Saturday, 29 June 2013

Surau al-Nur KIY

Ahli surau yang bakal bergraduasi.
Tiba-tiba tergerak hati ini untuk menulis sebuah coretan mengenai mereka. Mereka yang banyak menceriakan hidup saya. Mereka yang banyak memeriahkan suasana. Mereka yang banyak bersama-sama dengan saya ketika susah dan senang. Mereka yang banyak mengajar saya erti tarbiyaah. Merekalah sahabat saya.
 
Mereka lah sahabat-sahabat surau al-Nur KIY.

Kadangkala hati ini mengetuk. Macam mana lah saya boleh rapat dengan mereka walaupun berlainan fakulti? Rapat itu bukan setakat rapat. Bahkan rapat itu sehingga membolehkan diri saya menjadi diri ‘saya’ yang sebenar. Giler-giler ada. Baik pun ada ^^

Saya selalu berfikir. Apa sebenarnya yang merapatkan kami. Bahkan kami ini kadangkala umpama adik-beradik. Setelah lama fikir, saya membuat konklusinya : solat berjemaah.
Ya.
Itulah uniknya kami.
Surau itu yang menyatukan kami dengan solat berjemaah.

Mungkin ramai yang memandang remeh mengenai solat di surau/masjid. Sebenarnya fadhilatnya sangat banyak. Antara fadhilatnya :

#1 : Mendapat pahala 27 kali ganda. Wow! ^^ Banyaaak subhanallah~

#2 : Setiap langkah yang diambil dari bilik ke surau dikira pahala. Lagi jauh perjalanan bilik ke surau, lagi banyak pahala yang diraih.

#3 : Berjumpa dengan sahabat-sahabat surau dianggap mengeratkan silaturrahim. Itu pun dikira sebagai pahala :D

#4 : Memeriahkan surau dengan berjemaah sama juga dengan memeriahkan suasana masjid. Pahala lagi masya allah.

#5 : Bersalaman (dan berciuman) lepas usai solat menggugurkan dosa-dosa kita.

#6 : Digolongkan diantara golongan yang hatinya ‘terikat’ dengan masjid/surau. Subhanallah. Pahala lagi.

#7 : Mengucapkan kata-kata yang baik kepada sahabat-sahabat pahala juga.

#8 : Berapa banyak kali kita senyum dekat sahabat kita di surau? Heee. Banyak kali dah! Apatah lagi kadangkala kita menggembirakan hati mereka sama ada secara sedar atau tidak. Pahala juga alhamdulillah.

Mudah sebenarnya untuk mengutip mutiara-mutiara pahala. Itu baru satu kali solat di surau! Kalau berkali-kali dalam satu hari, atau hari-hari dalam satu minggu, atau beberapa minggu dalam satu bulan…masya allah! Bayangkan pahalanya.

Pernah sekali, saya berbual kosong dengan seorang teman.

Eh surau kita sahaja yang semeriah gini kan?
Aah. Rasa takde surau lain di UKM yang serapat ukhwahnya macam kita.

Terselit rasa bangga dalam hati.
Bukan bangga riak.
Tetapi bangga atas ukhwah tersebut.

Pernah sekali seorang teman kolej saya mengomen, banyaknya kawan kak hida. Heee. Saya tersenyum lebar. Kawan-kawan surau semuanya.  

Sebenarnya surau ini bukan terhad kepada aktiviti solat berjemaah sahaja. Bahkan kadangkala kami ‘keluar’ untuk berprogram. Kadangkala kami memasak dan saya rasa aktiviti memasak ini sudah sebati dengan muslimat surau yang sememangnya berbakat dalam memasak. Ditambah lagi dengan muslimat yang datang dari pelbagai negeri, maka saya (terutamanya) dapat berpeluang merasai pelbagai juadah negeri.

Saya paling suka bubur kedah. Heee.
Bubur Kelantan pelik sikit.

Kami juga kadangkala bersenam di stadium bersama. Menaiki motor keliling UKM. Ber-shopping mall bersama. Makan bersama adalah aktiviti wajib kami T_T Di mana ada kami, di situ ada makan.

Semoga ukhwah tersebut bukan setakat satu ukhwah kosong. Saya mengharapkan agar ukhwah tersebut berkekalan hingga ke syurga.

Saya sayang kalian semua.
Semoga ukhwah ini diterima.

Teman-teman surau :

Iffah, Nadia, Syakila, Liyana Mod, Liana (K), Shu, Fieza, Fahima, Najla, Nad, Rozy, Ita, Zainab, Ummu, Ika, Mai, Biela, Ima, Wani, Aishah, Thiyah dan juga lain-lain yang tidak disebut namanya.
 
Terima kasih.
Jazakumullahu khaira.
 
 
Kami di surau al-Nur
 
Onde-onde yang dimasak bersama ^^
 
Pusing-pusing UKM menaiki motor
 
 Makan bersama di kafe kolej :D
 
 Kek Batik kegemaran ramai!
 
Menghantar seorang teman (Nor Liyana)
pulang ke Kelantan.

1 comment: