Wednesday, 27 February 2013

Bersama TV Al-Hijrah

 

Saya berkesempatan untuk melawat TV Al-Hijrah bersama dengan beberapa teman yang lain. Jutaan terima kasih diucapkan kepada PMUKM ‘12/13 (Persatuan Mahasiswa UKM) atas kendalian ini dengan kerjasama (jemputan) TV Al-Hijrah.
 
Kami bukan setakat melawat tetapi juga berperanan sebagai penonton bagi program Cinta Ilmu Bicara Tasawuf dengan Ustaz Zul al-Bakry. Berdebar juga rasanya bila mendengar recording dekat studio. Bila recording, maknanya akan disiarkan di skrin dan akan menjadi tatapan umum. Cuma kami ini crop studio sahaja. Ikan kecil sahaja ^^
Ini kali pertama saya melihat cara krew penerbitan bekerja.
Fuh.
Memang tension.
Memang teliti.
 
Recording dijangka bermula pada jam 9 malam. Kami diarahkan untuk tiba di studio pada jam 8 malam. Namun atas sedikit kegenjutan, program bermula agak lewat dan kami juga pulang lewat malam.
 
Studio TV Al-Hijrah tidak lah sebesar mana. Namun banyak program-program yang telah disiarkan di situ. Antaranya, program Reflection bersama dengan Imam Suhaib, Bicara bersama dengan Tuan Amin, program Assalamualaikum iaitu rancangan siaran langsung bual bicara, program Soal Wanita yang membicarakan soal masyarakat dan wanita, dan banyak lagi.
 
Memang agak teruja melihat kanvas-kanvas program tersebut.
Dalam hati bangga sekejap.
Wah! Saya dah sampai ke tempat-tempat yang selebriti pernah pijak.
Macam paham je..
 
Yang membuat saya agak touched adalah mengenai beberapa krew yang bertugas mengendalikan kamera-kamera serta peralatan recording yang lain. Nampak gaya mereka santai dan cara pemakaian pun amat santai, namun bila Ustaz Zul al-Bakry memberi ceramah, mereka tekun mendengarnya.
 
Benarlah hadith mengatakan, jikalau kita berkawan dengan orang soleh pasti tempias itu akan dirasai. Umpama penjual minyak wangi. Sentiasa dalam keadaan harum kerana setiap masanya adalah dengan minyak wangi.
 
Semoga kita digolongkan antara mereka yang mempunyai hati-hati yang suci! Hati-hati yang sentiasa mendambakan kebaikan, dan hati-hati yang sentiasa berlari mendapat keredhaan Allah.
 
Ok.
Yang atas itu muqaddimah sahaja ^^
Yang penting adalah pengisian Ustaz Zul al-Bakry semalam.
 
Pengisian Tasawuf
 
Ustaz membicarakan mengenai tasawuf dan telah menggunakan kitab Sharh al-Hikam yang telah dinukilkan oleh beliau sendiri. Antara permata-permata yang dikutip:
 
#1 : Asal kepada kemaksiatan adalah keredhaan terhadap nafsu. Jikalau diri tunduk kepada nafsu maksudnya kita tewas. Nafsu jika dibandingkan dengan syaitan, ia mempunyai kuasa yang lebih kuat. Sebagaimana firman Allah :
 
Untuk menewaskan nafsu, perlu kepada mujahadah. Memang tidak mudah sebab syurga itu hanya milik kepada mereka yang bersungguh-sungguh mahu mendapatkannya!
 
#2 : Ber-ibadah dan ber-ubudiah adalah dua perkara yang berbeza. Ramai orang yang beribadah tetapi kurang dari mereka yang berubudiah. Beribadah adalah satu bentuk perlakuan dan pergerakan seperti sujud, ruku’, takbir dan sebagainya. Manakalah ubudiah pula adalah dengan menghadirkan hati kita dalam beribadah.
 
Tidak dinafikan bahawa beribadah dengan syarat dan rukun yang lengkap akan membawa kepada sahnya solat seseorang itu, tetapi beribadah tanpa berubudian telah mengurangkan pahala-pahala yang telah dijanjikan kepada hambanya.
 
Berapa ramai antara kita yang solat tetapi tidak khusyuk? Khusyuk menurut seorang tokoh diibaratkan seperti ditusuk oleh pedang atau tombok, tetapi tidak merasai kesakitannya. Subhanallah.
 
Ustaz juga ada menyebut, thoma’ninah juga merupakan salah satu unsur kepada ke-ubudian seseorang. Tidak perlu tergesa-gesa ketika mendirikan solat. Hadirkan jiwa dan hati kita supaya dapat rasa kemanisan iman tersebut.

#3 :  Apabila kita mengikut hawa nafsu kita, maka kita akan ditimpa dengan bala-bala berikut : sifat takabbur, sikit sahaja rasa keinsafan dan riak. Elakkan diri kita dari terikut-ikut dengan nafsu kita. Bila rasa dalam diri ini ada sifat-sifat diatas, cepat-cepatlah bertaubat! Sesungguhnya Allah itu suka mereka yang bertaubat.
 
#4: Ada seorang bertanya, apakah kesan maksiat terhadap diri kita? Umpama kertas putih yang dititikkan denga dakwat hitam. Dosa kita umpama pena hitam itu. Setiap kali kita melakukan dosa, setiap kali itu dakwat hitam itu akan mengotori hati kita.

Antara kesan-kesannya adalah kita sukar untuk mengalirkan airmata kerana-Nya. Hati kita keras. Hati kita berkarat. Keberkatan juga akan hilang dari hidup kita. Wang gaji banyak, tetapi hati tidak pernah rasa cukup. Anak-anak sering bermasalah. Isteri pula tidak mahu mendengar kata.
 
Sebaliknya, jika seseorang itu mengelakkan dirinya dari terjebak dengan kemaksiatan, maka hatinya akan sentiasa tenang. Damai. Akan sentiasa tersenyum. Sebab apa? Sebab dia tahu, sekiranya dia menjaga hak-hak Allah, Allah pasti dan semestinya akan menjaganya. Dan sesungguhnya, Dialah Allah sebaik-baik penjaga! :’)

Ustaz juga berpesan, sekurang-kurangnya nangis lah sekali dalam hidup kita kerana takutkan Allah taala. Mata yang menangis kerana takutkan Allah tidak akan disentuh oleh api neraka.
 
Mari bersama-sama kita melangkah untuk membina baldatun thoyyibatun wa rabbun ghafur. Mari sama-sama kita mensucikan hati kita dan membentuk sebuah hati yang khusyuk – tiada lain hanya untuk-Nya sahaja.
 
************************

Selesai sahaja recording yang mengambil masa sekurang-kurangnya 45 minut dengan adanya 3 pusingan (dengan berehat seketika untuk hanya 30 saat), semua menghembuskan nafas lega. Termasuk lah saya ^^
 
Dah lah.
Cukup-cukuplah masuk tv.
Jadi penonton sahaja pun dah rasa bahang ketegangannya.
^^

 
 
 
 
 

 
Ahmarul Faatih
27 Februari 2013

No comments:

Post a Comment