?
Mencukupi
ke? Adakah usaha kita akan jadi usaha yang bermusim?
Di kala Syria diserang, kita semangat.
Apabila Gaza diperang, kita semangat.
Apabila
tiada serangan, tiada peperangan, kita menjadi berat…?
Usaha
untuk pembaharuan
Apa
yang sebenarnya kita boleh buat?
Apakah
sumbangan yang kita boleh hulurkan dengan keadaan kita sekarang?
1)
Doa
Ya doa. Namun doa itu bukan sebarang doa. Doa itu
adalah ucapan sebenar hati. Benar -benar mahu. Benar-benar ikhlas. Benar-benar
akan dimakbulkan. Bukan setakat perkataan seharian. Teringat status seorang kawan di FB, “…apabila kita berdoa, kita pastikan doa itu benar-benar akan dikabulkan. Yang benar-benar didengar oleh Allah…”
Sudah hafal doa qunut nazilah?
Kalau sudah, alhmdulillah. Amalkan sungguh-sungguh.
Jikalau belum, ayuh! Hafalkannya sekarang!
2) Sumbangan
Sumbangan ini subjektif. Ia mengikut kepada kemampuan kewangan diri masing-masing. Yang penting, kita buat sumbangan ikhlas.
# “Tidak seseorang itu mencapai kebaikan sehingga dia menghulurkan apa yang dia benar-benar sukai atau cintai…” (Baqarah)
3)
Melakukan tugas
dengan serius
Sekarang ini bukan masa untuk lewa. Ini lah masanya untuk kita turut berjihad bersama mereka. Jika rakyat Gaza sedang berjihad dengan pedang, biar kita di sini berjihad dengan nafsu. Berusaha untuk menaikkan tahap keimanan kita. Mesti serius!
4) Meng-upkan hubungan kita dengan Allah
5) Meningkatkan ilmu pengetahuan kita.
Bacalah. Bacalah. Bacalah. Pertingkatkan ilmu pengetahuan kita. Jangan dibiarkan minda kita ‘dijajah’. Cukuplah jajahan berlaku secara physical. Jajahan minda sebenarnya lebih bahaya. Lebih membunuh. Lebih menyakitkan.
Apa
yang kita buat pun sekarang, biarlah buat dengan celik hati.
Jangan
setakat celik mata sahaja.Janganlah setakat kita terikut-ikut dengan orang.
Orang
derma RM 1000, kita pun sibuk nak derma RM1000.
Sedangkan
duit itu duit PTPTN lagi. Orang meng-update status mengenai Gaza, kita juga sibuk meng-update status mengenai Gaza.
Sedangkan dalam status, kt keliru Gaza sebenarnya terletak di mana.
Palestine ke Syria.
Orang
memperjuangkan erti jihad, kita juga sibuk melaungkan jihad.
Sedangkan
solat subuh sahaja terlepas!
Orang
lain sibuk dengan amal kebajikan, kita juga turut sibuk membantu.
Hingga
mengabaikan pelajaran dan assignments yang diberi guru!
Wallahul
musta’an.
Ahmarul
Faatih
19
Nov 2012
No comments:
Post a Comment