Sunday, 21 July 2013

Takut...?


There were a group of people travelling at night. So they were getting themselves ready to sleep. As they were preparing themselves, a lion came about so they jumped up on the trees, taking shelter. But there was one person who had already started his night prayer. He was praying qiyamullail.

The lion came but the man did not move. He kept praying. The lion was walking around him. Walking and turning all around him. Soon the lion left.

When the guys came down, they said, the lion was here! But you didn't move. (Translated in my language: U crazy or what! The lion was there and you didn’t even move!)

He said, "I swear by Allah. I feel shy that I'm standing before Allah and I fear something other than...fear one of his creation...."

**********************************

Subhanallah. Apabila melihat video tersebut, saya secara khususnya terasa amat kerdil. Mesej yang ingin disampaikan terasa menusuk di dalam kalbu. Mungkin orang lain terasa biasa-biasa sahaja tetapi saya hampir sahaja menitiskan air mata melihat video ini.

Saya seorang yang agak ‘segan’ dengan binatang. Bukan benci. Tetapi geli. Terutama sekali binatang yang berbulu dan bergerak. Ntah lah. Binatang-binatang yang dsegani termasuk lah burung, hamster, arnab, kucing dan yang seumpama dengannya. Kucing yang paling ketara ‘segannya’ kerana saya sering sahaja berhadapan dengannya di kedai makan atau di jalanan.

Berbalik kepada petikan video di atas, saya sekali lagi kagum. Subhanallah. Ini bukan kucing! Ini bukan burung! Ini adalah seekor singa! Yang boleh membaham seorang manusia dan sekaligus menamatkan hayatnya.

Dan pemuda tersebut, saya pasti dia juga merasa gentar dan takut dalam dirinya. Manakan tidak, dia sedang berhadapan dengan seekor singa. Mungkin sahaja singa akan membahamnya. Namun begitu, ketakutannya terhadap makhluk tidak menguasai dirinya untuk melebihkan rasa takut itu terhadap Allah taala. Malah dia berasa malu untuk menyuarakan ketakutannya sedangkan pada waktu itu dia sedang bermunajat dengan Allah taala.

Sifat takut adalah perkara lazim dalam diri seseorang. Bahkan Allah berulang kali menyebut dalam al-Quran bahawa Dia akan menguji manusia dengan rasa ketakutan – terhadap diri, harta, ahli keluarga, kesihatan dan lain lagi.

Nabi Ibrahim merasa takut ketika mana tetamu yang diundang itu tidak menjamah makanan yang disediakan [al-Zariyat 51:28]. Sebilangan kecil dari kaum Nabi Musa tidak beriman kepada ajaran Nabi Musa kerana takut kepada Fir’aun yang bermaharajalela di bumi [Yunus 10:83]. Nabi Musa segera keluar dari kampungnya dengan perasaan takut ketika mendapat berita bahawa terdapat sekumpulan manusia yang ingin membunuhnya [al-Qasas 28:21]. Nabi Yaakob merasa takut untuk melepaskan anaknya (Yusof) bersama dengan adik-beradiknya kerana dikhuatiri akan dibaham oleh serigala [Yusof 12:13].

Perasaan takut itu adalah lumrah. Semua orang akan merasa takut. Yang kecil mahupun yang besar. Yang kaya dan juga yang miskin. Yang beriman dan juga yang kafir. Semuanya ada perasaan takut. Cuma adakah ketakutan itu bakal menambahkan keimanan dalam diri, atau ia membuatkan diri semakin menjauhi dari kebenaran.  
 
Kita lihat pada hari ini, kadangkala perasaan takut memakan diri sendiri sehingga membuatkan kita terjebak dalam perkara yang dimungkari Allah. Atau sehingga membutakan mata kita daripada melihat kebenaran.
 
Dan hebatnya ketakutan seseorang hamba sekiranya dia takut akan azab Allah : Sesungguhnya Aku takut jika Aku derhaka kepada Tuhanku, (akan dikenakan) azab hari Yang besar (hari kiamat) [al-An’am 6:15].

Maka adakah ketakutan itu akan menguasai seseorang hamba itu sehingga dia lupa bahawa ada yang lebih utama untuk ditakuti – Allah?

Ikan takut tak....? ^^
 

No comments:

Post a Comment