Alhamdulillah. Diberikan rezeki untuk menjadi salah satu pemenang bagi Pertandingan Testimoni Buku untuk Novel Hilal Asyraf. Kemenangan ini bukan lah satu perkara yang patut dibangga-banggakan cuma ia menjadi satu kayu ukur untuk saya melihat sejauhmana kebolehan saya untuk menulis. Menulis testimoni tidak sama seperti menulis artikel atau cerpen. Malah ini merupakan kali pertama saya menulis bukan sebuah tetapi 3 buah testimoni untuk novel Hilal Asyraf.
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Hilal Asyraf kerana mengadakan satu pertandingan penulisan yang sihat sebegini. Ia sebenarnya memupuk minat orang ramai untuk menulis dan sekaligus juga merupakan peluang untuk orang ramai mengenali novel-novel Hilal dengan lebih mendalam.
Jom masuk pertandingan penulisan testimoni Hilal.
Saya dah ada buku motivasi LangitIlahi Hilal. Tiga-tiga dah beli (hadiah untuk pemenang).
Bukan hadiah matlamatnya. Yang penting, Hilal Asyraf akan baca penulisan kita.
Heeh. Semangat saya dan seorang teman saya. Kami saling berlumba-lumba untuk memberi yang terbaik untuk pertandingan kali ini. Saya baca penulisannya. Dia baca penulisan saya. Kemudiannya kami akan memberi komen untuk penambah-baikan. Alhamdulillah. Terima Kasih wahai Iffah Sbuahnama :)
Apa pun saya gembira dengan kemenangan ini. Bukan hadiahnya yang menjadi rebutan. Walaupun begitu, saya ada meletakkan niat sekiranya saya menang, hadiah itu akan diberikan kepada adik saya yang sedang menuntut di Universiti al-Azhar. Nak sangat dia baca buku Hilal ;)
Bagi yang ingin melihat testimoni novel Hilal, ini ada link nya. Novel yang paling saya gemari adalah Sinergi kemudiannya Relasi dan akhir sekali Terasing. Novel Terasing merupakan novel keluaran terbaru Hilal. Ada gaya-gaya novel Sinergi.
Apa pun syukur sekali. Alhamdulillah.
Satu kejayaan bagi diri yang dhoif ini.
Semoga lebih bersemangat untuk terus menulis.
:D
No comments:
Post a Comment