Ini
kali kedua kami berguru dengan ustaz Wadud al-Misri. Saya masih teringat, artikel saya sebelum ini juga menceritakan mengenai tawsiyyah beliau kepada kami. Subjek ketika itu adalah subjek siasah syari’iyah. Kali ini, subjek kami
bersama beliau adalah subjek kajian teks.
Kali
ini, saya masih berbesar hati kerana dapat berguru dengan beliau. Dan artikel kali ini
juga berkisar mengenai tawsiyyah beliau
kepada kami dalam kuliahnya yang terakhir.
#Sedikit pengenalan : Ustaz Wadud merupakan pensyarah Jabatan Syariah UKM. Dia merupakan seorang yang berwarganegara Mesir. Kuliah beliau adalah dalam bahasa Arab tamam (saya sukeee~). Beliau menggunakan bahasa Arab yang mudah difahami kerana acknowledge ketidak-biasaan pelajar dengan bahasa Arab. Dan beliau sering sahaja takrir (ulang) kerana benar-benar mahu pelajarnya faham apa yang ingin disampaikan. Semoga Allah berkati ustaz kami :)
Perkara
pertama yang disebut adalah mengenai (1) taqwa kepada Allah taala. Apa
itu taqwa?
Taqwa
itu adalah perasaan khauf kepada
Allah taala dalam keadaan sir (sembunyi) ataupun jahr (zahir). Tanya kepada diri sendiri, adakah perbuatan
yang kita lakukan mendapat keredhaan atau kemurkaan Allah taala? Kita pasti
lebih mengenali diri kita sendiri. Mungkin kita zahirkan taqwa kita bila
kita berada di khalayak ramai tetapi bila sirr, kita lupa tentang Allah.
Maka
ketahuilah pada hari kiamat nanti, semua itu akan terbongkar. Pada hari
tersebut, bukan mulut yang akan berkata-kata tetapi anggota badan kita yang
lain – mata, tangan, kaki, telinga dan lain lagi. Mereka akan menjadi saksi
kita.
Takut
lah ketika itu, kerana mungkin anggota badan kita sendiri menjadi saksi ke
atas kita atau untuk kita.
Pesanan
ustaz juga adalah untuk (2) bersifat amanah. Adakah kita telah melaksanakan
amanah yang telah di-taklif-kan untuk kita? Ataupun kita
mengkhianatinya? Jikalau amanah itu telah dilaksanakan dengan baik, alhamdulillah.
Namun jika sebaliknya, maka khuatirlah dan ber-istighfar lah (sekarang!).
Kerana istighfar di depan Allah pada hari kiamat nanti tidak akan memberi apa-apa
kesan pun untuk diri.
Seterusnya,
ustaz berpesan untuk kita (3) sentiasa memudahkan orang lain untuk Allah taala.
Mudahkan orang lain untuk Allah taala dan bukan untuk kemaslahatan diri
sendiri. Ketegasan yang melampau atau terlalu bersifat garang akan menyebabkan
manusia lari daripada kita. Hal ini dinyatakan dalam al-Quran,
“…dan
kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari
kelilingmu….” [al-Imran 3:159].
Permudahkan
lah urusan manusia, kerana Allah sendiri menghendaki yusra (kesenangan)
untuk umatnya.
Dan
yang terakhir, ustaz menasihati supaya (4) bersikap adil sesama manusia dan
jangan sesekali menzalimi mereka. Sikap adil perlu kerana setiap manusia itu
sama; semuanya merupakan nikmat dari Allah taala.
Orang
yang bersifat zalim, mungkin tidak mengendahkan kan (atau lupa) tentang
kezaliman yang dilakukan. Tetapi orang yang dizalimi itu, tidak mudah lupa.
Bahkan dia akan berdoa memohon pertolongan Allah. Doa orang yang dizalimi
maqbul – tiada hijab antara dia dan Allah taala.
Takutilah
doa orang yang dizalimi!
Kalau
kita ‘rasakan’ kita yang lebih berkuasa, lebih besar sehingga merendahkan orang
lain, maka ingatlah Allah taala itu adalah lebih ‘berkuasa’, lebih ‘hebat’ dan
lebih ‘besar’ dari kamu.
Berpeganglah
kepada 4 pesanan tersebut insha allah kamu selamat di dunia dan akhirat. Apa
sahaja yang dilakukan, lakukan lah untuk Allah taala. Tanamkan dalam diri, la
uridu minkum jaza’an wa la syukuraa [aku tidak mahu dari kamu (manusia)
sebarang balasan dan juga sifat berterima kasih]. Lakukan hanya untuk Allah
taala.
**************************
Sedih
rasanya bila terima wasiat dari ustaz. Rasa satu tanggungjawab untuk
menjalankan wasiat tersebut. Walaupun nampak nasihat itu macam biasa-biasa sahaja,
namun jika kita amalkannya insha allah ada keberkatannya.
Semoga
Allah membalas jasa baik Ustaz Wadud, dan semua pendidik Islam yang lain. Tidak
terbalas jasa mereka dengan hanya ucapan terima kasih. Kami menjadi saksi atas
kesungguhan dan keikhlasan mereka dalam menyampaikan mutiara-mutiara ilmu
kepada kami; supaya kita menjadi insan yang cemerlang, bukan sahaja di mata
manusia tetapi yang lebih penting, berjaya di mata Allah taala.
Saya sayang semua semua kamu :D *ikut gaya ustaz*
:)kita mesti akan rindu ust, bicara ust, kesabaran ust, ketengan wajah ust, kegigihan ust, ketulusan hati ust... nak je ckp kt ust..."ust, kami pun saaaaayyaaaanggg ust!!" :'(
ReplyDelete*jelezny,tda gmbar dgn ust...sobs~*
:) aah...msti sgt rindu ustaz wadud ^_^ ustaz yg terkenal dgn sifat taisiir (mudahkan). Semoga Allah mudahkan urusan Ustaz selalu :D
ReplyDeletepst! boleh ps gmbr dalila letak sblah ustaz ^^ hehe..