Sunday, 17 March 2013

Meng-ibadahkan makanan :)




Makanan!
Sedapnya!

Alhamdulillah. Diberi peluang untuk menjamu selera western food  di D-One Steak berdekatan dengan Bandar Baru Bangi seksyen.
 
Saya yang memang gemarkan ikan memilih Fish & Chips dengan air strawberry-ice blended. Teman saya pula, memilih Chicken Cordon Blueu dengan sos Black Pepper. Seorang teman lagi memilih menu yang sama tetapi sos Mushroom.

Semuanya berlainan citarasa.
Tetapi berdamainya kami di atas satu meja yang sama.

Cuma nak cakap, walau berbeza citarasa kita tetap boleh makan bersama. Walau berbeza pendapat dan pandangan, kita tetap boleh hidup di bawah satu bumbung yang sama. Renungkanlah bersama.

Setiap perkara yang kita lakukan merupakan ibadah. Pernahkah kita terfikir bagaimanakah santapan juadah boleh dijadikan sebagai satu bentuk ibadah? Atau adakah kita terlalu ‘tergoda’ dengan makanan di hadapan sehingga lupa untuk meng-ibadahkan makanan kita?

Saya pun.
Kalau dah lapar sangat.

Jom kita lihat apakah yang boleh kita lakukan untuk menukarkan sebuah adat (makan) kepada sebuah ibadah (pahala)?

#1 : Menu Fish & Chips

Pernah dengar tentang food cycle? Haa! Masa ini lah kita boleh praktikkan ilmu sains kita. Cuba lihat ikan di hadapan kita.

Dari mana datangnya ikan tu?
Mestilah dari supermarket kan!
Betul. Tetapi sebelum lagi.
Hmm. Dari laut?
Haaa! Sebelum itu?
Dari perut mak ikan?
Haa! Nak dekat tu. Sebelum itu lagi.
Dari perut mak nya mak ikan.
Yee. Sebelum sebelum sebelum….
….datang dari Allah.

Betul. Ikan itu rezeki dari Allah. Allah yang mengaturkan agar ikan tersebut menjadi rezeki saya pada hari ini. Subhanallah. Dia yang al-Razzaq.

Yea! Dapat satu pahala sebab ber-tafakkur J

#2 : Bismillahirrahmanirrahim

Baca basmalah mesti. Biasanya kami akan membaca :

 بارك لنا في ما رزقتنا وقنا عذاب الناراللهم

Tetapi sejak saya di sini, doa makan saya bertambah dan ada plus plus point. Heee.

 بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم. اللهم ارزقنا زوجا صالحا.
 
Doa makan mengandungi perkataan barakah. Barakah ini satu hadiah dan anugerah dari Allah taala. Ada orang bila makan, dia tidak merasai kenyang. Ada juga yang belum sempat menjamah makanan, tetapi makanan itu terjatuh atas lantai atau sebagainya. Ada juga yang makan, kemudiannya mendapat penyakit.

Perkara ini terjadi.
Memang ada.

Sebab itu, kita mohon kepada yang memberi rezeki supaya memberkati makanan kita. Selain membaca doa untuk mendapat keberkatan, kita juga boleh meraih keberkatan dengan berkongsi makanan. Sebab itu Rasulullah mengatakan,

Makanan seorang cukup untuk dua orang dan makanan dua orang cukup untuk tiga orang.

# 3 : Pastikan makanan bukan setakat halal tetapi juga toyyiban.

Ini sebenarnya ‘tamparan’ buat diri sendiri. Ramai yang menitik-beratkan soal pemakanan yang halal tetapi kurang peka tentang ­toyyiban. Sedangkan dalam al-Quran disebut kedua-dua kalimah itu bersama. Firman Allah :

Wahai orang-orang yang beriman. Makanlah kamu dari apa yang telah
direzekikan buat kamu, makanan-makanan yang halal dan baik(toyyiban)
dan bertakwalah kamu kepada Allah…(surah Ma’idah ayat 88)

Saya sedang membaca kitab Kompas Umat Akhir Zaman yang dikarang oleh Ustaz Umar Muhammad Noor. Antara isi-isi penting menyebut tentang pentingnya memilih makanan adalah petikan Syeikh Abu al-Hasan al-Shazili,

 Kami telah membuktikan bahawa tiada ubat yang paling mujarab
untuk mengusir ngantuk selain makan makanan halal dan
menjauhi makanan haram atau syubhah. Sesiapa yang makan
makanan haram atau syubhah, tidurnya banyak,”

Allah L

Mari sama-sama kita cuba amalkan semampu mungkin untuk mengurangkan makan, dan memaksimumkan diri kita untuk menjadikan makanan itu satu bentuk ibadah. Supaya makan yang kita makan, bukan setakat untuk mengisi kelaparan bahkan juga sebagai pengisian rohani kita.

No comments:

Post a Comment