Tuesday 14 May 2013

Majlis Diskusi Hala Tuju

 
Tarikh penghantaran thesis hampir tamat.
Detik graduasi juga hampir dekat.
Gelaran graduasi juga bakal dipegang (insha allah).

Jadi apakah langkah seterusnya?
Ke mana hala tuju sebenar?

************************************

Majlis diskusi anjuran Mursyid  yang diadakan di UIA, Gombak sabtu lepas telah membincangkan serba-sedikit mengenai hala tuju seterusnya bagi graduasi atau bakal graduasi. Penceramah undangan terdiri dari 3 tokoh Islam yang terkenal hebatnya – Ustaz Zahazan, Ustaz Zaharuddin dan Ustaz Ramadhan Fitri. Semoga Allah berkati usaha dan kegigihan mereka!
 

Antara pengisian-pengisian yang disentuh selama lebih kurang sehari itu adalah berkenaan dengan (1) persiapan. Persiapan itu adalah satu senjata penting untuk memastikan diri kita berada dalam keadaan ‘tahu’. Tanpa persiapan yang rapi dan kukuh, kita akan mudah gelabah dan tidak tentu arah. Contohnya, dalam dewan ini berapa ramaikah yang sebenarnya telah google mengenai laterbelakang penceramah (asal usulnya, pendidikannya, pencapaiannya dan lain lagi).

Tidak ada seorang pun.

Ini menunjukkan kita masih berada di tahap yang belum ‘berjaya’ lagi. Hadith Rasulullah yang menyebut, ilmu itu adalah agama maka lihat lah dari siapa kamu mengambil agama kamu.

Menyelidik dan membuat persiapan adalah sunnah nabawiyyah J Begitu juga dalam kerjaya. Kita perlu selidik dan tahu mengenai latarbelakang syarikat tersebut, bagaimana operasinya dan lain lagi. Ini penting supaya kita mendapat gambaran kasar mengenai sesebuah syarikat itu.

Selain itu, adalah penting bagi individu itu untuk (2) mengetahui kelemahan dan kekuatan diri sendiri. Hal ini boleh dikenalpasti dengan melakukan analisis SWOT (strength-weakness-opportunity-threat). Kelemahan yang dikenalpasti (takkan syiok sendiri tak ada kelemahan kan…heee) MESTI diperbaiki dan jangan dianggap ia sebagai satu halangan. Cari kelemahan yang menghalang diri kita untuk memiliki add-value jika dibandingkan dengan orang lain. Dengan mengatasi kelemahan diri, kita boleh menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Beralih kepada kekuatan pula, apabila ia dapat dikenalpasti, cuba cari tokoh atau orang yang paling pakar dalam kekuatan kita. Bandingkan diri kita dengan tokoh tersebut dan letak benchmark supaya kita tahu sejauh mana kehebatan kita tersebut. Contohnya adalah kita adalah pendebat terbaik dalam universiti kita. Namun begitu, ia bukan jaminan yang kita adalah yang terbaik di seluruh dunia. Sebab itu perlu kepada perbandingan kepada pendebat-pendebat antarabangsa yang lain.

Antara poin penting juga adalah mengenai (3) masa. Sebenarnya masa kita panjaaaang (ism tafdhil) dan banyak perkara manfaat yang boleh diisi. Cuma masalahnya adalah pada time-management dan attitude. Ustaz ada menyebut mengenai pengalaman bekerja. Sebaik-baiknya, kita berusaha bekerja untuk tempoh 3 tahun (yang berkat) tetapi mempunyai pengalaman 10 tahun.
 
Wow gitu kan! ^^

Tetapi ia bukan satu perkara yang mustahil. Hidup ini terlalu pendek. Selagi mana kita boleh memaksimumkan masa kita, itu lah yang sebaik-baiknya. Kita mahu berubah menjadi lebih baik dalam masa yang berkat (sedikit tetapi dirasakan banyak).

#Life is too short to be an ordinary person. Be an extraordinary person in the eye of Allah taala. Don’t take the same route as ordinary people. Can we…? J

(4) Mengembara juga penting untuk menambahkan pengalaman dan sekaligus membuka minda kita. Jangan asyik terperuk dalam ‘dunia’ sendiri. Sekali-sekala perlu untuk ‘keluar’ dan melihat reality sebenar kehidupan itu. Dalam dunia bekerja, apabila diberi peluang untuk membentangkan kertas kerja/proposal kepada majikan-majikan lain dari luar negara, ini lah peluangnya. Go for it!
 
Diskusi juga menyentuh soal (5) interview. Ramai pelajar yang memperolehi pointer yang tinggi (3.8,3.9….) dalam peperiksaan tetapi apabila disuruh bentang atau bebual, memang fail! (saya sebenarnya terasa di sini. Heeee....) Manakala pelajar yang biasa-biasa sahaja, apabila disuruh bebual mereka akan melakukannya dengan yakin walaupun kadang-kadang konfiden salah. Tak mengapa. Yang penting bual. Yang penting, otak bergerak.

Dalam interview, apabila ditanya soalan dan kita tidak tahu jawapannya, tolong pura-pura tahu! Dan sila bersikap konfiden! (heee…penceramah cakap gini). Jawapan sama ada betul atau salah boleh tolak ke tepi. Yang penting, pihak penduga mahu lihat sejauh mana kecekapan kita untuk menjawab walau belit macam mana pun jawapan kita.

Satu lagi perkara adalah berkenaan dengan (6) penulisan. Ok. Yang ini bagi yang berminat untuk menjadi penulis (macam saya…heeee insha allah). Apabila kita menulis artikel dan kita mahu melihat sejauhmana kematangan kita dalam mengulas sesebuah isu, kita perlu ada perbandingan. Contohnya mengenai isu kalimah Allah. Sebelum menulis artikel, kita perlu membuat kajian (sangat penting!). Apabila kita selesai menulis artikel tersebut, kita bandingkan isi artikel kita dengan penulis-penulis yang lebih pakar dalam isu tersebut. Contohnya, Ustaz Zahazan, Ustaz Zaharuddin dan lain lagi. Jikalau 50% dari penulisan kita hampir sama dengan isi kandungan pakar-pakar tersebut, maka ia sudah dianggap matang. Lebih tinggi persamaan pada peratusan, lebih tinggi tahap kematangan penulisan kita.

Timbul juga persoalan seperti (7) mahu sambung MA à PHD atau mulakan kerjaya dahulu. Ustaz Zaharuddin berpesan, sebaik-baiknya kita matangkan diri kita terlebih dahulu dengan dunia kerjaya. Bekerja juga dianggap sebagai proses belajar juga cuma mungkin dalam bentuk tidak formal. Setelah bekerja, kita akan mendapati pemikiran yang lebih matang dan ini semestinya akan menghasilkan hasil thesis MA/PHD yang lebih kritis dan lebih menyumbang manfaatnya kepada masyarakat.

Begitu juga persoalan mengenai (8) minat. Kadangkala kita tidak mahu mencebur dalam bidang yang tidak kita minat walaupun contohnya, bidang itu kekurangan orang-orang yang pakar. Maka bolehkah minat itu dipupuk?

Ustaz Zaharudin mengatakan bahawa minat itu boleh ditanam dan dipupuk. Pada peringkat awal, mungkin istilah ikhlas belum wujud lagi. Namun ia boleh di-mujahadah-kan dengan masa. Dia memberi contoh bagaimana satu ketika dahulu, dia tidak berminat dalam bidang muamalat & kewangan Islam. Namun sangat sedikit pakar dalam bidang tersebut dan ustaz mahu menyalurkan manfaat kepada bidang yang masih tidak ramai pakar dalamnya. Maka dia mulakan dengan menulis artikel mengenai muamalat Islam. Artikel yang ditulisnya mendapat sambutan yang baik daripada pembaca.

Minat mula timbul sedikit apabila dirasakan bahawa dirinya dihargai. Dia mula mengkaji dengan lebih mendalam untuk menghasilkan artikel yang lebih baik. Begitulah demikiannya. Walaupun niat asalnya adalah untuk mendapat kepuasan dari orang ramai, namun begitu niat itu boleh sentiasa diperbaharui.

****************************

Masya allah.
Subhanallah.
Banyak sangat pengisiannya.

Persepsi saya berubah selepas mendengar diskusi hala tuju ini. Lebih berani dan lebih bersedia untuk melangkah ke dunia baru. Insha allah semoga dipermudahkan semua urusan dan semoga Allah membimbing kita untuk masa hadapan yang lebih cemerlang, insha allah!
 
 Terkial-kial juga mencari bangunan engin (short for engineering) .
(Kalau ukm, bangunan kejut = kejuruteraan)
 Teman-teman seperjuangan yang bakal graduate
bersama insha allah :)
 Kami dalam perjalanan pulang. Tetap bersemangat
walaupun sudah penat sehari ^_^
 

1 comment: