Saturday 8 November 2014

Perbezaan

Manusia itu berbeza. Dari segi rupa, warna kulit juga perwatakan. Untuk apa diselisihkan perbezaan itu sedangkan Allah sememangnya menciptakan manusia berbeza-beza.
 
Andai dunia ini semuanya sama warna, semuanya sama bentuk, semuanya sama rasa..dunia akan bosan. Tiada kelainan. Mendak.
 
Aku dan kau berbeza.
Saya dan awak berbeza.
Ana dan anti berbeza.
I dan U pun berbeza.
 
Namun kita semua mempunyai satu persamaan.
Sama-sama mahu berpimpin tangan menuju ke syurga.
Adakah persamaan itu tidak mencukupi?
 
Bahkan lebih mencukupi.
Cuma manusia lebih pentingkan ego untuk  memenangkan perbezaan mereka.
 
Mari kita mengambil kesempatan ini untuk sama-sama meraikan perbezaan yang ada sesama kita. Jadikan ia sebagai satu platform untuk terus menjadi kuat dan menjadi satu ummah. Jadikan ia sebagai satu wadah untuk melihat dunia sebagai satu kehidupan yang berwarna-warni.
 
Bukankah Rasulullah mengajarkan kita bahawa,
 
اختلاف أمتي رحمة
 
=)

Kucing tidak sepatutnya berwarna biru. Tapi aku meraikan 'perbezaan'
tersebut dan menggangapnya sebagai kreatif. Good job Raiz ^^

No comments:

Post a Comment