Google.com |
Saya
sedang mengikuti kursus menjahit :D Impian yang sudah lama terpendam akhirnya
dapat juga digenggam. Masih lagi dalam proses pembelajaran.
Satu
perkara yang sukar ketika menjahit adalah ketika memasukkan benang dalam lubang
jarum. Pernah cuba? Benang yang begitu halus dan lembut perlu dimasukkan ke
dalam sebuah lubang yang juga halus dan kecil. Tidak mudah. Payah. Ia
memerlukan fokus dan kesabaran yang tinggi.
Perbuatan
ini mengingatkan saya mengenai sebuah ayat dalam al-Quran. Ayat tersebut juga
menyebut mengenai lubang jarum atau disebut dalam bahasa Arab sebagai sammil
khiyath.
Firman
Allah:
ان الذين كذبوا باياتنا واستكبروا عنها لا تفتح لهم ابواب السماء ولا يدخلون الجنة حتى يلج الجمل في سم الخياط وكذلك نجزي المجرمين
"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan
ayat-ayat (perintah) kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada
mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit
dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan
demikianlah kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan. " [al-A'raf 7:40]
Secara
dasarnya, ayat ini menceritakan perihal mereka yang mendustakan ayat Allah.
Balasan untuk golongan ini adalah larangan daripada memasuki syurga sehingga
seekor unta masuk ke dalam lubang jarum.
Subhanallah.
Memasukkan
unta dalam lubang jarum. Hampir mustahil perkara itu akan terjadi (kecuali
dengan izin Allah). Jikalau untuk memasukkan benang sahaja dalam lubang jarum
memerlukan ketekunan, inikan pula seekor unta!
Berbadan besar.
Tinggi.
Hampir hampir mustahil.
Berbadan besar.
Tinggi.
Hampir hampir mustahil.
Begitulah
balasan untuk mereka yang ingkar perintah Allah taala.
Maka tidak mahukah kita mengambil pengajaran darinya?
Maka tidak mahukah kita mengambil pengajaran darinya?
No comments:
Post a Comment