Monday, 25 February 2013

Omar MBC English Series



Saya mula mengenali video ini apabila sedang menjalani latihan amali (internship) di Pergas selama 2 bulan. Ketika itu, salah seorang dari teman saya – saya gelarkan dia Mama Nana – mengajak kami menonton video tersebut (sedang waktu rehat). Pada awalnya, saya hanya menonton setakat untuk menonton sahaja. Lama-kelamaan, saya jatuh cinta dengan bahasa Arabnya!
Bahasa Arabnya memang power!
Sungguh cantik!
Sungguh tip-top!

Selepas itu, saya mula mencari series tersebut di youtube. Saya type ‘Omar MBC English Series’. Series ini mempunyai dua jenis ; satu yang tiada terjemahan Inggeris dan satu lagi mempunyai terjemahan Inggeris. Maka untuk lebih menghayati episod tersebut, saya memilih yang  telah diterjemahkan ^^

Mendengar bahasa Arabnya + terjemahan Inggerisnya = *speechless*

Series ini mempunyai banyak episod. Ada 30 episod kesemuanya dan setiap episod dalam tempoh lebih kurang 40 minut. 3 minut adalah lagu pendahuluan. Heee.

Saya terus mengikuti series tersebut, dari awal hingga akhir. Dari episod pertama hinggalah episod yang terakhir.

Bukan sekali dua saya menontonnya.
Bahkan berkali-kali.
Tanpa jemu :)

*******************************
Kenapa perlu menonton series ini?

Meh saya beritahu sebabnya:

1)Menyelusuri sejarah Rasulullah tetapi dalam bentuk yang lebih menarik dan visual. Biasanya kita hanya menelaah kitab-kitab sejarah. Tetapi kali ini, kita melihat sendiri dengan mata bagaimana kisah hidup mereka (walaupun tidak 100% serupa).

2)Membantu kita untuk mengingat nama-nama sahabat melalui kisah hidup mereka. Contohnya, hingga sekarang saya masih ingat tentang sahabat Nabi Abdullah Ibn Mas’ud yang dikatakan memiliki kaki yang amat kudut/kurus. Kaki tersebut menjadi saksi ejekan dan cemuhan Quraish. Namun begitu, kaki mulia itu yang menjadi beliau salah satu dari penghuni ahli Syurga. Begitu juga dengan Amru Ibn ‘As – seorang mastermind yang satu ketika dahulu menjadi wakil Quraish untuk memujuk Raja Najasyi untuk ‘memulangkan’ semula rombongan Islam yang menetap di bawah sayapnya.   

3)Bertambah sayang kepada para sahabat Nabi ridhwanullahi ‘alaihim ajma’in. Melihat pengorbanan mereka samaada dari segi fizikal mahupun kebendaan, kesungguhan mereka dalam menyampaikan dakwah Islam, ketabahan mereka dalam menghadapi siksaan Quraish…subhanallah!

Terasa kerdilnya diri ini.
 
4)Bahasa Arabnya amat cantik! Sangat tinggi tetapi mudah difahami. Kalau nak ‘berjinak-jinak’ dengan bahasa Arab, boleh lah mulakan dari sini.

5)Inilah antara cara-cara yang berkesan untuk belajar sejarah. Melalui video. Kita sudah terbiasa dengan cara teori. Bila didedahkan dengan cara visual, kesannya lain. Lebih mendalam. Dapat juga tengok lelaki-lelaki Arab yang waseem masya allah ^^

******************
Antara petikan-petikan yang boleh dilihat:

#1 : (Bilal) Had it been possible for people to see what others wish and hope, they would only meet with swords in hands.

It is not normal in life that things should be perfect. Otherwise people would have had no need for one another.
(Amru Ibn 'As) A slave with a mind is more dangerous than a slave with a spear. [Epi 3, 5:56]


 #2 : (Abdullah son of Suhail Ibn Amru) : “…eloquence may serve its speaker or count against him, just like a sharp sword you use to prevent injustice or to perpetrate injustice..”
To be inarticulate but truthful is much better than to be articulate but false. [epi 4 41:24]

Saya suka tengok babak yang melibatkan Suhail Ibn Amru dengan anak-anaknya, Abdullah dan Abu Jandal. Seronok melihat perbualan dan perjalanan hidup mereka sekeluarga.

 
#3 : Umar’s conversion to Islam subhanallah.
Khabbab ketika itu sedang mengajar Fatimah Ibn Khattab dan suaminya membaca ayat al-Quran. Surah Taha yang didengarinya itu yang telah melembutkan hati Umar yang keras lantas membawanya untuk memeluk agama Islam. Umat Islam ketika itu menjadi lebih kuat selepas Islamnya Umar Ibn Khattab. 
  
#4 : Let not other people be ahead of you in this goodness (Islam), for you will then regret it.

#5 : They were building the 1st mosque in Islam – Masjid Quba’. They were singing all the way through while working on it. And I super love the song!
Heee. Saya sengaja memilih gambar ini kerana melihat handsome sangat tenangnya wajah ‘Sayyidina Ali’ tersebut.

فان فعلنا ونبينا يعمل # وذاك منا العمل مضلل
 ارحم الانصار والمهاجرة اللهم لا نعيش الا عيش الاخرة #
************************
Saya sangat sangat men-syorkan semua untuk menontonnya!
Sangat bermanfaat!

Ahmarul Faatih
25 Februari 2013

2 comments:

  1. Shukran & semoga anda diberkati! Info yg sungguh berguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) terima kasih.
      Semoga sama-sama mendapat manfaat insha allah.

      Delete