Setiap program pasti membawa kenangan dan
memorinya yang tersendiri. Tidak pernah sama dengan program/pengalaman
sebelumnya. Program kali
ini adalah ke Kemaman Terengganu. Walaupun
pernah ke Terengganu sebelum ini tetapi tidak pernah ke kawasan Kemaman.
Destinasi kali ini agak 'emosi' kerana ada unsur-unsur konflik + kecelaruan + keadaan tak stabil sebelum berjalannya program (heeee....). Namun digagahkan juga untuk menjayakan program dan alhamdulillah bak kata orang puteh, all is well :D
Antara yang utama sepanjang 3 hari dua malam ini :
1. Homestay Mak Ku
Rancangan
asal adalah untuk menginap bersama dengan orang kampung sebagai anak angkat.
Tetapi keadaan tidak mengizinkan atas alasan-alasan tertentu maka pelan ditukar ke
penginapan homestay. Penginapan merupakan sebuah rumah homestay yang lengkap dan
boleh menempatkan seramai 70+ peserta.
Hanya
sedikit kekurangan dari sudut penginapan adalah dari sudut penempatan peserta
lelaki dan perempuan. Peserta lelaki ditempatkan di bahagian depan rumah
manakala peserta perempuan ditempatkan di bahagian belakang. Walaupun lokasi penempatan
berbeza namun begitu masih ada kelompongan dari sudut masih ada kes terlepas
pandang antara lelaki dan perempuan. Ada lah kes ter-ter ini. Secara keseluruhan, homestay kali ini adalah tip-top. Semuanya selesa. Kami berpuas hati dengan perlengkapan yang ada dan yang paling menggembirakan, ada wifi ^^
Terdapat
satu slot dengan pelajar-pelajar Darjah/Tingkatan 6 Sekolah Kebangsaan Bukit
Bentok II dan juga Sekolah Sri Jaya. Slot ini diadakan untuk mengingatkan adik-adik mengenai
pentingnya wudhu’ dan solat yang betul dan sempurna untuk memastikan
solat mereka sah. Memandangkan masa yang suntuk, kami terpaksa berkejaran
dengan masa untuk menyampaikan semua maklumat dan teknik yang tepat.
Gerakan
amali dibuat bersama-sama dan rata-rata ahli kumpulan saya tahu akan susunan
wudhu’ dan solat walaupun agak confuse dengan yang sunnah dan wajib.
Sempat saya
menimbulkan persoalan-persoalan yang mengetuk minda seperti adakah sah solat muallaf
yang tidak tahu membaca al-Fatihah (rukun solat), atau adakah selaman seorang
individu ke dalam laut melayakkannya untuk mendapatkan wudhu’ yang sempurna dan
bagaimana sekiranya seseorang itu lupa bilangan rakaat solat yang dikerjakan. Terpinga-pinga juga mereka dengan persoalan-persoalan tersebut. Heeee....
Semoga
sedikit ilmu yang dicurahkan kepada adik-adik dapat dimanfaatkan insha allah.
3. Bersihkan kawasan kubur
Kumpulan
kami diagihkan tugasan untuk membersihkan kawasan kubur. Pada awalnya, kami agak free kerana kawasan itu
sememangnya agak bersih. Ditambah lagi dengan tiada peralatan, maka kami lagi
kebuntuan. Kami hanya bergambar, berpusing-pusing, bergambar dan bergambar
lagi.
Namun
begitu, kebuntuan dan kebosanan kami berakhir apabila
peralatan-peralatan tiba.
Peralatan #1
: Garuk sampah
Kali pertama
saya memegang dan menggunakannya. Terserlah kekekok-an saya sehingga ditegur, macam
sapu atas angin -.-!
Peralatan #2
: Parang
Ia digunakan
untuk menebang pokok. Dalam kes kami, digunakan untuk menebang pokok-pokok yang
sudah using. Saya melihat beberapa peserta lelaki begitu ‘gagah’ menebang
pokok. Mungkin sudah biasa menebang di kampung. Ada juga teman-teman perempuan
saya yang agak berani cuba-cuba untuk menebang.
Saya...?
Heee...tak berani. Takut kekok sangat nanti tertebang kaki/tangan sendiri -.-!
Peralatan #3
: Bakul
Bakul
digunakan untuk mengumpul rumput-rumput kering. Dengan menggunakan garuk
sampah, kami memasukkan rumput-rumput kering ke dalam bakul. Ada feel
ala-ala petani ^_^
Banyak benda
baru yang saya pelajari semasa membersihkan kawasan kubur.
4. Pantai Chendor
Nama nie
sekilas macam chendol kan...? ^^ Kami mengadakan program sukanika di
Pantai ini. Sukanika ini diadakan hanya antara peserta-peserta sahaja. Hanya
berbentuk santai sahaja. Selepas itu adalah acara bebas di mana kami boleh
bergambar dan bermain air laut. Air laut ketika itu amat surut. Namun begitu, ia tidak menghalang kawan-kawan saya (tidak termasuk saya) untuk terus bergembira dengan air. Saya hanya duduk di tepi pantai memetik gambar ^^
5. BBQ
BBQ diadakan
pada malam terakhir kami di Terengganu. Antara menu utama adalah sata. Sata
adalah sejenis kuih tradisional Terengganu yang kebanyakkan kandungannya adalah
daripada isi ikan dan kelapa. Boleh tahan sedaap! ^^
6. Masjid
Antara
masjid yang dilawati adalah Masjid Binjai, Masjid Jamek Chukai dan Masjid Kampung Pengkalan Pandan Kemaman (solat subuh). Semoga hadirnya kami di situ sebagai seorang musafir + penuntut
ilmu + menghadiri taman-taman syurga akan termakbulnya hajat dan permintaan
kami. Amin.
7. Membeli-belah lah sangaaaat
Bahagian
membeli-belah ini sedih sedikit. Sebab apa...? Sebab driver bus tidak
mahu membawa kami ke syurga dunia pusat membeli-belah di Terengganu : Pasar
Payang. Akhirnya kami hanya membeli ole-ole di tepi jalan. Saya sempat
membeli kerepek lekor basah/rebus, keropok kering, keropok segera dan sebotol
sambal.
Keropok
lekor asli Terengganu amat berbeza dengan keropok lekor di Bangi. Rasa yang
asli lebih terisi dengan ikan (kurang tepung), lebih lembut dan lebih sedaap
*thumbs up* Jikalau di pasar malam (contoh Bangi), rasanya agak tidak original.
Dan saya lebih suka lekor goreng dari lekor rebus ^^
***********************
Alhamdulillah.
Yang
pastinya, program amat menyeronokkan.Kenangan di Terengganu semestinya ^^
# Gambar adalah dalam bentuk random + credit picture to : Sahila Ayub and Ustaz Muhammad Adib Samsudin.
Pelajar tahun akhir Jabatan Syariah.
Fasilitator di Sekolah Kebangsaan Bukit Bentok II
Jalan menuju ke destinasi pantai kami : Pantai Chendor
Bekerja keras membersihkan kawasan kubur :)
Ini adalah homestay kami selama 2 malam.
Dinner BBQ untuk malam terakhir.
Makanan popular Terengganu : Sata ^^
Sheikh Mustafa Kamal
untunglahhhh~ =D
ReplyDeleteHehe....seronok sgt! ^___^
ReplyDeletesiapa baju merah depan sheikh mustafa kamal tu?
ReplyDeleteheee...yg bertanya lebih mengetahui ^__^
ReplyDeletegaruk sampah~ *comel~ ^^*
ReplyDelete