Tarikh Masihi menandakan 1 Disember 2013.
Tarikh Hijri menandakan 27 Muharram 1435.
Sudah lama tidak menulis artikel dalam bahasa Melayu. Rasa kekok.
Namun begitu, saya perlu memaksa diri untuk tetap menulis kerana hati saya
kata, perlu. Minda saya juga menyokong. Saya juga yakin, kawan-kawan di sana
tersenyum lebar sambil mengangguk-angguk.
Monolog 1 Disember.
Satu perbezaan yang saya dapati ketika saya sedang menuntut di
Malaysia dan sedang bekerja (sambilan) di Singapura. Perbezaaan yang ketara
adalah dari sudut mengambil gambar. Sikap rajin dan semangat mengambil
gambar ketika di Malaysia adalah pencetus kepada artikel-artikel yang ditulis
sebelum ini. Saya mendapat idea dan inspirasi untuk menulis, bersandarkan
kepada gambar tersebut. Jikalau di sini, apabila saya melihat ‘Photos’ di
telefon bimbit, saya hanya perasan ada gambar-gambar lama atau gambar-gambar
yang dihantar melalui Whatsapp. Mana gambar yang saya petik sendiri?
Beberapa kesimpulan telah dibuat. Antaranya, saya terlalu ‘sibuk’
untuk bergambar. Apabila saya mempunyai masa lapang seperti sedang menunggu bus
atau MRT, saya tidak akan melihat pada persekitaran saya. Saya akan sibuk
ber-FB dan ber-internet. #badhabit
Antaranya juga, saya melihat persekitaran saya adalah suasana yang
sudah ‘biasa’. Setiap hari saya akan melalui kawasan tersebut. Hati kecil saya
mengomel, “ Takpe. Bila-bila masa sahaja boleh ambil gambar,”. Akhirnya,
gambar tidak dipetik hingga ke hari ini.
Saya bukan lah pakar gambar. Saya tidak memiliki kamera DSLR (dan
sejenis dengannya) yang canggih. Saya hanya menggunakan telefon bimbit sahaja.
Itu pun handphone biasa sahaja. Tetapi bukan itu pengukurnya. Pengukurnya
adalah sama ada mahu memetik gambar atau tidak. Kamera yang gah tiada
manfaatnya sekiranya pemilik kamera ‘segan’ atau ‘malu’ untuk mengambil gambar
(bukan bergambar).
Aiseyman. Dah macam kelas fotografi pula.
Ini hanya monolog seorang saya.
No comments:
Post a Comment