Wednesday, 5 June 2013

Ada apa dengan Isra' Mi'raj?

Bismillah.
Selawat atas junjungan Nabi Muhammad.
Segala pujian hanya bagi Allah.

Gambar dipetik ketika dalam perjalanan pulang ke UKM.
Lokasi Singapura.

Diri ini terpanggil untuk menulis coretan berkenaan Isra' Mi'raj. Mengajak diri untuk lebih menghayati hari bersejarah dalam Islam. Mencabar diri untuk melihat sejarah bukan sahaja dari aspek fakta tetapi untuk 'menghidupkannya' dalam kehidupan harian.

Hari ini Isra' Mikraj'.
6 June 2013.
27 Rejab 1434.

Kadang-kadang malu pada diri sendiri. Sebab apa...?
Tarikh Masihi tidak pernah lekang dari diri.
Tetapi tarikh Hijri seolah-olah tidak penting.

Ada apa dengan Isra’ Mi’raj?

Saya mengambil sedikit masa dalam kesibukan ber-thesis dan persiapan untuk peperiksaan final untuk menyegarkan kembali ingatan mengenai Isra’ Mi’raj.

 *******************************

Fakta (1) : Perjalanan malam daripada Masjidil Haram (Makkah) à Masjidil Aqsa (Palestine) dan kemudian diangkat ke langit. Kejadian berlaku dalam tempoh satu malam sahaja.

Melihat kepada kejadian ini, akal logik akan menafikannya. Mana mungkin dalam satu malam sahaja Nabi berjaya sampai ke Palestine dari Makkah. Tetapi ini semua tidak mustahil bagi Allah. Jikalau Allah berkehendak, maka dia hanya perlu mengatakan jadi-lah , maka akan terjadi sesuatu yang dikehendaki.
#Tiada yang mustahil untuk-Nya.

Fakta (2) : Ayat berkenaan dengan Isra’ Mikraj. Firman Allah yang bermaksud:  

Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui [al-Isra’ 17:1]

Peristiwa ini sangat bersejarah kerana ia tercatat dalam al-Quran. Malah diberi satu surah khusus dengan nama Isra’ yang bermaksud perjalanan malam.

Terdapat beberapa hadith sohih yang menceritakan bahawa dada Rasulullah dibelah (sekali lagi) oleh Malaikat Jibril dan telah mencucinya dengan air Zamzam. Kemudian diisi hatinya dengan keimanan dan hikmah. Peristiwa ini berlaku adalah sebagai satu persiapan untuk menghadapi perjalanan malam yang penuh dengan hikmah dan mengeluarkan dari hati baginda sebarang ketakutan dan ke-syak-an dalam diri.

Sekali lagi, nampak macam wow kan? Tetapi itu lah keajaiban-keajaiban yang perlu diyakini dan dihayati oleh seorang mukmin. Bukan setakat kepercayaan bulat-bulat tetapi kepercayaaan yang didasari oleh ilmu dan keimanan.

Dah hafal ayat Isra’…?
…kalau belum, jom hafal sekarang!

Fakta (3) : Kenderaan baginda pada malam itu dikenali sebagai Buraq. Ia merupakan sejenis binatang antara bughal dan keldai putih.

Saya pun tak dapat nak bayangkan rupanya tetapi namanya style! ^^

Fakta (4) : Perintah solat bermula. Pada awalnya, solat diwajibkan sebanyak 50 kali tetapi dikurangkan dan dikurangkan (dan dikurangkan) sehingga menjadi 5 kali sahaja!

Maka apakah alasan untuk kita tidak solat?
…atau melengah-lengahkan solat?

Cuba bayangkan, kalau kita diwajibkan solat sebanyak 50 kali mesti kebanyakkan masa kita akan berteleku di atas sejadah.

Saya mengira jikalau dalam sejam diwajibkan satu solat, bermula dari jam 5 pagi hingga jam 10 baru 18 solat. Baru 18 solat! Kalau dalam sejam ada dua kali solat, baru 36!

Lebih kurang dalam sejam ada tiga kali solat, baru lengkap solat 50 kali!

Subhanallah…Allah dah mudahkan kita sangat sangat dengan solat! 5 kali sehari sahaja! Itu pun masih terdengar keluhan dan kemalasan. Apatah lagi yang tidak solat. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita.

Fakta (5) : Ketika berada di atas, Baginda ditawarkan oleh Malaikat Jibril dengan tiga jenis air – arak, madu dan susu. Maka Rasulullah memilih susu (mesti sedaaaap kan!) dan berkata Jibril, ia (susu) adalah fitrah! ^^

Haa! Siapa yang tak suka minum susu, rugi lah T_T
Rasulullah pun pilih susu~

Fakta (6) : Apabila Rasulullah menceritakan peristiwa Baginda ketika Isra’ Mikraj, maka ada yang mempercayainya (mukminin) dan ada yang mengatakan Baginda bohong (musyrikin) ! Ada juga yang pada asalnya Muslim menjadi murtad selepas mendengar kisah tersebut.

Dan yang benar-benar mempercayainya tanpa ada sedikit keraguan adalah Abu Bakar al-Siddiq radhiyallahu anhu.

*******************************

Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat menjadikan Isra’ Mikraj kali ini lebih bermakna untuk dihayati dalam kehidupan harian kita.

No comments:

Post a Comment