Sunday, 24 March 2013

Taman Botani 2013 :)

  
Menunaikan solat Zohor berjemaah.
Photo credit Dalila Hilmi.
 
 Sesi membuat air untuk makanan tengahari.
Mereng = Merah + Oren.
Kalau di Spore, kami panggil Punch.
^^
 
 Sedang ice-breaking : Memperkenalkan diri
dengan satu ikon alam. Saya pilih langit ^^
Ikan ikaan....berebut-rebut mahukan roti!
 Sedang bermain permainan Pictionary versi Melayu ;) 

 Gambar ini macam tiada motif -.-! Tetapi saja
post sebab nampak macam 'cute' ^^
 
  
Menjejakkan kaki ke Taman Botani sekali lagi. Alhamdulillah. Entah mengapa, hati ini sangat jatuh cinta dengan keindahan di sana. Mungkin suasananya yang mendamaikan, atau mungkin juga persekitarannya yang memesonakan, atau mungkin juga keunikan rekaan taman tersebut membuatkan hati sering sahaja mahu ke sana.

Atau mungkin juga disebabkan berpeluang untuk memberi ikan makan secara live. Hehe.
Rombongan siswi seramai lebih kurang 20 orang berpeluang untuk bersama-sama menikmati keindahan tersebut. Dengan bertemakan Belajar dengan Alam, kami berpeluang untuk melihat alam bukan setakat dengan mata kasar tetapi juga melalui mata keimanan.

 
Awan bukan setakat awan.
Langit bukan setakat langit.
Semut juga bukan setakat hanya semut.
 
Mereka semua adalah ciptaan Allah.
Berkhidmat untuk Allah demi memakmurkan kehidupan untuk manusia atas muka bumi ini.
 
Adakah kita bersyukur?
Adakah manusia mensyukuri nikmat Allah itu?
 
***************************
Program siswi kali ini berada di bawah kendalian saya selaku memegang jawatan Exco Siswi Kelab Syariah al-Hujjah. Program ini adalah program kecil sahaja jika dibandingkan dengan program yang lebih besar. Bilangan peserta yang menyertai program amat kecil dan untuk mengendalikannya, alhamdulillah tidak memerlukan gerak kerja yang lama.
 
Namun begitu, pengurusan dan penelitian tetap perlu.
Ia penting untuk memastikan program dapat berjalan dengan lancar.
Dan yang utamanya, sifat tawakkal kepada Allah amat perlu.
Sangat perlu.
 
Mohonlah pertolongan Allah walaupun kita ‘yakin’ semuanya sudah dirancang dengan baik. Mintalah kepada-Nya yang mendengar dan sentiasa bersedia untuk membantu hamba-hambanya. Hakikatnya, kita tidak pernah tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan.
 
Yang penting, kita percaya adanya Allah disisi kita.
 
#Baru mendapat berita ayahanda seorang teman baru sahaja meninggal dunia. Dua hari lepas mendapat berita seorang pelajar tahun 2 meninggal dunia ketika tidur. Allah....kejutan demi kejutan. Sungguh, ujian kematian itu amatlah berat. Berpisah dengan orang-orang yang kita sayang.
 
Semoga kita tabah.
Dunia itu hanya sementara.
 
Mohon doa semua agar kita mati dalam husnul khatimah.

No comments:

Post a Comment