Wednesday 8 January 2014

Wang.

Alhamdulillah untuk 2013.
Selamat datang 2014.

Bulan : Januari

Penguin saya ^^

Setiap orang pasti mempunyai azam baru. Resolusi baru. Saya sebenarnya, dan sejujurnya 'penat' untuk meletakkan sebarang azam/resolusi kerana saya biasanya dan selalunya akan 'terlupa' . Bukan sengaja lupa, tetapi betul-betul lupa. 

Jadi untuk kali ini, saya berazam untuk tidak lupa azam saya. Heeeh.

Azam saya kali ini adalah belajar untuk menguruskan wang. Wah nampaknya macam gah gitu kan. Nampak macam 'banyaaak' duit. Itu semua 'nampak' sahaja. Mengorak ke alam pekerjaan membuatkan saya berfikir tentang masa depan saya termasuk dari soal kewangan - mana yang hendak dibelanjakan, mana yang perlu disimpan, mana yang perlu diberikan dan lain lagi. 

Buat masa ini, ayah dan emak pesan, "...dah boleh tampung diri sendiri dah cukup bagus dah. Tak perlu fikir dulu nak tampung mak ayah,". Insha allah akan cuba kayuh perlahan-lahan untuk menguruskan wang sehingga membolehkan saya untuk berdikari sekaligus membantu ayah dan emak. 

Antara rancangan-rancangan saya untuk menguruskan wang saya adalah : 

#1 : Mengurangkan perbelanjaan

Ini adalah langkah pertama saya, dan ia adalah paling susah kerana memerlukan mujahadah termasuklah untuk tidak makan luar secara kerap dan berbelanja benda yang tidak patut (buat-buat paham lah ye) . Kemudian, baru boleh declare : Mission Accomplished! 

#2 : Menabung

Saya ada tabung Penguin yang telah 'dikunci mati'. Bererti, untuk mengeluarkan duit perlu kepada screwdriver dan peralatannya. Tabung saya telah penuh untuk pertama kalinya baru-baru ini! =D (baru pertama kali? Malu!) Terasa seperti mendapat durian runtuh. Ada kepuasan. Alhamdulillah. 

Menabung ada dua jenis ; satu untuk jangka masa panjang dan satu lagi untuk jangka masa pendek. Jangka masa panjang termasuk juga mengumpul duit untuk menunaikan ibadah haji. Amin. Jangka masa pendek biasanya untuk membeli keperluan-keperluan (atau kemahuan) dalam masa terdekat. Contohnya, baru-baru ini saya menabung untuk menghadiri kelas menjahit. Dan saya juga sedang menabung untuk membeli *ehem* laptop, Iphone5, kereta(lol) dan banyak lagi. Tak mengapa.  Barang yang dibeli dari titik peluh sendiri akan lebih dihargai, kan? ^^

#3 : Keep track wang yang 'masuk' dan 'keluar'

Ini supaya kita dapat mengagak berapa jumlah yang digunakan setiap bulan dan adakah apa yang kita perolehi melebihi apa yang dibelanjakan? Atau sebaliknya? Jika berlaku sebaliknya, maka kita perlu kurangkan perbelanjaan supaya tidak berlaku sebarang hutang. Bak pepatah mengatakan, ukur baju di badan sendiri. 

#4 : Berdoa

Kita tidak mahu duit yang banyak tetapi kita mahu duit yang diberkati. Amalkan solat dhuha secara konsisten supaya rezeki kita sentiasa diredhai dan dipermudahkan oleh Allah taala. 

Jom sama-sama kita menguruskan wang kita dengan lebih berkesan! 

#Kalau yang ada pengalaman, boleh lah kongsi sekali dengan budak yang baru nak bertatih ini =D

No comments:

Post a Comment