Saturday, 17 November 2012

Memulakan langkah baru

Saat ini hati aku tekad.
Tekad untuk melakukan satu transformasi.
Untuk terus konsisten dalam penulisan.
Agar ia dapat menambahkan saham akhirat aku.
Semoga aku terus tabah dan tekad dalam perjuanganku!

Penulisan

Menghadiri bengkel penulisan dakwah semalam sedikit sebanyak mencelikkan aku mengenai dunia penulisan. Penulis yang memberi perkongsian mereka kebanyakkannya bermula dari bawah. Kosong. Setiap dari mereka mempunyai lembaran hidup masing-masing dalam dunia penulisan.

Lantas ia menjadi satu pemangkin semangat untuk aku turut berjuang bersama mereka. Kerana dunia mampu goyah dengan pedang pena.

Perancangan

dakwah ini bukan ikut mood. Ia perlukan satu strategi dan penyusunan yang mantap

 Aku menyahut cabaran itu.
Melakar perancangan penulisan aku bersama.
Agar bila aku lupa nanti, ada teman yang mengingatkan J

Pertama sekali, sebelum menulis perlu ada bahan. Seseorang yang ingin memasak juga perlukan bahan mentah seperti tepung, gula, margarine, telur dan lain lagi. Bahan aku pula adalah dengan MEMBACA.


Ustaz Pahroul ada mengatakan semalam, bahawa untuk menghasilkan penulisan yang baik, seseorang itu perlu banyak membaca. Bahkan ditekankan perkataan membaca itu sebanyak tiga kali. Membaca, membaca dan membaca. Selepas itu baru ada ‘bahan mentah’ untuk menulis. Namun ditekankan juga di sini, jenis bacaan yang bagaimana perlu dimentelaah. Memetik kata Ustaz Hasrizal Abd Jamil, jikalau buku yang dibaca itu bukan dari sumber yang premier, mana mungkin penulisan yang dihasilkan itu mempunyai kualiti yang premier.
 

Sebaiknya, penulisan yang ingin kita hasilkan itu mampu menyentuh hati-hati pembaca. Dapat menyentap sanubari mereka. Dapat mencelikkan mata dan telinga mereka yang selama ini buta. Dan yang paling utama, dapat membawa pembaca untuk mengenali pencipta agung-Nya dengan lebih dekat.

Allah.

 Ketika menulis, adakah penulisan kita disandarkan kepada bakat yang sedia ada? Atau latihan yang bertubi-tubi hasil dari kursus yang dihadiri?

 Mungkin ada yang menjawab bakat.
Ada yang menjawab latihan.

Kedua-dua bukan.

Malah yang mendorong kita untuk terus menulis adalah disebabkan MINAT. Mana mungkin seseorang itu bertanya, “Boleh tak kasi saya tips bagaimana untuk menjadi penulis yang hebat? Sebab saya sebenarnya tak minat untuk menulis,”.

Itu penghalang yang utama.
Tiada minat.

Apa yang disampaikan dari hati akan sampai ke hati.
Jikalau hati ‘kaku’ untuk menulis, tiada penghayatan dalam penulisan.
Tiada ruh kehidupan dalam ayat-ayatnya.

Langkah

Langkah utama dan yang seutamanya mestilah dengan membaca. Membaca itu tiada masalah untuk aku kerana sememangnya, dari umur yang muda aku dididik untuk gemar membaca. Setiap kali cuti sekolah, pasti bertimbun-timbun buku yang aku pinjam. Enid Blyton, Secret Seven, Famous Five, Nancy Drew dan lain lagi.

 Terima kasih mak atas dididikan yang paling berharga ini – gemar membaca J

Persoalannya timbul apabila aku kesuntukan masa tidak pandai membahagikan masa. Sibuk berface-book. Sibuk dengan perkara yang melalaikan. Banyak tidur. Suka menangguhkan kerja.

Dunia menipu aku dengan ‘kesibukan’.

Kali ini aku bertekad. Aku berazam untuk membaca satu buku untuk satu bulan. Terdorong dengan semangat vlogger Aiman Azlan. Sudah mulakan bulan ini *angkat kening* Untuk November ini, saya sedang menghayati buku Reclaim your Heart  karangan Yasmin Mogahed. Untuk bulan hadapan (ehem.) , buku Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu karangan Hasrizal Abd. Jamil.

Selain membaca, aku meletakkan diri untuk update blog seminggu sekali. Untuk setiap entri, sekurang-kurangnya 500 perkataan.

#Sambil tulis ayat ini, mata melilau mencari ‘Words’. Oh! Dah 552 perkataan. Semakin menambah.

Dua langkah.
Aku yakin.

Ditambah dengan pertolongan dan hidayah Allah swt.
Wallahu huwal musta’an.

Penutup

Aku tidak mahu menulis kerana terpaksa.
Tidak mahu tahi-tahi ayam.
Hangat untuk seketika sahaja.

Aku menulis kerana aku MAHU.
Kerana aku MINAT.
Kerana ia adalah jambatan untuk aku meng-ekpresikan diri.
Meluahkan pemikiran aku melalui pena.

Semoga Allah redha.
Semoga Allah terima.

18 Nov 2012

No comments:

Post a Comment