Saya
bukan kaki teksi. Jarang sekali menaiki teksi kecuali keadaan darurat. Dan
biasanya, keadaan darurat di-ishtiharkan apabila saya lambat untuk ke destinasi
(T.T). Lambaaaaaat.
Sejak-sejak
ini, darurat agak ‘kerap’ datang. Mungkin kelalaian dan kelemahan dari sikap
saya. Namun begitu, dalam keterpaksaan
untuk menaiki teksi, saya dapat meraih manfaat dari temu-ramah bersama pemandu teksi.
Salah
seorang pemandu tersebut merupakan pemandu melayu beragama Islam. Saya menggelarkannya
pakcik. Biasanya, saya yang sering memulakan perbualan – nak memecahkan
keheningan dalam teksi. Di samping itu, mengorek rahsia-rahsia dan tips-tips
yang boleh dikongsi bersama sepanjang perkhidmatan mereka sebagai seorang
pemandu teksi (hehe). #janganikut
Antara
perbualan menarik antara saya dan pakcik teksi ini adalah mengenai kepakaran
masing-masing. Dia menceritakan bagaimana dia pernah mempelajari bahasa
Arab untuk beberapa tahun dan menghadapi kesukaran yang amat sangat untuk
memahaminya. Pecahan pada bahasa Arab terlalu banyak. Ditambah lagi dengan keadaannya
yang jarang membaca buku berbahasa Arab dan peluang untuk berbual bahasa Arab
sukar dijumpai. Ini semua membuatkan dia ‘putus asa’ dengan bahasa Arab.
Kelemahan
pakcik adalah kekuatan saya.
Namun
begitu, kekuatan pakcik tersebut adalah kelemahan (yang sangat sangat) buat
saya.
Iaitu
memandu di Singapura tanpa sesat. Saya boleh memandu tetapi directions di
Singapura, saya memang gagal. Saya mabuk dengan PIE, TPE, KPE, SLE, BKE, AYE
dan banyak lagi. Mabuuuk. Peniiing. Memang wanita can’t read maps.
Pemandu
tersebut menetap di Jurong dan hebatnya dia, subhanallah, boleh mengecam jalan
sehingga di Sengkang (destinasi saya). Bahkan bila ditanya, dia tahu kebanyakan
jalan-jalan di Singapura dengan sangat baik.
Sempat
dia memberi tips kepada saya :
#1
Rancang perjalanan dahulu sebelum ke destinasi. Jalan di Singapura tidak susah.
Mudah sahaja sebab ada papan tanda yang jelas. Dalam hati, saya #iyeke? ^^
#2
Bila memandu, biasakan diri untuk lihat di sekeliling. Jangan hanya fokus
kepada jalan raya sahaja. Perhatikan papan tanda dan biasakan diri untuk
mengecam landmark.
Pakcik
sempat mengomel, orang sekarang ‘lokek’ untuk membayar kelas tusyen
agama/Quran. Mereka sanggup membayar mahal untuk kelas akademik seperti
Mathematics, English, Science dan lain lagi tetapi keberatan untuk berbelanja
bagi kebahagiaan akhirat mereka. Saya juga akur tentang masalah ini. Bayaran
‘ikhlas’ sering sahaja dikaitkan dengan pengajian Islam. Keikhlasan seseorang itu
tentunya tidak diukur dengan wang yang diterima. Lagi sedikit yang diterima,
lagi ikhlaslah dia. Tidak sama sekali.
Mesej
yang ingin disampaikan adalah setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing.
Allah ciptakan kami berbeza dan perbezaan tersebut memang disengajakan.
Kekuatan seseorang akan melengkapi kelemahan yang lain. Kita tidak boleh
memandang rendah pada seseorang, hanya kerana jawatan atau pendidikannya adalah
lebih rendah dari kita. Hal ini adalah kerana ia bukan ukur taranya. Ukur tara
di mata Allah taala adalah ketaqwaan.
Saya dengan bidang saya. Kamu dengan bidang kamu. Kita saling melengkapi kelemahan dan kekurangan yang ada untuk membentuk dunia yang lebih majmuk, insha allah.
Tiada
manusia yang hebat dan sempurna. Hanya pencipta manusia sempurna – tiada
sedikit pun cacat celanya.
#ambilibrahdimanasahaja
*******************
Naik teksi memang seronok.
Naik sekali macam nak naik lagi. Dan lagi. Hehe.
Tapi duit ‘melayang’ pun cepat! ^^
nevermind, u veh rich one! ;p hehehe waiting for ur arrival!!! inshaAllah :)
ReplyDeletewhats that?
ReplyDeleteI've never heard of it before.
yeah. insha allah.
=D
Doas please.