"...ida bagus Ustaz tu bebual. Mak suka. Terang. Jelas apa yang dia nak sampaikan,".
Saya tersenyum lebar.
"..aah ustaz tu memang bagus. Ida suka cara dia bebual. "
Ayah menokok, "...cara dia bebual
intellectual."
Itu lah dia, Ustaz Muhammad Asri Zainul Abidin.
Atau nama 'glamournya' sebagai Ustaz Maza.
**************************
Topik perbicaraan adalah mengenai istiqamah. Istiqamah membawa maksud yang sangat berat sehingga Rasulullah telah di-ubankan rambutnya kerana suruhan untuk ber-istiqamah. Firman Allah dalam surah Hud, "fastaqim kama umirt,".
Ustaz menceritakan serba sedikit mengenai Imam Nawawi - seorang pakar dalam bidang fiqh Shafie, seorang yang sangat bijak dan diberkati ilmunya sehingga umat Islam hingga ke hari ini menggunakan kitab yang dikumpulkan (atau ditulis) oleh Imam Nawawi. Beliau dilahirkan di Syria, Dmasyq. Beliau wafat ketika umurnya 45 tahun dan beliau tidak berkahwin. Salah satu karangan Imam Nawawi adalah kitab Riyadh al-Solehin. Cara penulisan beliau hampir sama dengan cara penulisan Bukhari iaitu meletakkan tajuk kemudian diikuti dengan ayat al-Quran sebelum membawa hadith-hadith.
Kemudian dibincangkan mengenai perihal salam yang bererti kesejahteraan atau keselamatan. Apabila kita memberi salam kepada seseorang, kita mendoakan kesejahteraan ke atas mereka. Cara menjawab salam seperti mana yang diajar dalam al-Quran adalah, kita membalasnya dengan cara yang sama atau lebih baik daripada itu.
Contohnya, A memberi salam, Assalamualaikum Wa Rahmatullah. Hendaklah kita menjawab dengan Wa Alaikumussalam Wa Rahmatullah dan tidak kurang daripada itu. Dibolehkan juga untuk menjawab lebih daripada itu iaitu Wa Alaikumussalam Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.
Itu adalah adab-adab dalam menjawab dan memberi salam.
Bagaimana pula dengan 'mengirim salam'. Contohnya, "...si A kirim salam dekat kau lah,". Perkara ini juga diharuskan kerana Nabi Muhammad pernah berkata kepada Khadijah alaihassalam, "..sesungguhnya Jibril telah menyampaikan salamnya kepada kamu...".
Kalau kirim salam maut ada tak...? ^^
Kemudian dibincangkan soal salam (atau greetings) dari non-muslim. Adakah ia dibenarkan atau tidak?
Fatwa daripada negara yang sedikit bilangan non-muslim mengatakan bahawa tidak boleh sambut greetings dari mereka, atau mengucapkan ucapan hari raya kepada mereka. Hal ini adalah kerana seolah-olah kita juga turut meraikan hari perayaan mereka.
Berbeza dengan fatwa negara yang bilangan non-muslim terdiri daripada majoriti. Fatwa ini adalah fatwa Eropah. Mereka mengatakan dibolehkan mengucap ucapan perayaan mereka sekiranya pada musim perayaan kita (Aidilfitri dan Aidiladha), mereka berbuat demikian. Hal ini adalah kerana mereka telah meraikan perayaan kita dan kita juga 'meraikan' perayaan mereka. Tetapi hanya setakat ucapan sahaja dan tidak melebihi dari batasan tersebut.
Kita meraikan dari aspek humanity bukan menyambut perayaan mereka.
Kalau kita memberi salam kepada mayat, adakah mereka menjawab salam kita?
Apabila kita melalui kubur, hendaklah kita memberi salam kepada mereka, Assalamualaikum ya ahlal qubur. Antum al-Sabiqun wa nahnu insha allah min al-lahiqin. Doa ini diajar oleh Rasulullah. Maka setiap apa yang diajar oleh Baginda sollahu alaihi wa salam, ada faedahnya.
Mereka akan menjawab salam kita, cuma kita yang tidak dapat mendengarnya :)
Ada jemaah yang bertanyakan mengenai hal RIP (rest in peace) yang diucapkan kepada non-muslim yang telah meninggal. Dr. Maza mengatakan, apabila kita mengucap RIP seolah-olah kita percaya bahawa mereka sedang 'peace' di alam akhirat sana. Itu sama sekali bertentangan dengan akidah kita sebagai seorang Islam. Namun begitu, tidak salah untuk kita menceritakan kebaikan yang telah disumbangkan atau dilakukan sepanjang hayat mereka. Seorang Muslim yang baik adalah yang tahu menilai jasa baik seseorang walaupun dia tidak seagama.
**************************
Jazakumullahu Dr. Maza.
'Terhibur' dengan pengisian yang telah dikongsikan oleh Dr.
Semoga perkongsian dari saya ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Insha allah.