“Either her words are magic or she
herself is magic,” - someone
Subhanallah. Siapa yang tidak kenal dengan Ustazah Halimah
Alaydrus. Seorang pendakwah yang berasal dari Indonesia. Kata-katanya sering
sahaja menusuk kalbu. Mata yang kering pasti basah mendengar doa yang
dituturkan. Tulus, dan ikhlas.
Subhanallah.
Sangat luarbiasa.
Semalam, saya menghadiri sebuah ceramah yang disampaikan oleh
Ustazah Halimah Alaydrus. Seperti yang dijanjikan, pulangnya saya penuh dengan keadaan
muhasabah diri. Ceramah yang bertajuk Alam Perkahwinan : Sebuah Realiti atau
Fantasi.
Perkahwinan yang diwarwarkan
dalam siri drama mahupun sinetron, biasanya akan berakhir dengan married
happily ever after. Indahnya perkahwinan yang digambarkan. Tetapi pada
hakikatnya, perkahwinan itu merupakan langkah pertama ke dunia yang sangat
berbeza. Ia adalah permulaan sebuah lembaran yang baru.
Ramai sekali yang keberatan untuk berkahwin atas alasan belum
bersedia lagi. Namun Ustazah menekankan bahawa, tiada siapa pun yang mengorak ke
alam perkahwinan dalam keadaan bersedia 100 peratus. Bahkan seorang bayi yang
dilahirkan atas muka bumi juga berada dalam keadaan tidak bersedia langsung.
Perkara ini mampu diatas dengan hanya satu syarat; jangan pernah
berhenti belajar. Jadikan setiap saat dalam kehidupan kita (atau alam
perkahwinan) sebagai saham untuk akhirat kita. Penyesuaian antara seorang suami
dan isteri tidak berhenti setakat setahun atau dua. Bahkan ia memakan masa
selama seumur hidup kita.
Antara pesan yang disampaikan oleh bonda Asma ketika puterinya
hendak berkahwin adalah, jagalah suami kamu daripada 3 perkara ini. Pertama, (1)
jagalah matanya. Menjaga mata pasangan kita adalah jangan membiarkan dia
melihat kamu dalam keadaan kamu tidak cantik – dalaman mahupun luaran.
Sentiasalah berhias dan tersenyum untuknya. Senyuman itu perlu tulus dan bukan
dibuat-buat kerana senyuman tulus itu ada nilainya di sisi Allah taala.
Kedua, (2) jagalah hidungnya. Jangan sekali-kali biarkan
pasangan kita menghidu bau yang tidak enak dari kita. Rasulullah sentiasa
bersiwak sebelum memulakan berbicara dengan pasangannya kerana tidak mahu
isterinya menghidu bau busuk dari mulutnya. Dikatakan, apabila Baginda sollahu
alahi wa salam berbicara, seolah-olah terhidu wangian dari mulutnya.
Subhnallah. Galakan untuk memastikan mulut sentiasa dalam keadaan wangi juga
merupakan satu faktor kepada kecerdasan akal dan minda.
Ketiga adalah (3) jagalah telinganya. Jangan biarkan
pasangan kamu mendengar kata-kata yang tidak baik dari kamu. Biarlah mulut ini
hanya mengeluarkan kata-kata helwa kepada pasangan kita dan jangan
merosakkan telinganya dengan kata-kata kesat dan cacian.
Hidup kita ini merupakan sebuah pengendalian. Kendalikan lah ia
dengan ajaran-ajaran Islam kerana Islam sentiasa menganjurkan kepada kebaikan
dan kesempuranaan akhlak.
Antara pesanan Ustazah juga, banyakkan lah mengucap terima kasih
kepada pasangan kita. Walau perkara itu sekecil mana sekalipun. Ringankan mulut
dengan ucapan terima kasih kerana ia merupakan penghargaan kita kepada pasangan
kita. Selain itu, jangan segan untuk sentiasa meminta maaf walaupun
secara zahirnya, kelihatan ia bukan salah kita. Rendahkan ego kita demi
kebahagiaan rumahtangga yang harmoni.
Begitulah serba-sedikit perkongsian bersama Ustazah Halimah. Moga
manfaatnya sama-sama dapat kita amalkan. Insha allah.
“Yang lemah jangan pernah lepaskan ikatan dengan yang maha kuat.
Dan tiada yang lebih kuat melainkan dari Allah,” – Ustazah Halimah
Pandanglah kami dengan pandangan rahmatmu ya rab. Yang sudah
bergelar isteri, semoga terus menjadi isteri solehah dan qurratu ain pasangan
mereka. Bagi yang sedang mencari calonnya, semoga ditemukan dengan pasangan
yang soleh, yang dapat membimbing bersama menuju ke Syurga al-Firdaus. Amin.
#terusberdoa
No comments:
Post a Comment