Sunday, 28 April 2013

Bersama Anak-Anak Yatim Darul Izzah

 Rumah anak yatim Darul Izzah.
 Cenderamata dari Perkim :)
 
 
 Sesi kenal-mengenal antara fasi.
 
 
Terdapat beberapa ayat dalam al-Quran yang menyebut mengenai anak yatim. Semuanya menyeru kepada berbuat baik kepada mereka. Bahkan ganjaran dan pahala yang besar diberikan kepada mereka yang membantu kebajikan anak-anak yatim tersebut. Antara firman-firman Allah dalam al-Quran :

"…Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seugama)….” (al-Baqarah 2 : 220)
“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala….” (al-Nisa’ 4 : 10)

Kedudukan anak-anak yatim di sisi Allah amatlah tinggi. Menggembirakan hati-hati mereka adalah pahala. Apatah lagi menjaga dan mendidik mereka. Subhanallah…
Saya baru sahaja ber-program dengan anak-anak yatim Darul Izzah di Bandar Baru Bangi anjuran Perkim UKM. Pada awalnya, agak malas untuk turut serta dalam program ini. Niat di hati hendak ‘berehat’ sahaja di bilik. Sebenarnya, budaya malas ini perlu dihapuskan dalam kamus mahasiswa dan kami sepatutnya keluar dari comfort zone yang telah banyak ‘memanjakan’ kami. Setelah brainwash diri sendiri, saya segera mendaftar dengan seorang teman saya dan ‘mewajibkan’ diri saya untuk turut serta dalam program ini. Bila lagi mahu berkhidmat untuk masyarat…? Ini kalilah….

*tap my own back* Tahniah! ^^
Darul Izzah merupakah sebuah kediaman yang menempatkan anak-anak yatim. Terdapat lebih kurang 21 anak-anak yatim di sana. Ya. Bilangan mereka amat sedikit dan saya yakin, ukhwah antara mereka sangat rapat. Lebih-lebih lagi kesemua anak-anak yatim tersebut adalah lelaki. Darul Izzah cawangan perempuan berada di lokasi yang berbeza.

Keriangan adik-adik dan sempoinya mereka membuatkan diri saya tenang dan selesa. Kami mengadakan beberapa LDK (Latihan Dalam Kumpulan) bersama-sama mereka. Antara LDK yang paling menarik ialah menghias kek ^^ . Adik-adik berasa amat teruja untuk menghias kek mereka sendiri. Dengan dibekalkan sebuah kek kosong, krim kosong, pewarna hijau/merah, 2 piping bags dan couplers, mereka perlu menghias kek itu secantik yang mungkin.
Saya terujaa juga….:D
Pasang niat, balik nanti nak belajar hias kek dari mak :))  

Heee. Tergelak juga bila melihat kaum Adam menghias kek. Beberapa adik yang memang bercita-cita mahu menjadi chef kelihatan agak hebat dalam men-dekorasi kek. Tidak lupa juga kerjasama dan idea-idea giler dari kawan-kawan mereka ^^
Dalam kesibukan ber-program itu, sempat saya bermuhasabah dengan diri sendiri.

#1 : Masya Allah. Besar sungguh pahala orang yang mengurus, menjaga, membiayai, mendidik, mengasihi, memelihara dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan mereka antara golongan yang berguna di masa hadapan, dunya dan akhirat. Dan saya…? Semoga usaha kecil pada hari ini untuk menggembirakan mereka juga digolongkan antara mereka yang memperolehi pahala, insha allah.
#2 : Melihat mereka mengajar saya erti kesyukuran. Alhamdulillah. Saya dibesarkan dalam keluarga yang sempurna. Ayah ada. Emak ada. Adik-beradik juga ada bersama walaupun kadangkala berperang juga. Alhamdulillah. Terima Kasih Allah kerana pinjamkan mereka seketika untuk saya <3

#3 : Setiap dari mereka itu ada cita-cita. Ada bakat masing-masing yang terpendam. Seorang pandai melukis, seorang lagi pandai menghias dan ada juga yang pandai menghiburkan hati kawan-kawannya. Memang benar. Allah menciptakan setiap manusia itu berbeza. Semua ada kelebihan masing-masing. Semoga adik-adik di bawah jagaan Allah setiap masa dan setiap saat.
#4 : Mereka sangat beruntung. Mereka merupakan golongan yang disebut dalam al-Quran sebagai yatama.  Kedudukan mereka tinggi di sisi Allah taala. Oleh itu, janganlah sekali pun kita merendahkan mereka apatah lagi menzalimi mereka. Sungguh, Nabi Muhammad juga seorang anak yang yatim piatu. Sollahu alaihi wa salam.

***********************
Setiap perjalanan hidup kita ada ibrahnya.
Celiklah mata. Celiklah hati.
Lihat dunia dengan cermin keimanan.
Agar diri ini sentiasa sedar bahawa kita ini tidak lain dan tidak bukan, hanya sebagai hamba allah di muka bumi. 
 
Dewan utama Darul Izzah yang luas! Seronok~
Kek hasil dekorasi adik-adik (kek empat segi tidak termasuk) ^^
Adik Abraha yang berbakat =)
Adik Talha (berbaju merah) sangat berbakat
dalam melukis. Ini lah hasil lukisan dia :)

No comments:

Post a Comment