Tuesday, 9 July 2013

Ingat lagi...?



Ingat lagi ketika kami dengan pasrahnya menempuhi pintu imigresen? Dengan hati berdebar-debar dan doa yang tidak putus-putus dalam hati. Juga terngiang-ngiang pesanan veteran-veteran supaya jangan sekali memberitahu bahawa kami merupakan pelajar. Dan jangan nak step bebual bahasa Arab di situ. Akhirnya, kami berjaya melepasinya dan disambut dengan riang oleh senior-senior.
 
Ingat lagi ketika kami mula menapak di rumah Arabi? Ada lorong yang menjadi pemisah antara bilik-bilik. Kami bertegas mahu duduk bersama dalam satu bilik illa hiya al-mardhiyah J Kepenatan setelah dijamu makanan, kami tertidur tanpa sempat mencuci tangan. Dikatakan rumah kami namanya Hannan :)
 
Masih segar di ingatan seorang kenalan yang menumpang di rumah sewa kami ketika itu. Dia bukan orang melayu. Orang Rusia tak silap. Namanya Hajar. Saya pada masa itu masih ‘mentah’ lagi dengan bahasa Arab dengan segera menterjemahkannya secara literal sebagai batu. Heeeh. Maafkan saya.

Ingat lagi dars kami yang pertama? Di Jami' Iman. Malam. Tak silap dars Sohih Bukhari. Oleh Sheikh 'Iwad al-Arqasusi hafizahullah. Ada seorang kakak senior yang membawa kami ke sana. Memang ternganga juga lah ketika itu. Tak faham sebutir pun. Memang lah secara teorinya mungkin boleh faham. Tetapi bila diterjemahkan dalam bentuk percakapan, pheww! Mengambil masa juga.

Ingat lagi bila kami mula tasjil di persekolahan? Pelbagai dokumen yang perlu diserahkan. Gambar pula berpuluh 'dicuci'. Dan yang paling fening, ragam mereka. Aduhai. Tetapi seronok dapat melihat wajah mereka yang cantik subhanallah. Fasihnya bahasa mereka. Tak lupa juga dengan kelas tambahan Idrisi kami. Subhanallah. Anisa yang bersungguh-sungguh mengajar kami bahasa Arab. Fushah tamaman. Masa tu bulan puasa. Memang penat berulang-alik setiap hari ke kelas. Ke dua kali seminggu eh? Ntah lah. Lupa.
Ingat lagi abang senior kami yang paling ‘gah’ membawa kami ke ijraat untuk mendapatkan visa siasah kami yang pertama. Sebelum itu, kami sudah siap membawa segala bagai dokumen yang diperlukan. Ingat lagi saya tentang stapler besar yang dibawa bersama oleh senior. Katanya, ini untuk memudahkan proses penerimaan visa dan biar nampak dokumen kita teratur. Alhamdulillah lulus.

Ukhwah antara kami semakin erat.  Semakin bertambah. Alhamdulillah. Senior rapat dengan junior. Junior juga banyak belajar dari senior. Semakin rapat. Semakin erat. Dan juga semakin sayang. Sudah mempunyai gelaran tersendiri. Akhawat.
Ingat lagi ketika salji turun? Jakun seketika. Saya sempat menghubungi tanahair dengan meneriak, waaaah ada salji turun! Memang meriah. Memang kecoh. Seorang teman yang tidak sabar-sabar melihat salji telah keluar rumah berkain batik dan bertelekung! ^^ Indahnya perasaan ketika itu! Salji akhirnya dapat digenggam. Dapat dikepal. Dapat dirasa.

Ingat lagi ketika pertama kali diumumkan tiada air di rumah? Haa?! Air takde? Nasib baik senior ada bekalan air yang tersimpan di sebuah ‘bilik kecil’. Phew! Tersusun rapi botol air yang diisii air. Maka bermulalah sebuah tarbiyyah. Air perlu berjimat-cermat. Mesti ingat orang belakang. Orang belakang memang ramai. Maklumlah rumah ada 12 orang. Masih segar lagi di ingatan akibat tidak biasa menggunakan air dalam botol sehingga berbintik-bintik badan saya.
Ahhhh.
Mana mungkin saya lupa.
Rindu kot.

Ingat lagi ketika kali pertama menziarahi air laut? Tiga hari di sana. Tiga hari juga kami berenang. Tak berhenti. Dari pagi hingga petang. Bila pulang, muka merah macam lobster. Hampir tak kenal muka sendiri kerana terlalu sembab bermandikan di tengah hari. Seorang teman yang agak berani, walaupun tidak pandai berenang tetapi telah ‘berenang’ dengan boya-nya sehingga begitu jauh.

Oh lupa! Embc kami. Rumah ‘usang’ yang banyak berjasa kepada puak-puak kami. Di situ kami menitiskan airmata keshahduan. Di situ juga kami berprogram. Di situ juga kami berkenalan. Di situ lah bermula segala-galanya. Kini berita meng-khabarkan rumah itu sudah dipulangkan kembali kepada rabbul bait. Sebabnya duit sewa terlalu tinggi untuk membiarkan ia kosong sebagai kenangan. Lagipun, tiada lagi yang baki. Semuanya sudah pulang.

Ingat lagi makanan kemestian di rumah kami? Indo-mee pelbagai rasa. Masak dengan telur. Dan kalau ada kemampuan lebih, letak hotdog sekali. Nikmatnya! Memang itu lah makanan bujang kami. Tak lupa juga dengan roti disapu chocolate. Lupa namanya! Apa ya? Oh dan makanan sarapan saya! Musabbahah. A'tini thalathin leera! Yang penting, kene gaul dengan gula. Kalau tak, tawar tak ada rasa -.-!

Ingat lagi……..?
Ingat lagi....?
Dan ingat lagi...?

Banyaaaaak kenangan di sana.
Saya dan mereka.
Saya dan Syria.
Tiada kata yang mampu diucapkan kecuali wallahi mushtaaq ileik!

Ya Allah.
Selamatkanlah mereka.
Berikanlah kemenangan buat mereka.

Tanah itu sudah banyak berjasa.
Melahirkan para qurra dan alim ulamak.
Penuntut ilmu dari merata dunia mendapat mutiara ilmu di sana.

Lindungilah ahli Sham.
Ihmihaa yaa raab!
Ihmihuum ya rahman!

Kenapa artikel tiba-tiba pasal nie?
Ntah lah. Tiba-tiba fikiran melayang ke sana. Ada orang seru gaknya. Heeeh.

Ramadhan kareem!
Kullu 'am wa antum illahu aqrab wa ahabb!
:)

10 Julai 2013.
1 Ramadhan 1434H.

No comments:

Post a Comment